Doa Penutup oleh Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang Tanyalah Ustaz 10.03.2013



Sumber


Ya Allah, tolonglah kami agar menjadi hamba yang sentiasa ingat kepada-Mu.
Ya Allah, tolonglah kami agar menjadi hamba yang sentiasa bersyukur di atas segala  pemberianmu.
Ya Allah, tolonglah kami agar sentiasa menjadi hamba yang sentiasa berusaha memperelokkan ibadah kami kepada-Mu, Ya Allah.

//versi bahasa Arab
Ya Allah, tolonglah kami untuk sentiasa rajin menambahkan ilmu agama kami dan berilah kekuatan untuk kami beramal dengan setiap ilmu yang kami pelajari dengan penuh ikhlas dan istiqamah.


Ya Allah, kurniakanlah kepada kami pasangan-pasangan serta zuriat yang menjadi penyejuk hati kami.

Ya Allah, jadikanlah pasangan kami pembantu dan pendorong kami untuk melakukan ketaatan kepada-Mu.

Ya Allah, eratkanlah ikatan kasih kami dan kekalkanlah ia hingga ke syurga Firdaus-Mu.

Ampunilah dosa yang kami lakukan terhadap pasangan kami sendiri, ya Allah. Adakalanya kami tidak tunaikan hak dan kewajipan kami kepada pasangan kami, adakalanya kami khianati kasih-sayang dan kepercayaan yang diberikan kepada kami,  ya Allah. Adakalanya pasangan kami melakukan dosa dan maksiat, tapi kami tidak menegurnya dan menasihatinya, ya Allah.

Jadikanlah kami dan pasangan kami contoh yang terbaik kepada anak-anak kami. 
Ya Allah, janganlah kau biarkan perangai-perangai buruk kami di warisi oleh anak-anak kami.

Ya Allah Jadikanlah mereka zuriat-zuriat yang soleh, lembutkanlah hati-hati mereka ya Allah, masukkanlah nur dan hidayah-Mu ke dalam hati-hati mereka. Jadikanlah mereka zuriat yang senang menerima nasihat-nasihat yang baik.

Ampunilah dosa kami membiarkan zuriat kami tidak menunaikan solat, ya Allah. Ampunilah kelalaian kami membiarkan zuriat kami tidak menutup aurat dengan sempurna. 

Ya Allah, berilah kekuatan untuk kami terus menasihati dan mendoakan mereka agar menjadi zuriat yang sentiasa rajin menunaikan solat, agar menjadi zuriat yang ringan menutup aurat, agar menjadi zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada didalam kubur nanti.


Ya Allah, janganlah kau pesongkan hati kami, setelah kau beri hidayah kepada kami.

//versi Arab
Ya Allah, Engkau Maha Berkuasa membolak-balikkan hati manusia, jadikan dan tetapkan hati kami di dalam keimanan dan ketaatan kepada-Mu Ya Allah. Rezekikan kepada kami rakan-rakan yang soleh, sahabat yang membantu kami terus taat kepada-Mu Ya Allah. Rezekikan kepada kami sahabat yang sentiasa mendorong kepada kami untuk taat kepada-Mu Ya Allah. Rezekikan kepada kami sahabat yang menasihati kami dengan penuh keikhlasan untuk mencari keredhaan-Mu Ya Allah.



Popular posts from this blog

Tanggungjawab Adik-Beradik (2) - Tanyalah Ustaz 21.06.2012

Diet Rasulullah (2) – Tanyalah Ustaz 26 Ramadhan 1433H (15.08.2012)

Tafsir Quran: Ayat 282 surah Al-Baqarah - Majlis Ta'lim Darul Mutadza 09.11.2012