Posts

Showing posts with the label hak isteri selepas cerai

Perihal Talak (2) – Tanyalah Ustaz 01.08.2012

Image
Ustaz Muhammad Abdullah Sumber grafik Bacaan surah An-Nisa’, ayat 19: Maksud dan jenis talak: Talak bermaksud merungkaikan ikatan pernikahan sama ada secara jelas atau kinayah (tidak jelas). Contoh ucapan jelas: “Aku ceraikan kau”, “Aku talakkan kau”. Ucapan ini tidak perlukan niat, kecuali jika dia tidak sedar, melatah atau hilang akal ketika menyebutnya. Contoh ucapan kinayah: “Baliklah ke rumah mak ayah kau”, “Aku dah tak suka kau”. Ucapan begini perlukan niat baru jatuh talak. Ucapan berbentuk taklik pula contohnya: “Kalau pergi rumah Peah, jatuh talak”, Lepas dua bulan, aku ceraikan kau”. Ucapan begini boleh menjatuhkan talak. Ucapan taklik boleh ditarik balik dan dibatalkan, contohnya, “Saya tarik balik dan benarkan awak pergi rumah Peah”. Tetapi jika disebut perkataan ‘akan’, tidak jatuh talak, contohnya: “Kalau nak bercerai sangat, lepas bersalin nanti, saya akan ceraikan awak”, atau “Lepas 2 bulan lagi, tengoklah macam mana saya akan cer...