Posts

Showing posts with the label Sedekah

Untung Rugi Memberi (1) – Tanyalah Ustaz 16.05.2014

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ   Untung Rugi Memberi (1) – Tanyalah Ustaz 16.05.2014 Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 254: Ringkasan huraian: Semua rezeki yang ada pada kita adalah daripada Allah SWT dan bukan semata-mata kerana kebijakan/kebolehan kita. Kiamat yang dimaksudkan boleh jadi kiamat kecil dengan kematian kita, atau kiamat yang sebenar. Namun, ulama mengatakan kiamat yang dimaksudkan dalam ayat ialah kiamat yang sebenar. Pada hari kiamat nanti – keluarga, zuriat, kawan tidak lagi dapat memberi syafaat (pertolongan) kecuali apa yang Allah izinkan. Orang-orang kafir adalah orang yang zalim kerana mereka sukar memberi dan kita dilarang mengikuti sifat mereka. Apa maksud memberi?  Member nafkah yang wajib, minimum ada 2: Nafkah kepada isteri dan anak-anak (keluarga) mengikut kadar kemampuannya. Zakat bagi yang cukup nisabnya. Tambahan nafkah yang wajib pada sebahagian orang: Kafarah untuk mensucika...

Untuk hari yang lebih indah :)

Image
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  Mohon agar ada yang sudi bantu menceriakan anak-anak ini.  Untuk maklumat lanjut boleh rujuk  FB Nadir Al-Nuri

Keperluan Zakat & Sedekah (2) – Tanyalah Ustaz 18.10.2012

Image
Ustaz Raihan Abdul Aziz Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 267: Hari ini kita akan membincangkan tentang sedekah. Berbeza dengan zakat, sedekah hukumnya sunat, dan tiada had tertentu. Zakat ada asnafnya, tapi sedekah boleh diberi kepada semua orang. Sedekah ada berbagai bentuk dan tidak semestinya dalam bentuk wang sahaja. Perbuatan baik hatta senyuman sekalipun boleh dikira sebagai sedekah. Orang yang bersedekah akan didoakan malaikat. Orang yang kedekut pula akan didoakan keburukan oleh malaikat seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi saw. bersabda, “Ketika seorang hamba berada pada waktu pagi, dua malaikat akan turun kepadanya, lalu salah satu berkata, ‘Ya Allah, berilah pahala kepada orang yang menginfakkan hartanya.’ Kemudian malaikat yang satu berkata, ‘Ya Allah, binasakanlah orang-orang yang bakhil.” Untuk setiap sedekah yang dikeluarkan, Allah janji akan ganti balik. Oleh itu, kita tidak perlu ragu-ragu kerana janji Allah pasti besa...

Indahnya Syariat Zakat (3) – Tanyalah Ustaz 06.05.2012

Image
Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman Bacaan surah Ma’un, ayat 1-7: ‪[1] 
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?
 [2] 
Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
 [3] 
Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
 [4] 
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -
 [5] 
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; 
 [6] 
(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),
 [7] 
Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).‬ Allah bukan saja beri kita sesuatu yang boleh menjana kehidupan di dunia, bahkan Allah juga menurunkan syariat-syariat untuk menunjukkan kita cara-cara untuk membelanjakan harta ke jalan yang Allah redhai. Allah janjikan gandaan ...