Solat & Perihal Kesihatan (2) – Tanyalah Ustaz 14 Ramadhan 1433H (03.08.2012)
Ustaz Ahmad Dusuki bin Abdul Rani Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 43-45: Manusia terdiri daripada dua unsur – roh dan jasad. Nabi SAW bersabda, “Hendaklah kamu tahu bahawa dalam jasad kamu ada segumpal darah, kalau baik darah itu, maka baiklah seluruh anggota badan kamu. Jikalau rosak darah itu, maka rosaklah seluruh anggota badan kamu. Itulah yang dinamakan hati". Solat akan dapat merawat hati. Ada hati yang sakit, ada hati yang mati sehingga mereka tidak dapat melihat atau mendengar ayat-ayat Allah. Mereka ini tidak ada bezanya dengan haiwan, bahkan lebih teruk lagi. Semua penyakit dalaman akan bersarang di dalam hati. Oleh itu, sebelum solat, kita diminta untuk membersihkan hati. Itulah antara fungsi wudhuk, walaupun pada zahirnya nampak kita cuma basuh anggota luaran sahaja. Ketika mengambil wudhuk, kita niatkan dalam hati untuk memohon keampuan daripada Allah terhadap segala dosa yang telah kita lakukan menggunakan anggota tubuh kita. Antara penyakit hati ya...