Posts

Showing posts with the label Ustaz Mohd. Ghazali Ibrahim

Siapa Punya (2) - Tanyalah Ustaz 02.03.2013

Image
Ustaz Mohd Ghazali Ibrahim Bacaan ayat 190-191, surah Ali-Imran: Setelah selesai urusan jenazah, maka percepatkanlah menguruskan harta warisan. Harta yang ditinggalkan pasti ada tuannya, walaupun tak tertulis namanya atau dibahai-bahagikan. Jika ibu atau ayah meninggal, anak lelaki akan dapat 2 kali ganda bahagian anak perempuan. Manakala jika suami meninggal, isteri akan dapat 1/8, jika ada anak semuanya lelaki, maka mereka semua akan berkongsi 7/8 bahagian harta. Jika semua anak perempuan, dan jika seorang saja akan mendapat 1/2, jika lebih daripada itu akan berkongsi 2/3 bahagian. Selebihnya harta itu akan pergi kepada adik-beradik suami. Jika isteri pulan yang meninggal, suami akan mendapat 1/4, selebihnya pergi kepada anak-anak. Perbincangan mesti dilakukan dengan baik-baik. Setelah selesai urusan jenazah, keluarga perlu duduk sama-sama berbincang menguruskan harta peninggalan jenazah. Biasa berlaku, ibu ayah akan meletakkan nama anak sulun...

Siapa Punya (1) - Tanyalah Ustaz 01.03.2013

Image
Ustaz Mohd Ghazali Ibrahim Sumber rujukan Bacaan ayat 21 surah Ar-Rum: Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur, dan bukan  itu sahaja bahkan Allah masih beri kita berbagai nikmat – rezeki untuk makan dan minum, tempat tinggal, tubuh badan yang sihat. Jika makan garam masih terasa masin, itu sebenarnya juga satu nikmat daripada Allah. Nikmat Allah terus diberikan walaupun kita masih tidak sepenuhnya mentaati-Nya. Fokus hari ini ialah kepada pembahagian harta faraid. Hukum faraid ini Allah turunkan bukan untuk dibaca saja, tetapi untuk diamalkan. Jangan dilengah-lengahkan urusan faraid kerana semakin lama, semakin panjang isunya. Setelah meninggal seorang Islam, maka hartanya boleh digunakan untuk menguruskan jenazahnya. Selepas itu, perlu digunakan hartanya untuk melangsaikan hutangnya dengan Allah (fidyah, kafarah dsb), dan hutang dengan manusia. Kemudian, perlu dilihat jika ada wasiat-wasiat tertentu. Sekarang sudah ada system moden pengi...

Umrah Sebagai Persediaan Haji (2) - Tanyalah Ustaz 29.09.2012

Image
Ustaz Ghazali Ibrahim Nikmat terbesar yang Allah beri pada kita hari ini ialah nikmat hidup. Oleh itu, mari kita gunakan dengan sebaik-baiknya untuk menambah amal untuk bekalan di hari akhirat nanti. Berapa ramai ahli keluarga kita, saudara-mara kita, kenalan kita yang telah meninggal dan memohon pada Allah untuk dihidupkan semula kerana menyedari amalan yang dibawa sedikit untuk membantu di alam kubur dan alam akhirat. Hari ini kita bersiaran daripada Masjid Al-Falah, yang hiasannya menyerupai raudhah di Masjid Nabawi. Tetapi hakikatnya ini memang merupakan satu raudhah, kerana Nabi SAW mengatakan bahawa majlis ilmu itu adalah raudhah. Dalam membincangkan tajuk ‘Umrah sebagai persediaan haji’, semalam telah dinyatakan keperluan menimba ilmu tentang ibadat secukupnya sebelum pergi ke sana. Hari ini akan dibincangkan persediaan hati pula. Paling penting adalah untuk menjaga hati daripada sifat sombong dan riyak. Sifat sombong yang paling ditakuti ialah sombong pa...

Sayangkan Harta (3) – Tanyalah Ustaz 22.04.2012

Image
Ustaz Mohd. Ghazali Ibrahim Bila balik dari majlis ilmu, ada dua benda kita bawa balik: Hikayah – sekadar cerita atau pengalaman. Hidayah – ilmu, biarlah cuma satu atau dua, tapi semoga dapat sedikit sebanyak membantu memperbaiki amalan kita. Ibubapa yang ada harta, eloklah segerakan pembahagian semasa masih hidup. Cuma perlu pergi ke Pejabat Tanah di daerah masing-masing dan tukarlah milik kepada siapa yang diingini. Memang akan ada kos sedikit, tapi tidaklan sebanyak mana. Jika sudah meninggal, proses menguruskan akan menjadi lebih sukar. Di padang masyar nanti, kaki kita takkan bergerak sehinggalah ditanya tentang harta, daripada dapat dan ke mana dibelanjakan. Pembahagian harta boleh ikut hukum faraid, tetapi jika ada persetujuan semua pihak, boleh juga dibahagikan sama rata. Jika masih ada soalan, boleh emelkan tuliswasiat@gmail.com . Jika berkesempatan, ustaz akan cuba jawab. Soalan & Jawapan: S: Ibu meninggal dan semua barang kemasnya hil...

Sayangkan Harta (2) - Tanyalah Ustaz 21.4.2012

Image
Ustaz Mohd Ghazali Ibrahim Semoga pertempuan in ada manfaat untuk kita semua. Hanya amalan kita yang akan menemani di alam kubur nanti. Jika banyak amalan baik, ia akan jadi peneman yang harum, cantik dan menyenangkan. Sebaliknya jika amalan buruk, akan dapat peneman yang busuk baunya, buruk rupanya dan menyesakkan. Harta letaklah di tangan, bukan di hati, agar mudah diagih-agihkan. Soalan & Jawapan: S: Datuk kata harta miliknya, tapi bila diperiksa rupanya hanya pentadbir. Penama utama dibiarkan kosong. Ayah saya pun sudah meninggal dan sekarang saya menanggung kos untuk tanah tersebut. Bagaimana untuk menuntutnya? J: Pentadbir pada dasarnya hanya boleh ambil caj perkhidmatan. Harta perlu diserah pada waris yang hak. Jadi perlu cari waris-waris datuk yang masih ada dan dapatkan kejelasan harta milik siapa sebenarnya. S: Keuntungan yang diterima oleh 'sleeping partner' perlukah dizakatkan? J: Ya, tak kira apa jenis perkongsian, keuntungan yang melebihi nisab wajib ...

Sayangkan Harta (1) - Tanyalah Ustaz 20.4.2012

Image
Ustaz Mohd Ghazali Ibrahim Segala kurniaan, nyawa, kesihatan, masa adalah pemberian Allah. Jadi ianya merupakan amanah dan gunakan untuk kebaikan. Luangkan sedikit masa untuk mendekatkan diri pada Allah melalui majlis-majlis ilmu sebegini. Allah suruh kita kejar nikmat akhirat, di samping mencari nikmat dunia. Nikmat akhirat ada 99 lagi, yang diturunkan ke dunia cuma satu saja. Setiap harta yang dimiliki ada tanggungjawab yang perlu dilakukan. Harta perlu dicari dengan cara yang betul, dibelanjakan kepada cara yang betul, perlu dikeluarkan zakat, boleh diwariskan dan sebagainya. Pengurusan harta sangat penting terutamanya berkaitan wasiat. Harta umat Islam di Malaysia ada lebih 42 bilion yang dibekukan kerana masalah tuntutan. Betapa ruginya kerana harta ini sepatutnya boleh bawa manfaat yang besar. Nabi SAW ada berkata: "Yang paling elok ialah bersedekah ketika kamu sihat dan ketika hidup, jangan tunggu ketika sakit atau selepas meninggal dunia." Soalan & Jawap...