Akibat Murung (1) - Tanyalah Ustaz 10.03.14
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Ustaz Abdul Rashid Ahmad* Video rakaman: www. tonton.com.my Tafsir Quran Surah Al-Hadid, ayat 22 -23: Dalam kehidupan seorang Muslim, kita tak terlepas daripada 3 perkara, iaitu: Mendapat nikmat – perlu disyukuri agar Allah tambah nikmat. Ada banyak bentuk cthnya – rezeki, anak, kesihatan dll. Mendapat musibah – jangan cepat murung dengan musihah yang diterima Berbuat dosa – Sebaik-baik orang bersalah ialah orang yang segera bertaubat. Senarai soalan dan jawapan S: Apakah maksud kemurungan? J: Kemurungan atau ‘depression’ ialah penyakit psikologi yang melibatkan rasa sedih, rendah diri, hilang semangat, yang serius. Kesannya melibatkan masalah emosi, fizikal. S: Adakah kemurungan satu musibah? J: Dalam satu kisah yang diceritakan sahabat, lampu Rasulullah SAW terpadam dan baginda menyebut, “Innalillahiwainnailahiroji’un”. Sahabat itu bertanya, “Adakah padam lampu itu mu...