Siapa Punya (2) - Tanyalah Ustaz 02.03.2013
Ustaz Mohd Ghazali Ibrahim
Bacaan
ayat 190-191, surah Ali-Imran:
Setelah
selesai urusan jenazah, maka percepatkanlah menguruskan harta warisan. Harta
yang ditinggalkan pasti ada tuannya, walaupun tak tertulis namanya atau
dibahai-bahagikan. Jika ibu atau ayah meninggal, anak lelaki akan dapat 2 kali
ganda bahagian anak perempuan. Manakala jika suami meninggal, isteri akan dapat
1/8, jika ada anak semuanya lelaki, maka mereka semua akan berkongsi 7/8 bahagian
harta. Jika semua anak perempuan, dan jika seorang saja akan mendapat 1/2, jika
lebih daripada itu akan berkongsi 2/3 bahagian. Selebihnya harta itu akan pergi
kepada adik-beradik suami. Jika isteri pulan yang meninggal, suami akan
mendapat 1/4, selebihnya pergi kepada anak-anak.
Perbincangan
mesti dilakukan dengan baik-baik. Setelah selesai urusan jenazah, keluarga
perlu duduk sama-sama berbincang menguruskan harta peninggalan jenazah. Biasa
berlaku, ibu ayah akan meletakkan nama anak sulung sebagai penama dalam harta.
Perlu diingat bahawa penama sesuatu harta bukanlah pemilik harta tersebut, dan
biasanya perlu bertanggungjawab sebagai pemegang amanah harta tersebut. Tetapi
tidaklah salah jika penama ingin mengambil sedikit imbuhan atas sumbangan masa dan
tenaganya menguruskan. Ibu ayah
mencari harta untuk menyatukan adik-beradik. Oleh itu, janganlah setelah mereka
meninggal, harta menjadi punca perbahalan pula.
Dalam ayat yang dibacakan, kita
dianjurkan mengingati Allah sepanjang masa, dalam apa jua keadaan.
Senarai soalan dan jawapan
S: Ini kes harta
felda - Mak telah meninggal dan ayah berkahwin baru dan mendapat 2 orang lagi
anak. Saya ini anak angkat yang dibela dari kecil dan dibinkan kepada nama ayah
saya. Kalau diikutkan urusan rasmi felda, saya adalah waris yang sah. Anak tiri
itu ingin menuntut rumah di felda itu sekarang.
J: Ketika
isteri meninggal, sepatutnya dibahagikan terus harta sepencarian bersama isterinya. Menamakan anak angkat dengan
nama ayah juga merupakan satu kesaahan dalam agama, dan sebenarnya tidak layak
untuk menguruskan harta tersebut. Oleh itu, berjumpalah pihak felda dan anak
ayah agar dapat mencari jalan penyelesaian yang baik. Ingatlah, sekiranya kita
berantakan di dunia, maka ibu bapa kita akan juga berantakan di dalam kubur.
S: Sahkan wasiat
bertulis yang dibuat sendiri tanpa peguam tapi mempunyai 2 saksi?
J: Ada 5 rukun
wasiat:
- Orang yang berwasiat
- Orang yang mendengar wasiat
- Orang yang menerima wasiat (pemegang amanah)
- Perlu ada barang yang diwasiatkan
- 2 orang saksi lelaki atau perempuan.
Wasiat
tidak semestinya ditulis, boleh juga jika dilafaz dan ada saksi yang mendengar. Oleh
itu, wasiat sah jika rukun-rukun di atas dipenuhi. Wasiat tak boleh diberi
kepada waris kerana mereka sudah mendapat bahagian dalam harta faraid. Jika
tidak mahu mengikut faraid, maka semua pihak mesti setuju. Selain
harta, ada wasiat dalam bentuk nasihat agama dan amal jariah.
S:
Wajib/perlu/bermamfaatkah jika korban atau aqiqah dilakukan untuk si mati?
J: Jika
si mati ada meninggalkan wasiat untuk dibuat korban, maka perlukan
dilaksanakan. Jika tidak, tidak perlu kerana korbab/aqiqah ialah untuk orang
yang hidup.
S: Kami tidak
mempunyai anak, dan bolehkah jika kami ingin mewasiatkan semua harta untuk amal
jariah?
J: Tidak
boleh. Ini ditunjukkan dalam kisah Saad bin Abi Waqas yang ingin menginfakkan
semua hartanya kepada jalan Allah. Nabi kata banyak sangat, lalu dikurangkan
kepada ½.
Nabi SAW kata masih banyak, dan dikurangkan kepada 1/3. Nabi SAW tidak
menghalang tetapi mengatakan masih banyak. Oleh itu, ulama mengatakan lebih
baik jika beri kurang daripada 1/3 bahagian. Jika ingin beri juga, buat
pengistiharan rasmi sebelum meninggal. Contohnya, pergi ke pejabat agama untuk
mengiytiharkan rumah sebagai waqaf, dan masih boleh tinggal di situ ketika
hidup. Setelah meninggal, pejabat agama akan mempunyai hak untuk mengambil alih
harta. Jika tiada wasiat dibuat, harta akan turun pemilikan kepada adik-beradik
yang betul, bukan adik-beradik tiri, atau susuan.
S: Bagaimana
jika contohnya seseorang memberi sesuatu harta kepada ibu atau ayah. Setelah
ibu/ayah meninggal, dia menuntutnya dengan alasan dia yang membelinya. Mohon
pencerahan?
J:
Sekiranya kita telah memberi harta itu kepada ibu ayah, maka harta itu menjadi
milik ibu dan ayah. Jika mereka meninggal, maka harta termasuk dalam harta
pusaka yang perlu dibahagi mengikut hukum faraid. Oleh itu, ketika memberi,
perlu dijelaskan adakah sebagai pemberian atau pinjaman sahaja.
S: Mohon
pencerahan ustaz - Dusun durian pernah digadai dengan jumlah RM3000, dan
diberikan geran tanahnya. Pemiutang dibenarkan mengambil hasil durian dusun
tersebut. Setelah jangka masa yang lama, anak-anak ingin meminta kembali tanah
itu. Pemiutang tidak mahu memulangkan selagi tidak dibayar kembali wang yang
dipinjam.
J: Kalau
itu perjanjiannya, memang perlu dipatuhi. Untuk memudahkan, bayar sahajalah
hutang itu agar tidak berlaku pergaduhan. Pihak pemiutang perlu juga menimbang
semula hasil yang telah diperolehi selama ini. Ketika Israk wa Mikraj, Nabi SAW
melihat bahawasanya orang yang memberi hutang kepada orang lain diberi ganjaran
pahala 18 kali ganda berbanding orang yang bersedekah.