Posts

Showing posts with the label Islam Itu Indah

Kelembutan Dalam Kehidupan – Islam Itu Indah 28.09.2011*

Image
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ Prof. Dr. Muhaya Muhamad Pagi tadi saya mendengar ‘audio book’ saya daripada buku bertajuk “Bimbingan Mukminin” yang menyebut – “Apabila seseorang itu bernasib baik, Allah akan memberikan dia sifat lemah-lembut. Siapa yang tidak bernasib baik, dia tidak ada sifat lemah-lembut ini.” Saya jadi takut mendengarnya dan tertanya-tanya adakah saya ini orang yang bernasib baik atau tidak. Sambungan audio book: “Apabila Allah ingin beri rahmat pada seseorang itu, Allah akan berinya sifat lemah-lembut. Jika Allah ingin beri rahmat kepada sesebuah keluarga, seluruh ahli keluarganya Allah akan buka pintu hati mereka berikan mereka sifat lemah-lembut.” Jadi, hari ini kita ingi merenung diri kita – adakah kita termasuk dalam golongan orang yang kasar ataupun yang lemah-lembut? Allah jadikan kita daripada tanah yang sifatnya lembut pada asalnya. Kemudian dimasukkan roh oleh Allah yang bersifat suci. Sebab itu, kita lih...

Reset Minda Penyabar – Islam Itu Indah 06.06.2012

Image
Prof. Dr Muhaya Muhammad Setelah membincangkan beberapa siri tentang kerjaya, saya ingin fokus kepada sifat-sifat positif pula dalam rancangan ini. Sifat sabar bukanlah mudah untuk dicapai dan ianya memerlukan perjuangan yang tinggi. Walau bagaimanapun, dalam apa jua yang kita lakukan, tanya diri, adakah urusan yang dilakukan itu adalah urusan di jalan Allah atau tidak? Kalau kita diberikan kesibukan oleh Allah, itu maknanya Allah tahu yang kita mampu. Semasa kecil lagi, kita telah diajar yang sabar itu separuh daripada iman, orang yang menang ialah orang yang sabar dan banyak lagi kelebihan memiliki sifat ini. Daripada pengalaman sebagai doktor pula, saya banyak melihat kes-kes yang memerlukan kesabaran yang tinggi. Sebab itulah walaupun sudah dibuat temujanji dengan doktor, selalu berlaku kelewatan kerana prosedur yang perlu diikuti ada banyak. Jadi alangkah baiknya jika semua orang di Malaysia, tak kiralah jawatan apa sekalipun, sama ada doktor, jururawat, pesakit, guru ...

Reset Minda Wanita – Islam Itu Indah 09.05.2012

Image
Prof. Dr. Muhaya Muhamad Mukaddimah: Hari ini saya bincangkan spesifik untuk wanita kerana saya teringat kisah Nabi Adam yang berasa sunyi ketika di syurga lalu diciptakan Hawa untuknya. Jadi wanita ini sangat penting sebenarnya, tetapi bukanlah saya mengatakan yang kaum lelaki tidak penting. Daripada kaum wanitalah lahir golongan ibu. Namun tak semua wanita Allah izinkan jadi ibu. Wanita, ketika dia mengandung, segala yang dimakan, difikirkan, dirasakan, semuanya akan mempengaruhi janin. Setelah melahirkan, ibu menyusukan. Jadi segala emosi, perasaan dan makanan ibu akan mempengaruhi susu yang dikeluarkan yang digunakan untuk tumbesaran otak dan fizikal anak. Wanita juga menentukan ‘mood’ di rumah. Berapa ramai wanita yang jika dia ‘bad mood’ di rumah, habis satu rumah pun ‘bad mood’ kerananya? Suami biasanya akan mengikut ‘mood’ isteri. Wanitalah yang menentukan menu keluarga. Jadi jika wanita itu berilmu, dia akan memilih makanan yang baik dan sihat. Begitu juga makanan ...

Reset Minda Pengguna Jalan Raya – Islam Itu Indah 25.04.2012

Image
Prof. Dr. Muhaya Muhamad Saya terpanggil untuk bincang isu ini kerana semalam, ketika dalam perjalanan pulang, saya ternampak seorang pegawai polis trafik bertugas di tengah-tengah jalan raya ketika hujan renyai-renyai. Bajunya basah kerana hujan. MasyaAllah tersentuh hati saya bila mengenangkan yang saya ketika itu selesa menaiki kereta, sedangkan pegawai polis ini berpanas, berhujan untuk memudahkan laluan kepada orang ramai yang ingin pulang bertemu keluarga. Kita pun tak tahu sama ada dia sihat atau tidak, hauskah, atau laparkah dia? Demi kelancaran perjalanan orang ramai, dia sanggup berkorban berdiri di tengah-tengah jalan raya. Berapa ramai daripada kita yang pernah mengucapkan terima kasih kepada mereka? Saya pernah bertanya kepada seorang ASP polis: “Adakah dikira rasuah jika kita beri mereka air?”. Jawabnya tidak dan boleh diberikan. Tetapi sukar juga untuk dilakukan kerana jika kita berhenti mungkin akan menyebabkan kesesakan lalu-lintas pula. Jadi saya seru agar k...