Solatlah Anakku – Tanyalah Ustazah 15.11.2013
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Ustazah Norhafizah Musa Masjid Al-Falah, USJ 9, Karnival Raudha di Hatiku Bacaan Al-Quran: Dalam ayat ini, ustazah rasa sebak kerana takkala Allah sebut “Sembah Aku”, amalan yang akan dilihat sebagai menunjukkan kita ini benar-benar hamba Allah ialah – “..dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku.” Adapun perintah dalam surah Taha ayat 132 pula berbunyi: Dalam menyentuh bab solat anak-anak, ada banyak program remaja yang ustazah hadiri, contohnya ada satu program bersama pusat pengajian tinggi, 90 orang peserta, bila ditanya secara jujur siapa antara mereka yang menjaga solat 5 waktunya, hanya 11 orang yang mengangkat tangan. Ini ialah realiti dunia hari ini – betapa ramainya orang yang meninggalkan solat. Kita jangan ingat itu anak orang lain, kerana manalah tahu satu hari nanti anak kita kahwin dengan orang yang tidak solat, cucu kita kahwin dengan orang yang tidak solat. Oleh itu, kita membicarakan dalam maj...