Solat & Perihal Kesihatan (1) – Tanyalah Ustaz 13 Ramadhan 1433H (02.08.2012)
Ustaz Ahmad Dusuki bin Abdul Rani Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 43-45: Hari ini akan dibincangkan kelebihan solat daripada segi kesihatan. Solat merupakan asas dalam kehidupan dan tiang agama. Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud, "Solat itu tiang agama, siapa yang mendirikannya, maka dia mendirikan agama. Siapa yang meninggalkannya, maka dia meruntuhkan agama”. Ada banyak lagi hadis berkaitan solat - antaranya Nabi SAW menyebut - “Solat itu anak kunci syurga”, “Solat merupakan perkara pertama yang akan dihisab diakhirat nanti”. Nabi SAW sentiasa mengutamakan solat. Jika mengembara bersama sahabat, Nabi SAW akan sibuk bertanya bagaimana dan nak solat di mana. Sebaliknya, kita hari jika berjalan, sibuk bertanya bagaimana dan di mana nak makan. Solat boleh memberi kesihatan luaran dan dalaman. Seperti yang disebut dalam ayat yang dibacakan tadi, Allah meyuruh kita minta pertolongan dengan mengerjakan solat. Sebab itu Allah juga ada menyebut bahawa setiap perk...