Solat Kosong (1) – Tanyalah Ustaz 15.03.2013


Ustaz Rohidzir Rais

Bacaan ayat 142, surah An-Nisa’:

Allah menerangkan ciri-ciri solat orang munafiq iaitu:
  • Malas untuk solat
Malas ada 2 bentuk – malas untuk menunaikan solat dan juga malas untuk belajar ilmu tentang solat. Saya ada menulis buku dan menganjurkan banyak kursus berkaitan solat dan saya dapati ada banyak persoalan tentang solat yang tak dapat dijawab oleh masyarakat – tak kira yang berumur 10/18/ ataupun 30 tahun. Saya ada membuat sedikit kajian mengapa Nabi SAW menyuruh kita mengajar anak solat pada umur 7 tahun. Kesimpulan yang saya boleh buat ialah, pada ketika itu, kita masih ada masa untuk belajar. Setelah itu, apabila semakin meningkat dewasa, seseroang itu akan semakin sibuk dengan perkara-perkara lain seperti pelajaran, kerjaya, keluarga dan banyak lagi.
  • Solat untuk menunjuk-nunjuk kepada orang
Bila ditanya kenapa solat? Ada yang jawab kerana nak masuk syurga, ada yang jawab kerana takut masuk neraka. Dua-duanya betul tetapi sebab yang lebih utama ialah adalah kerana kita hamba kepada Allah. Kita takkan boleh masuk syurga dengan ibadat yang kita lakukan melainkan, tetapi dengan Rahmat Allah baru kita boleh masuk syurga.

Saya ada menulis 4 buah buku tentang solat dan buku ini laris. Jadi, saya membuat kesimpulan bahawa masyarakat rajin mencari ilmu berkaitan solat. Namun, solat bukanlah belajar dengan ilmu teori sahaja. Para sahabat yang tinggal jauh daripada Madinah dahulukala akan tinggal beberapa ketika di Madinah untuk belajar solat terus daripada Nabi SAW. Jika sahabat pun belajar secara amali, takkan kita cukup belajar dengan buku sahaja. Takkan cukup juga dengan belajar melalui ceramah sejam-dua. Paling ideal ialah jika dapat belajar selama seminggu, 10 jam sehari.

Kita perlu sentiasa menambah ilmu tentang solat. Hanya ilmu yang dapat membantu mengelak solat kita menjadi kosong di akhirat nanti. Belajarlah daripada guru yang alim, bukan sekadar mengikut orang lain.

Senarai soalan dan jawapan
S:Adakah jika seseorang berulang-alik ke masjid dengan berpakaian jubah boleh menimbulkan riak?
J: Riak ialah apabila kita solat ketika ada orang lihat sahaja. Apabila kita solat secara terang-terangan dan memakai pakaian sunnah, itu tidaklah boleh dihukum sebagai riak kerana syiar Islam perlu ditegakkan.

S: Bagaimana bacaan Fatihah yang betul – bolehkah disambung?
J: Bacaan Fatihah merupakan rukun dan wajib dibaca dengan betul semampu mungkin. Jika ingin disambung bacaan, maka tidak boleh disambung mengikut hukum waqaf. Oleh itu, imam mestilah orang yang terbaik bacaan Fatihahnya. Contonya, jika kita musafir dan berhenti solat di surau. Jika kita menyertai solat jemaah yang tidak dikenali imamnya, dan kemudian didengari bahawa bacaan imam tidak sebaik imam kita, maka wajib kita keluar daripada jemaah.

S: Bolehkah jemaah lain membaca Quran atau zikir dengan kuat sedangkan ada jemaah masbuk yang masih meneruskan solat mereka?
J: Zikir merupakan sunat, tetapi dengan kebijaksanaan ulama kita dulu, mereha tahu bahawa ramai daripada kita yang memerlukan bimbingan berzikir. Oleh sebab itulah, diajarkan kita berzikir beramai-ramai. Oleh itu, dalam hal ini, imam perlu bijak. Jika didapati ramai lagi orang solat, lebih baik diperlahankan zikir.

S: Setelah mencabut gigi, saya semakin sukar membaca ayat dengan betul dalam solat?
J: Allah tidak memberatkan seseorang dengan sesuatu yang diluar kemampuannya. Oleh itu, baca semampu mungkin dan jika ada orang lain yang lebih baik bacaanya, maka tidak boleh menjadi imam.

S: Sahkan solat dengan memakai baju yang ada gambar haiwan liar?
J: Mengikut hukum feqah, hukumnya sah selagi pakaian itu menutup aurat. Tetapi jika pakaian itu ada gambar-gambar yang tidak senonoh, hukumnya makruh. Sekiranya pakaian itu mengganggu orang lain, maka hukumnya boleh jadi haram.

S: Bolehkah solat fardhu berimamkan orang yang solat sunat?
J: Boleh, tiada masalah, kecuali jika solat sunat yang bentuknya berbeza seperti solat sunat jenazah, solat sunat istisqa’ dan sempamanya.

S: Bolehkah berimamkan orang yang cacat dan duduk di atas kerusi roda?
J: Orang yang cacat diberikan kelonggaran untuk solat semampu mereka. Jika dia duduk, maka dia hanya boleh menjadi imam kepada orang yang boleh solat dengan duduk juga (tidak boleh kepada makmum yang mampu berdiri). Imam mestilah orang yang paling faqqih tentang ilmu solat.

S: Selepas takbiratul ihram, tangan menghayun ke bawah dulu baru keatas pusat? Batal tak solat?
J: Jika diperhatikan dalam masjid, ada berbagai bentuk orang mengangkat takbir. Sebaik-baiknya, setelah angkat takbir, terus letak tangan di dada. Tak perlu digoyang-goyangkan tangan. Jika digoyang juga, solat masih sah. Solat akan terbatal jika bergerak 3 kali berturut-turut.

S: Sahkan solat jika imam lupa bacaan surah dalam solat, dan lompat kepada ayat lain. Kemudian, imam sujud sahwi.
J: Solat sah kerana bacaan selepas Fatihah itu hukumnya sunat. Makmum dibelakang wajib membantu mengingatkan kepada imam jika tahu. Tak perlu buat sujud sahwi. Sujud sahwi hanya dilakukan jika tertinggal sunat ab’ad seperti bacaan tahiyat awal atau doa Qunut. Solat imam tidak sah, dan makmum patutnya mufarakah. Jika makmum ikut sujud sahwi juga, maka solat semuanya tidak sah juga. Ini menunjukkan betapa pentingnya menuntut ilmu sebelum menjadi imam.

S: Saya selalu ternampak orang ambil wudhuk tak sempurna, tomakninah tka sempurna, jadi sahkah solat mereka? Salahkan saya kerana tidak menegur?
J: Ada syarat sah solat yang berlaku di luar solat iaitu wudhuk. Antara kecuaian solat ialah basuk muka tak sempurna, basuh tangan tak sampai ke siku. Walaupau dibenarkan kita mengalirkan air sahaja, tetapi disunatkan untuk kita menggosok-gosok keran itu pernah dilakukan Nabi SAW.
Tokmaninah ialah berhenti sebentar, minima sempat menyebut ‘Subhanallah’. Dalam mazhab Syafie, rukun dan tokmaninah dikira sebagai satu rukun. Tetapi dalam mazhab

Rujukan siri sambungan:
Solat Kosong (2)
Solat Kosong (3)

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab