Zakat Pertanian & Kepentingan Zikir & Doa - Rauhah DMC 15012018

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم 

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Rauhah DMC 15012018



Kitab Matan Abi Sujak m/s 43
Bab Zakat Hasil Bumi (Pertanian)

Ulangkaji yang lepas - kadar zakar pendapatan 2.5%.

Semua hasil pendapatan - baik daripada ternakan, pertanian, kepandaian dll, hakikatnya berpunca daripada Allah سبحانه و تعالى. Oleh sebab itu kena patuhi hukuman Allah untuk diserahkan sebahagian tertentu kepada golongan asnaf zakat.

Kiraan tahun untuk keluarkan zakat kena ikut tahun hijriah, sebab semua hukum syarak adalah mengikut kiraan kalendar hijrah.

Zakat tanaman terhad kepada tanaman yang menjadi makanan ruji penduduk setempat, contohnya padi, gandum, mungkin juga jagung.

Waktu mengeluarkan zakat hasil bumi ialah setelah waktu menuai.

Tidak semua buah-buahan wajib dikeluarkan zakat. Contoh yang tak perlu zakat - durian, nangka (selagi tidak diusahakan untuk tujuan perniagaan).

Dua buah yang perlu dikeluarkan zakat ialah kurma dan anggur (kismis).

Dalam Al-Quran disebut (maknanya):
// … Dalam syurga ada buah-buahan, kurma dan delima… //

Allah sebut buah-buahan, tapi kemudian asingkan kurma dan delima, kenapa?
Ulama bincang kerana kurma ini boleh juga menggantikan makanan ruji, yakni boleh kenyang dengan hanya makan kurma. Contoh di rumah Nabi ﷺ pernah 3 bulan tidak berasap dapurnya kerana mereka tiada apa untuk dimasak dan makan hanya kurma dan air.

Delima pula banyak juga digunakan untuk tujuan kesihatan.

Buah-buahan (selain kurma dan anggur contoh durian, nangka dll) yang ditanam dengan tujuan perniagaan, maka hasilnya perlu dizakatkan.

Syarat keluarkan zakat:
  1. Tanaman yang ditanam manusia
  2. Tanaman yang boleh disimpan lama
  3. Cukup nisab 5 ausuq setelah dibuang kulitnya contohnya padi.
Kadar zakat berbeza mengikut cara tanaman diperolehi:
  1. 10% jika tidak dijaga tetapi disirami air hujan
  2. Separuh daripada 10% (5%) jika disiram sendiri oleh petani (dikeluarkan belanja untuk mengairkan dan menyiram tanamannya)
  3. Jika bercampur cara (1) dan (2) kena dilihat yang mana lebih banyak bahagiannya dan ikut kadar yang majoriti.
Agihannya sama kepada 8 asnaf zakat yang telah disebutkan dlm Al-Quran.

Ulama berbeza pendapat untuk dikeluarkan dalam bentuk tanaman itu juga atau hasilnya.
Jumhur ulama mazhab Syafie mengatakan dalam bentuk hasilnya sendiri iatu beras, kurma dll.

Syarat wajib keluarkan zakat:
  1. Islam
  2. Merdeka
  3. Hak milik penuh
  4. Hasil telah mencapai satu nisab.

Kitab Risalah Muawanah
(Petunjuk Thariqat ke Jalan Akhirat)

Bab Perihal Zikir dan Doa m/s 43

Imam Al Haddad menganjurkan untuk kita mengatur waktu kita untuk berzikir agar isitiqamah. Jika tertinggal pada waktunya, maka diqadakan pada waktu yang lain agar tidak sunyi daripada berzikir.

Barangsiapa yang tidak punya kebiasaan berzikir, maka dia itu umpama monyet!

Imam Al Haddad mengatakan: Kalau kamu mengharapkan hati kamu bercahaya, bersih daripada noda-noda, maka biasakan diri kamu berzikir di waktu malam dan siang, berzikir itu dengan lisan atau hati atau dengan kedua-duanya. Kalau kamu istiqamah berterusan, maka akan terlihat pada kamu cahaya yang bukan daripada bulan atau matahari, akan tetapi ianya bahagian daripada cahaya Allah yang disebut dalam Al-Quran (maknanya):

// … Dan Allah itu yang memberi cahaya kepada langit dan bumi…. //

Cahaya matahari dan bulan - boleh beri manfaat kepada ramai manusia.

Thomas Edison dihargai, dipuji macam-macam kerana dia cipta elektrik untuk manusia, tapi dia tidak diberi hidayah. Dan kita masih kena bayar juga. Tapi matahari Allah - yang beri kita cahaya yang kita tak perlu bayar pun, tapi kenapa kita tak puji, sanjung Allah سبحانه و تعالى??

Bagaimana pula dengan cahaya dalaman? Kita lebih perlukan cahaya dalaman ini daripada cahaya luaran!

Rasulullah ﷺ berdoa minta cahaya setiap pagi // rujuk doa Fajar dalam kitab Khulasah.

Berbeza hati orang yang diberi cahaya dan yang tidak diberi cahaya sehingga berbeza muamalahnya dengan Allah سبحانه و تعالى. Sebab itu ada orang tersentuh dengan bacaan Al-Quran dan ada orang tidak. Oleh sebab itu amalkan doa ini juga setiap hari. Dan antara asbab untuk dapat cahaya ialah dengan berzikir.

Rasulullah ﷺ bertemu sahabatnya: Harithah - “Ya Harithah, bagaimana keadaan kamu pagi ini?”
Jawabnya, “Aku beriman kepada Allah سبحانه و تعالى.”
Tanya Rasulullah ﷺ. “Apa tandanya?”
Jawab Harithat, “Kalau dihadapkan emas dan batu, sama saja bagi saya. Seakan-akan saya nampak arasy Allah, dan melihat orang-orang menikmati ganjaran syurga dan seakan-akan nampak orang disiksa dineraka.”

Terang Rasulullah ﷺ, “Kamu orang yang diberi cahaya oleh Allah سبحانه و تعالى, maka lazimkanlah (istiqamahlah).”

Kalau kita ditanya soalan sama - apa jawapan kita?
Hati itu bekas - apa yang keluar ialah apa yang ada di dalam bekas.

Jadi,, MESTI istiqamah, biar sedikit tak apa. Untuk berzikir, kena ikut panduan, bukan ikut suka hati. Kalau tidak, kesannya akan berkurang.

Contoh kalau disuruh baca 27 kali, jangan dilebihkan atau dikurangkan. 
Kalau nak baca lebih juga, selesaikan bilangan yang Nabi ﷺ suruh dulu - kemudian baca lain ikut kiraan yang baru. Begitu juga dengan zikir-zikir yang ditentukan waktunya. Ikut waktu yang disarankan untuk mendapatkan manfaat penuh.

Imam Al Haddad ada menyusun zikir-zikir daripada Rasulullah ﷺ untuk memudahkan kita beramal, contohnya Wirdul Lateef. Jika belum hafal, boleh pasang dalam ‘CD Player’, dan dengar sambil bawa kereta ke pejabat pagi-pagi. 

Mula-mula jadi makmum ikut CD, lama-lama bila dah jadi kebiasaan, akan lebih laju dan boleh jadi imam kepada CD :)

Kalimat zikir merujuk kepada perbuatan lisan dan ingatan di hati. 
Sebutan = ibadah lisan
Ingatan = ibadah hati
Jadi gabungan kedua-duanya akan memberi peluang untuk lebih kusyuk dan juga beri peluang kepada semua anggota badan untuk beribadah.

Sebagai permulaan, lisan akan banyak membantu, tapi jika sudah biasa, hati yang akan mendahului daripada lisan.

Beza antara orang yang berzikir dengan tidak seupama orang(hati) yang hidup dan mati.

Cuba fahami apa yang disebutkan ketika berzikir itu - contoh bila sebut ‘Subhanallah’, bayangakan akan kebesaran Allah سبحانه و تعالى.

Antara perkara lain yang membantu kusyuk zikir ialah:
  • zikir di tempat yang sunyi
  • jauhkan ‘handphone’
  • pegang tasbih
  • bayangkan Allah melihat perbuatan kita
  • zikir pada waktu pagi, petang dan malam yang sunyi
Zikir ialah perbuatan yang boleh dilakukan bila-bila masa (suci/berhadas) dalam apa juga keadaan (berjalan, naik kereta, berlari, berbaring dll). Orang yang berzikir - dia ‘bersama-sama’ Allah.

Mulakan dengan zikir yang ringan dahulu, usahakan untuk istiqamah - contoh WIrdul Lateef dibaca lepas Subuh dan Asar. Malam dengan Ratib Al Haddad, kemudian tambah lagi dengan zikir-zikir yang lain.

- disunting daripada Rauhah bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid 15012018. Mohon maaf segala kekurangan. Mohon tonton rakaman dan kitab untuk manfaat penuh. 



Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab