Posts

Showing posts with the label Prinsip keluarga bahagia

Prinsip Keluarga Bahagia 2 – Tanyalah Ustaz 23.07.2011

Image
Ustaz Muhammad Abdullah Jauhkanlah diri daripada sangkaan buruk dan bertakwalah pada Allah. Keluarga baik akan membentuk masyarakat yang baik.  Seterusnya negara pun jadi baik dan akan turun keberkatan daripada Allah.  Prinsip 1 telah dibincangkan semalam . Seterusnya untuk prinsip 2 - perlu selesakan 5 perkara iaitu: 1. jasad keperluan makan pakai mesti cukup. saling bantu-membantu dalam menguruskan rumah tangga: contoh angkat barang, tolong masak, tolong urut sentuhan boleh eratkan hubungan suami isteri. Jangan rapat ketika baru kahwin saja, bila dan beranak 3,4, seorang di utara, seorang di selatan. 2. roh   hendaklah selalu doakan pada suami/isteri. contoh baca surah Taha, ayat 1-5. Sejarahnya ayat ini dibaca pada Umar, dan lembut hatinya. Jadi mungkin boleh diamalkan untuk lembutkan hati ahli keluarga. Atau bolehk juga baca Fatihah dan niatkan pahala untuk lembutkan hati pasangan/keluarga. Surah Yassin dan Kahfi juga boleh digunaka...