Reset Minda Wanita – Islam Itu Indah 09.05.2012
Prof. Dr. Muhaya Muhamad Mukaddimah: Hari ini saya bincangkan spesifik untuk wanita kerana saya teringat kisah Nabi Adam yang berasa sunyi ketika di syurga lalu diciptakan Hawa untuknya. Jadi wanita ini sangat penting sebenarnya, tetapi bukanlah saya mengatakan yang kaum lelaki tidak penting. Daripada kaum wanitalah lahir golongan ibu. Namun tak semua wanita Allah izinkan jadi ibu. Wanita, ketika dia mengandung, segala yang dimakan, difikirkan, dirasakan, semuanya akan mempengaruhi janin. Setelah melahirkan, ibu menyusukan. Jadi segala emosi, perasaan dan makanan ibu akan mempengaruhi susu yang dikeluarkan yang digunakan untuk tumbesaran otak dan fizikal anak. Wanita juga menentukan ‘mood’ di rumah. Berapa ramai wanita yang jika dia ‘bad mood’ di rumah, habis satu rumah pun ‘bad mood’ kerananya? Suami biasanya akan mengikut ‘mood’ isteri. Wanitalah yang menentukan menu keluarga. Jadi jika wanita itu berilmu, dia akan memilih makanan yang baik dan sihat. Begitu juga makanan ...