Urus Niaga Dengan Allah (2) – Tanyalah Ustaz 14.10.2012
Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang Bacaan surah Saff, ayat 10-12: Allah mulakan ayat ini dengan, “Wahai orang-orang yang beriman”. Para sahabat berasa sangat terpanggil apabila Allah memulakan ayat dengan kalimah sebegini, kerana mereka betul-betul beriman. Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita terasa terpanggil? Allah tahu jiwa manusia ini memang inginkan keuntungan dalam perniagaaan. Oleh sebab itu, Allah guna perkataan 'tijarah' yang bermaksud perniagaan. Keuntungan yang Allah nyatakan adalah keselamatan daripada azab neraka. Caranya adalah dengan beriman, dan berjihad menggunakan harta dan juga diri sendiri. Kenapa Allah dahulukan harta sebelum diri? Ulama tafsir menerangkan bahawa ramai manusia lebih sayangkan harta daripada diri sendiri. Kemudian Allah nyatakan bentuk keuntungan di akhirat dan juga di dunia. 'Kemenangan' yang Allah maksudkan dalam ayat ini adalah dengan kejayaan membuka kota Mekah. Orang Barat telah berjaya menanam pandang...