Akibat Murung (1) - Tanyalah Ustaz 10.03.14
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Ustaz Abdul Rashid Ahmad*
Video rakaman: www. tonton.com.my
Tafsir Quran Surah Al-Hadid,
ayat 22 -23:
Dalam kehidupan seorang Muslim,
kita tak terlepas daripada 3 perkara, iaitu:
- Mendapat nikmat – perlu disyukuri agar Allah tambah nikmat. Ada banyak bentuk cthnya – rezeki, anak, kesihatan dll.
- Mendapat musibah – jangan cepat murung dengan musihah yang diterima
- Berbuat dosa – Sebaik-baik orang bersalah ialah orang yang segera bertaubat.
Senarai soalan dan jawapan
S: Apakah maksud
kemurungan?
J: Kemurungan atau ‘depression’
ialah penyakit psikologi yang melibatkan rasa sedih, rendah diri, hilang
semangat, yang serius. Kesannya melibatkan masalah emosi, fizikal.
S: Adakah kemurungan satu
musibah?
J: Dalam satu kisah yang
diceritakan sahabat, lampu Rasulullah SAW terpadam dan baginda menyebut,
“Innalillahiwainnailahiroji’un”. Sahabat itu bertanya, “Adakah padam lampu itu
musibhah?” Jawab baginda, “Ya”. Dalam hadis yang diriwayatkan dalam sahih
Bukhari bahawa segala musibah yang menimpa berupa sakit, kesusahan, susah hati
akan menjadi pembersih dosa. Oleh Nabi Muhammad SAW ketika melawat orang sakit
akan mengingatkan supaya tidak risau dengan penyakit kerana pasti ada dosa yang
akan diampunkan. Dosa yang diampunkan ialah dosa kecil, dosa besar masih
perlukan kita untuk bertaubat. Jika dosa berkaitan manusia, perlu minta maaf
jika tak merumitkan keadaan. Jika dosa berkait harta, maka perlu dipulangkan
dahulu.
S: Apakah kesan
kemurungan?
J: Tiada semangat, tidak
bermaya, rasa diri tidak berguna, tidur tidak lena, mungkin mimpi yang
buruk-buruk. Jika mimpi baik, bersyukur pada Allah. Jika sebaliknya, mohon
perlindungan daripada Allah kerana mungkin gangguan syaitan. Baca istiazah dan
buat isyarat ludah ke sebelah kiri. Lebih baik lagi, bangun ambil wudhuk dan
solat 2 rakaat jika mimpi buruk pada tengah malam.
S: Siapa golongan yang
cenderung untuk mengalami kemurungan?
J: Antaranya ialah:
- Golongan warga emas yang terpinggir daripada keluarga dan masyarakat. Sebenarnya, golongan ini perlu mengambil peluang ini untuk mendekatkan diri pada Allah dan menambah ibadah.
- Wanita yang hamil, terutamanya yang hamil tidak terancang mungkin kerana faktor ekonomi, anak yang telah ramai dll
- Wanita selepas melahirkan anak (meroyan)
- Pelajar yang gagal dalam peperiksaan
- Remaja/’graduate’ yang gagal mendapat pekerjaan
- Orang yang belum sampai jodoh
- Orang yang putus tunang, bercerai.
S: Apakah nasihat kepada
mereka yang sedang mengalami kemurungan?
J: Antaranya:
- Sentiasa bersabar terhadap sebarang bentuk musibah
- Sentiasa redha dan yakin ada hikmah di sebalik setiap musibah. Boleh jadi ada benda yang kamu tak suka tapi baik untuk kamu dan sebaiknya
- Banyakkan berzikir kerana zikir dapat mententeramkan hati (surah Al-‘arad, ayat 8). Zikir tak perlu wudhuk dan boleh dilakukan sentiasa, dan mendapat ganjaran daripada Allah dan menutup pintu gangguan syaitan. Antara zikir utama yang kita perlu baca ialah ‘Lailahaillallah’, dan sebaik-baik doa ialah ‘Alhamdulillah’.
S: Apakah dibolehkan
menangis dan meratap kematian orang yang disayangi?
J: Antara perkara yang perlu
dijaga oleh keluarga si mati ialah:
- Meratap, menjerit, memukul-mukul badan, mengoyak baju seolah-oleh tidak redha dengan kematian yang berlaku.
- Menangis dari hati boleh tapi bila dicampur dengan lidah (merungut, tidak redha) dan tangan (memukul badan, mengoyak baju), itu adalah campur tangan syaitan.
- Nabi Muhammad SAW juga pernah menangis ketika puterinya Zainab meninggal, tapi tangisan itu kerana kasih sayang dan tidak berlebihan.
*: Mohon ambil perhatian yang teks ini bukan disediakan oleh
pendakwah seperti yang namanya tertera di atas. Ini cuma ringkasan dan sedikit
petikan kata-kata mereka. Jadi, saya mohon pembaca menonton video di sumber
asal untuk pemahaman yang lebih baik dan saya mohon maaf dan teguran atas
segala kekurangan. Semoga, di sebalik segala kekurangan, masih ada yang dapat kita
manfaatkan. Wallahu'alam.