Dahulukan Ibubapa (2) – Tanyalah Ustaz 20.10.2012
Ustaz Abdul Hadi Bakri Abdullah Bacaan surah Luqman, ayat 14 dan 15: Sambungan perbincangan semalam: Setelah Allah huraikan kepayahan yang dialami ibu ketika mengandung, melahir dan membesarkan, kita disuruh bersyukur kepada Allah dan kepada kedua ibubapa. Ketaatan kepada ibubapa adalah selagi mereka tidak menyuruh kepada perkara yang mensyirikkan Allah. Jika mereka menyuruh yang demikian, anak tidak boleh taat tetapi anak tetap perlu berbuat baik kepada mereka. Moga-moga, hati mereka akan lembut untuk masuk kepada Islam. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: " Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa." Buat baik kepada ibubapa merupakan 'ranking' kedua selepas solat. Oleh itu, jangan sibuk buat amalan baik lain sebelum berbuat baik kepada ibubapa. Senarai soalan dan jawapan: S: Adakah berdosa seorang anak yang tidak mendoakan ibubapa selepas solat? J: Setiap kali selepas sol...