Posts

Showing posts with the label Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani

Di Sebalik Tabir Kematian (2) – Tanyalah Ustaz 12.02.2013

Image
Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani Bacaan ayat 99, surah Al-Mukminun: Ayat tadi menceritakan bahawa ketika menghadapi kematian, manusia berharap agar dipanjangkan umurnya. Banyak kali diceritakan dalam Al-Quran bahawa manusia akan mohon dipanjangkan umurnya tetapi sudah terlambat. Nabi Saw suruh kita mencari ilmu agar kita dapat membuat persiapan menghadapi kematian. Manusia ini leka dan hanya sedar apabila telah meninggal. Jaga beberapa amalan sebelum kita meninggal iaitu: Banyakkan bertaubat. Nabi SAW bertaubat sehingga 70 atau 100 kali sehari. Lazimkan memohon keampunan dan jangan tangguh-tangguhkan. Perhatikan gambar-gambar kita yang lama-lama dan ingatkan semula dosa-dosa yang pernah kita lakukan.? Didik agar anak menjadi anak yang soleh. Biarlah ketika kita meninggal, anak kita sendiri yang menguruskan. Imam Ghazali berkata, “Matilah kamu bersama-sama dengan dosa kamu, tapi pahala kamu masih hidup”. Apakah pahala yang masih hidup? Sed...

Di Sebalik Tabir Kematian (1) – Tanyalah Ustaz 11.02.2013

Image
Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani Bacaan ayat 8, surah Al-Jumuah: Antara perkara yang Allah sembunyikan ialah: Rezeki Qada’ dan qadar Waktu kematian Ahli syurga atau ahli neraka Kematian boleh menjadi sesuatu yang amat menakutkan atau sesuatu yang menggembirakan. Orang yang bersedia akan gembira untuk bertemu kekasihnya iaitu Allah SWT. Orang begini ialah orang yang sentiasa bersedia untuk kehidupan selepas kematiannya. Ada 5 alam dalam kehidupan kita: Alam rahim Alam dunia Alam barzakh Alam masyhar Alam syurga atau neraka Setiap alam mempunyai batasannya tersendiri. Proses kelahiran membawa kita daripada alam rahim kepada alam dunia. Perpindahan ke alam barzakh pula berlaku melalui kematian. Seterusnya, kita dipindahkan ke alam Masyar melalui proses kebangkitan. Setelah itu, proses Hisab akan menentuka kita ke syurga atau neraka. Jadi, apa persiapan kita untuk menghadapi alam-alam ini? Sebenarnya, kita...

Senjata Syaitan (3) – Tanyalah Ustaz 13.01.2013

Image
Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani Bacaan ayat 22, surah Ibrahim: Ayat ini menceritakan bahawa kelak manusia akan menyesal apabila bertemu syaitan di hadapan Allah dan syaitan melepaskan semua janji-janjinya pada manusia. Apakah bentuk senjata syaitan kepada orang yang beriman? Antaranya ialah: 1. Menimbulkan perasaan was-was dalam jiwa Biasa terjadi kepada akidah seseorang, dan menyebabkan ragu-ragu dengan keimanannya. Berlaku kepada orang yang beribadah  - contohnya ada yang ambil wudhuk tak sudah-sudah, angkat takbir berulang kali. Berlaku pada akhlaknya sama ada untuk istiqamah atau tak pada perkara yang baik. Dalam surah An-Nas, Allah ceritakan bahawa syaitan akan tiup perasaan ragu-ragu/agak-agak pada manusia. Oleh itu, setiap kali berlaku keraguan, sebutlah: Jika ragu-ragu pada iman pula, baca: atau ulang baca: “La ila ha illallah” 2. Melupakan manusia tentang matlamat hidupnya. Dalam surah Al-Kahfi, ada disebutkan bahawa...

Senjata Syaitan (2) - Tanyalah Ustaz 12.01.2013

Image
Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani Bacaan ayat 11-18, surah Al-‘Araf: Tajuk ini adalah tajuk yang besar dalam hidup kita. Ayat yang dibaca menceritakan perbalahan antara iblis dan Allah, dan bagaimana berikrar untuk merosakkan manusia dan akan datang mengganggu melalui beberapa jalan iaitu: 1. Meragukan ingatan manusia kepada akhirat – Kita semua maklum kita perlu melalui 5 alam iaitu alah rahim, alam fana, alam kubur, alam masyar dan kemudian kita akan hidup dalam alam syurga atau neraka. Syaitan akan melekakan manusia sehingga manusia lupa bekalannya untuk akhirat. 2. Syaitan datang melalui belakang yang membawa kepada cinta yang melampau kepada dunia . Kita sebenarnya semakin lama semakin meninggalkan dunia, tetapi semakin itulah kita semakin lupakan akhirat. 3. Syaitan datang dari sebelah kanan iaitu mewujudkan perasaan syubhat (ragu-ragu) terhadap agama . Contohnya, syaitan membisikkan – tak perlu tutup aurat lagi kerana masih muda. 3. S...

Kesilapan Anak Pada Ibubapa (2) – Tanyalah Ustaz 11.10.2012

Image
Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani Bacaan surah Al-Isra', ayat 23-24: Allah letak ibu bapa pada kedudukan yang tinggi kerana Allah meminta anak menjaga ibubapa sebagaimana menjaga Allah. Sambungan perbincangan semalam - Kesilapan anak pada ibubapa setelah berkahwin sehingga anak meninggal atau ibubapa meninggal dan setelah ibu bapa meninggal dan dibangkitkan semula di akhirat. Kesilapan anak pada ibubapa setelah berkahwin sehingga anak meninggal atau ibubapa meninggal: Membiarkan ibubapa hidup bersendirian sedangkan anak bergembira dengan pasangan. Kisah yang sama pernah berlaku ketika zaman Rasulullah SAW. Ada seorang wanita yang begitu cantik, namanya Atiqah. Dia akhirnya dikahwinkan dengan Abdullah bin Abu Bakar. Namun, oleh kerana isterinya terlalu cantik, Abdullah menjadi leka sehingga meninggalkan solat berjemaah. Abu Bakar memerhatikan dan setelah 40 hari Abdullah meninggalkan solat berjemaah, Abu Bakar mengarahkan Abdullah menceraikan Atiqah. Setelah bercera...

Kesilapan Anak Pada Ibubapa (1) – Tanyalah Ustaz 10.10.2012

Image
Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani Bacaan surah Al-Isra’, ayat 23-24: Tanggungjawab manusia ada dua iaitu jaga Allah dan jaga ibu bapa – Kenapa ibubapa? Ibubapa adalah orang yang melahir dan membesarkan kita, oleh itu mereka perlu dilebihkan berbanding orang lain di dalam kehidupan. Ada banyak hadis Nabi SAW yang menyentuh kepentingan berbuat baik kepada ibu bapa. Salah satunya berbunyi, “Redha Allah terletak pada redha ibu bapa”.  Redha ibubapa juga membawa keberkatan dalam kehidupan. Walaupun nampak kecil, kesalahan kepada ibubapa adalah besar di sisi Allah. Oleh itu, kita perlu berusaha untuk menjauhi dan meninggalkan perkara-perkara yang membawa kepada dosa kepada ibubapa. Selama ini kita melihat tanggungjawab ibubapa kepada anak, tetapi tidak sebaliknya. Tanggungjawab anak kepada ibubapa terbahagi kepada 3 peringkat iaitu: Ketika remaja sehingga sebelum kahwin,  setelah berkahwin sehingga anak meninggal atau ibubapa meninggal dan setelah ibu ...

Ziarah Ke Alam Barzakh (1) – Tanyalah Ustaz 05.09.2012

Image
Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani Bacaan surah Al-Mulk, ayat 2: Kehidupan manusia bermula di alam roh, dunia (fana - alam yang bakal hancur), alam kubur, alam masyar dan kemudian alam syurga atau neraka. Ketika air mani dipancarkan ke dalam rahim, sebanyak 40 juta sperma berenang masuk dan cuma satu yang Allah izinkan bercantum dengan ovum untuk membentuk nutfah dan hidup disitu selama 9 bulan. Ketika dalam kandungan ibu, roh akan ditiupkan kemudian akan dituliskan tentang rezekinya, ajalnya dan amalan dan kehidupannya dan sama ada dia ahli syurga atau ahli neraka. Setelah itu, kita dipaksa keluar dari alam rahim ke alam dunia. Di dunia juga kita mengalami 5 peringkat kehidupan. Peringkat bayi – semua orang sediakan keperluan kita daripada makan, tidur, pakaian dan sebagainya. Kemudian kita menjadi kanak-kanak. Seterusnya kita menjadi remaja. Nabi SAW mengatakan bahawa remaja merupakan satu juzuk daripada kegilaan. Setelah itu, kita menjadi dewasa dan kemudi...

Solat & Perihal Kesihatan (2) – Tanyalah Ustaz 14 Ramadhan 1433H (03.08.2012)

Image
Ustaz Ahmad Dusuki bin Abdul Rani Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 43-45: Manusia terdiri daripada dua unsur – roh dan jasad. Nabi SAW bersabda, “Hendaklah kamu tahu bahawa dalam jasad kamu ada segumpal darah, kalau baik darah itu, maka baiklah seluruh anggota badan kamu. Jikalau rosak darah itu, maka rosaklah seluruh anggota badan kamu. Itulah yang dinamakan hati". Solat akan dapat merawat hati. Ada hati yang sakit, ada hati yang mati sehingga mereka tidak dapat melihat atau mendengar ayat-ayat Allah. Mereka ini tidak ada bezanya dengan haiwan, bahkan lebih teruk lagi. Semua penyakit dalaman akan bersarang di dalam hati. Oleh itu, sebelum solat, kita diminta untuk membersihkan hati. Itulah antara fungsi wudhuk, walaupun pada zahirnya nampak kita cuma basuh anggota luaran sahaja. Ketika mengambil wudhuk, kita niatkan dalam hati untuk memohon keampuan daripada Allah terhadap segala dosa yang telah kita lakukan menggunakan anggota tubuh kita. Antara penyakit hati ya...

Solat & Perihal Kesihatan (1) – Tanyalah Ustaz 13 Ramadhan 1433H (02.08.2012)

Image
Ustaz Ahmad Dusuki bin Abdul Rani Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 43-45: Hari ini akan dibincangkan kelebihan solat daripada segi kesihatan. Solat merupakan asas dalam kehidupan dan tiang agama. Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud, "Solat itu tiang agama, siapa yang mendirikannya, maka dia mendirikan agama. Siapa yang meninggalkannya, maka dia meruntuhkan agama”. Ada banyak lagi hadis berkaitan solat - antaranya Nabi SAW menyebut - “Solat itu anak kunci syurga”, “Solat merupakan perkara pertama yang akan dihisab diakhirat nanti”. Nabi SAW sentiasa mengutamakan solat. Jika mengembara bersama sahabat, Nabi SAW akan sibuk bertanya bagaimana dan nak solat di mana. Sebaliknya, kita hari jika berjalan, sibuk bertanya bagaimana dan di mana nak makan. Solat boleh memberi kesihatan luaran dan dalaman. Seperti yang disebut dalam ayat yang dibacakan tadi, Allah meyuruh kita minta pertolongan dengan mengerjakan solat. Sebab itu Allah juga ada menyebut bahawa setiap perk...