Posts

Showing posts with the label Doa bertemu Lailatul Qadar

Mencari Lailatul Qadr (1) – Tanyalah Ustaz 17 Ramadhan 1433H (06.08.2012)

Image
Ustaz Dr. Abdul Basit Abdul Rahman Surah Al-Qadr: Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan untuk menjadi petunjuk kepada manusia, seperti yang dinyatakan dalam ayat 185 surah Al-Baqarah. Sebagai pencipta kita, hanya Allah yang tahu tentang kita dan layaklah Al-Quran itu dijadikan sebagai ‘manual’ hidup kita. Ada 3 ayat Quran yang perlu dibaca serentak iaitu : Ayat 185 surah Al-Baqarah: Ayat 1 surah Al-Qadr: Dan ayat 3 surah Ad-Dukhan: Ketiga-tiga ayat ini memberi tafsiran waktu Quran diturunkan dan inilah yang tafsir yang paling cantik kerana Al-Quran ditafsir dengan Al-Quran sendiri. Kedua terbaik ialah apabila Quran ditafsir oleh Sunnah dan ketiga terbaik ialah apabila Al-Quran ditafsir oleh sahabat. Saya ingin mencadangkan sebuah kitab tafsir bertajuk ‘Adhwa’ul Bayan’ yang menjelaskan Al-Quran dengan Al-Quran juga. Saya harap kita semua telah baca Al-Quran kerana kita sudah pun memasuki 17 Ramadhan. Jika kita kata kita tak pandai mengaji, beranik...

Budaya Iqra’ (2) - Tanyalah Ustaz 2 Ramadhan 1433H (22.07.2012

Image
Ustaz Syed Mohd Norhiysam Tuan Padang Alhamdulillah kita dipertemukan lagi hari ini dan dipilih Allah untuk berada dalam majlis ilmu. Kita berdoa dan berharap agar Allah akan selalu pilih kita untuk berada dalam majlis ilmu. Yang paling penting juga, kita berharap semoga Allah beri kita kefahaman untuk beramal dan kekuatan untuk istiqamah dengan amalan yang baik. Bacaan surah Iqra’ ayat 1-5: Dalam ayat kedua,  Allah nyatakan bahawa manusia dicipta daripada ‘Alaq. Perkataan ‘Alaq’ mempunyai 3 makna – darah beku, benda yang tergantung dan haiwan yang makan darah (pacat). Seorang pakar zoo, Keith Moore, apabila diberitahu bahawa ‘Alaq’ (janin) itu berbentuk seperti pacat, dan kedudukannya tergantung di rahim, terus meminta gambar pacat daripada zoo dan apabila dilihat, tepatlah seperti apa yang Allah nyatakan dalam Al-Quran. Allah yang mencipta kita mengetahui segala-galanya tentang kita dan dunia ini. Oleh itu, jika Allah kata kita perlu puasa, yakinlah ada keba...