Cahaya Atas Cahaya - Nasihat Habib Umar bin Zein bin Sumait
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Majlis Sinaran Cahaya Atas Cahaya Kompleks HAK Amanah Khairat Sungai Pench20.06.2015: 1. Gandakan semangat, tambahkan lagi, sesungguhnya umur kita ini pendek dan mendekati kematian. Sesungguhnya malam Ramadhan itu akan cepat berlalu . Usahakan untuk khatam Al-Quran. Diriwayatkan Imam Syafie khatam Al-Quran 2x atau 4x pada siang, dan malamnya. Inilah cara orang yang Al-Quran sudah menjadi darah daging mereka. 2. Qaul muktamad para ulama daripada mazhab yang 4, dan juga yang diamalkan para salaf sebelum dan setelahnya, yang diamalkan pada zaman Rasulullah ﷺ, pada zaman Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, dan para sahabat ialah 20 rakaat, Maka, j agalah daripada solat terawih dan hadirkan hatimu semasa mengerjakannya. 3. Dahulukan solat dengan bersiwak. Bagaimana ingin menjadi seorang penuntut ilmu jika kamu tak bawa siwak? Itu bukan penuntut ilmu tapi penu...