Lambaian Kaabah (1) - Tanyalah Ustaz 13.03.2013
Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
Bacaan ayat 96-97, surah Ali-Imran
Daripada ayat ini dijelaskan bahawa Kaabah merupakan tempat
ibadat pertama untuk umat Islam. Oleh itu, amatlah penting untuk kita berusaha
pergi ke sana. Tempat ini juga adalah tempat yang boleh memberi hidayah, dan
oleh kerana itulah ramai yang berubah menjadi lebih baik selepas menziarahi
Mekah Al-Mukarramah.
Dalam satu hadis, Nabi SAW menyebut bahawa diturunkan 120
rahmat di Kaabah. Rahmat ini dibahagikan kepada:
- 60 rahmat untuk orang yang tawaf. Oleh itu, disunatkan untuk memperbanyakkan tawaf dan bukan memperbanyakkan solat sunat seperti di masjid lain.
- 40 rahmat untuk mereka yang solat dalam kawasan Masjidil Haram. Oleh itu, jika tak sempat tawaf, kita banyakkan solat sunat.
- 20 rahmat lagi untuk mereka yang melihat Kaabah. Ada khilaf ulama dalam hal ini adalah melihat Kaabah secara langsung sahaja atau melalui gambar/TV juga. Dalam satu hadis, Nabi SAW bersabda yang antara mata-mata yang tidak akan disentuh api neraka ialah mata yang melihat Kaabah. Oleh itu, banyakkan melihat Kaabah dan ulama mengatakan jika seseorang wanita sedang haid dan tidak boleh melakukan tawaf wida’, maka cukup banginya untuk melihat Kaabah.
Senarai soalan dan
jawapan
S: Betulkan ibadah umrah sama pahala dengan
ibadah haji?
J: Tidak, kerana ibadah haji ada waktu yang tertentu,
sedangkan umrah boleh dilakukan sentiasa. Rukunnya juga ada perbezaan. Oleh
itu, tidaklah boleh dikatakan orang yang melakukan umrah 7 kali sudah mendapat
satu haji.
S: Jika ada wang lebih, apa yang lebih baik
– pergi melancong atau pergi umrah?
J: Pertama – jika ada duit lebih, simpan untuk mengerjakan
haji dahulu. Setelah itu, jika ada duit lebih lagi, pergilah umrah dahulu. Jika
pergi umrah, ada beberapa kelebihan:
- kita akan menjadi tetamu Allah Ta’ala
- Orang yang pergi umrah akan jauh daripada azab Allah kerana akan banyak melakukan ibadah di Majidil Haram dan Masjid Nabawi
- Berpeluang berdoa di tempat-tempat mustajab doa. Contohnya – maqam Ibrahim, Hijir Ismail, Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah).
- Di Malaysia ada juga tempat mustajab iaitu atas sejadah di sepetiga malam, tapi masalahnya, ramai yang tak terkejut :P
S: Apakah persediaan sebelum mengerjakan
umrah?
J: Ada beberapa bentuk persediaan iaitu:
- perlu mencari ilmu berkaitan hukum-hakam ibadah umrah.
- dari segi perbelanjaan pula – pastika sumbernya halal, tidak berhutang atau menzalimi orang lain.
- perbaiki akhlak sedikit demi sedikit.
- ‘letakkan’ pangkat, kedudukan kita di Malaysia, di sana kita semua sama sahaja
- belajar meninggalkan perkataan-perkataan kotor
- jangan kutuk makanan pakej. Jika tak suka, diam, dan belilah makanan yang digemari di luar. Walaupun duduk di hotel bertaraf 5 bintang, kualiti dan layanannya tidak boleh disamakan seperti di Malaysia.
S: Betulkah orang kata tak boleh niat
‘shopping’ jika nak pergi umrah?
J: Boleh kalau nak ‘shopping’, tapi banyakkan ibadah
terlebih dahulu. Jika tidak, seseorang akan kerugian pahala yang banyak kerana
untuk mengumpulkan duit umrah pun makan bertahun-tahun, jadi takkanlah cukup
dengan buat umrah sekali sahaja?
S: Bolehkah pergi umrah sebelum pergi haji?
J: Jika ada kemampuan kewangan untuk kerjakan haji dan
umrah, maka boleh baginya pergi umrah dahulu. Jika tidak, mesti diutamakan
pergi haji dahulu. Jika seseorang itu pergi umrah dahulu, dan kemudian namanya
naik untuk pergi haji, dan kewangannya tidak mencukupi kerana telah pergi
umrah, maka hukumnya boleh jatuh haram. Perumpamaannya samalah seperti jika
seseorang solat sunat malam tapi meninggalkan solat Subuh. Pastilah perbuatan
itu tidak betul.
S: Ketika menunaikan umrah, saya lihat ada
perbezaan dalam menunaikan ibadah umrah, mohon penjelasan?
J: Betul. Contohnya, tak boleh memegang/mencium hajar aswad
ketika berihram kerana hajar aswad itu dilumur minyak wangi. Oleh sebab itu, perlu mencari ilmu kerana kedudukan orang yang berilmu itu berbeza dengan orang yang tidak berilmu.