"Amal tanpa ilmu adalah jenayah" - Maulid Bulanan MTDM Mac 2014 (07.03.2014)
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Maulid Bulanan Mac 2014 - MTDM 07.03.2014 Tausiyah Tetamu-tetamu istimewa: Video Maulid dan Tausiyah Syeikh Mohamed Video Tausiyah Habib Abdurrahman Ali Masyur Tausiyah 1: Syeikh Mohamed bin Ibrahim Abdel Baes al-Husaini al-Kettany Terjemahan oleh Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid* Syeikh Mohamed bin Ibrahim Abdel Baes al-Husaini al-Kettany mengatakan setelah memuji Allah dan berselawat kepada Rasulullah SAW dan sahabat daripada kaum Ansar dan Muhajirin, alangkah gembiranya saya ketika datang ke tempat ini dan menyaksikan ramai yang hadir ke masjid ini dengan dasar cinta kepada Allah dan juga kepada Rasulullah ﷺ, dan juga hadir di tempat untuk menambah ilmu, dan mengambil sebab untuk mengayakan diri dengan ilmu untuk meraih manfaat dan kejayaan daripada Allah SWT. Sebentar tadi diperdengarkan tentang satu nasihat yang berbunyi, “Duduklah kamu dengan para ulama. Oleh kerana sesungguhnya Allah SWT akan...