Senjata Syaitan (3) – Tanyalah Ustaz 13.01.2013


Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani


Bacaan ayat 22, surah Ibrahim:

Ayat ini menceritakan bahawa kelak manusia akan menyesal apabila bertemu syaitan di hadapan Allah dan syaitan melepaskan semua janji-janjinya pada manusia.

Apakah bentuk senjata syaitan kepada orang yang beriman? Antaranya ialah:

1. Menimbulkan perasaan was-was dalam jiwa
Biasa terjadi kepada akidah seseorang, dan menyebabkan ragu-ragu dengan keimanannya.
Berlaku kepada orang yang beribadah  - contohnya ada yang ambil wudhuk tak sudah-sudah, angkat takbir berulang kali. Berlaku pada akhlaknya sama ada untuk istiqamah atau tak pada perkara yang baik. Dalam surah An-Nas, Allah ceritakan bahawa syaitan akan tiup perasaan ragu-ragu/agak-agak pada manusia. Oleh itu, setiap kali berlaku keraguan, sebutlah:


Jika ragu-ragu pada iman pula, baca:
atau ulang baca: “La ila ha illallah”

2. Melupakan manusia tentang matlamat hidupnya.
Dalam surah Al-Kahfi, ada disebutkan bahawa syaitan yang membuatkan manusia lupa untuk beribadah.

3. Memanjangkan angan-angan manusia sehingga mereka leka

4. Memperindahkan maksiat yang dilakukan
Banyak contoh yang berlaku seperti pasangan yang sudah berkahwin tertarik kepada pasangan orang lain. Inilah sebabnya suami nampak isteri orang cantik, tapi isteri sendiri sebaliknya. Arak, dadah dan lain-lain maksiat pula dibisikkan sebagai bahan yang boleh memberi ketenangan.

5. Membuat tipu-daya untuk melakukan dosa
Seorang ulama di zaman Bani Isarel bernama Bal am bin Bahurah didatangi syaitan dalam bentuk orang yang sedang beribadah. Syaitan beribabah lama dan mendatangkan rasa ingin tahu ulama itu dan dia bertanya apa rahsianya. Syaitan pun berkata, “Aku pernah buat dosa, dan setelah bertaubat, aku rasa lebih nikmat beribadah”. Lalu ulama pun bertanya, “Bagaimana untuk buat maksiat?” Syaitan meyuruhnya berzina, tapi dia enggan dan memilih untuk meminum arak. Mula-mula dia minum arak, kemudian datang seorang wanita, dan dia pun berzina dengan wanita. Bersama wanita itu ada seorang bayi, dan kerana ketakutan selepas melakukan zina, dia pun membunuh anak itu. Dia kemudiannya ditangkap, dan dihukum untuk dibunuh. Sebelum dibunuh, syaitan datang semula dan berkata tunduk pada dirinya jika ingin selamat. Dia pun tunduk, lalu dibunuh dan matilah dia dalam kekufuran. Daripada satu dosa minum arak, telah berlaku banyak dosa-dosa besar yang lain.

6. Menghalang manusia buat kebajikan
Syaitan akan cari jalan menyukarkan kita berzikir, menakutkan kita dengan kemiskinan jika ingin bersedekah. Syaitan juga sangat benci kepada orang yang berkahwin.

7. Melalui jalan permusuhan
Syaitan tak suka manusia berdamai dan dibiarkan pertengkaran berpanjangan, sedangkan Islam menggalakkan silaturrahim dan jalinan ukhuwwah. Bahkan Islam menyuruh kita membantu mendamaikan orang yang bergaduh. Rasulullah SAW menggalakkan kita mengalah dalam perselisihan demi menjaga hubungan baik sesama manusia.

8. Membisikkan kepada manusia untuk berbuat keji dan mengatakan apa yang tak diketahuinya di sisi Allah

9. Melalui jalan gopoh-gapah
Hadis Nabi SAW menyebut bahawa, “Ketenangan itu datang daripada Allah, gopoh-gapah itu pula datang daripada syaitan”.

10. Bermimpi yang buruk sehingga menjejaskan kehidupan
Oleh sebab itu, Islam mengajar abad tidur dengan wudhuk, doa, bacaan surah tertentu dan seumpamanya.

11. Melalaikan dengan pengalaman yang lampau
Perjalanan hidup kita ke hadapan, bukannya ke belakang. Oleh itu, jangan dikenang-kenang apa yang telah berlaku.

Kesimpulan:
Mari bersama tingkatkan ilmu kita dengan terus menghadiri majlis ilmu, dan saling tegur-menegur.

Senarai soalan dan jawapan:
S: Sejahat-jahat syaitan tidak pula dia mengaku sebagai Tuhan seperti Firaun. Mohon penjelasan.
J: Firaun adalah manusia, dan kerana tidak pernah sakit, dia mengaku dirinya sebagai Tuhan yang paling agung. Diriwayatkan bahawa syaitan pun terkejut dengan pengakuan Firaun itu.

S: Bagaimana dengan sikap suka bertangguh dalam ibadat, dan juga perasaan riyak apabila beribadah?
J: Ini memang helah syaitan. Syaitan selalu membisikkan bahawa umur seseorang itu masih panjang. Oleh sebab itu, perlunya mujahadah (kesungguhan) dengan memaksa diri dahulu untuk beribadat, In sha Allah, lama-kelamaan akan berubah menjadi lebih baik.

S: Apakah kelemahan syaitan dan jin?
J: Syaitan lemah terhadap orang yang kuat imannya kepada Allah, dan istiqamah dalam ibadatnya. Orang yang istiqamah akan diteman oleh malaikat, maka dengan itu, syaitan pun akan lari. Itulah sebabnya syaitan takut kepada Sy. Umar. Selalu berdoa agar Allah beri kekuatan untuk istiqamah.

S: Bolehkan syaitan mengganngu manusia dengan makhluk yang tak bernyawa. Contohnya, bila nak pergi majlis ilmu, kereta tak boleh dihidupkan.
J: Betul, ada ulama mengatakan yang ianya boleh berlaku. Nabi SAW bersabda yang maksudnya, “Barangsiapa yang mampu menghalang halangan untuk mencari ilmu, maka Allah akan membuang halangan untuknya memasuki syurga”. Oleh itu, kuatkan diri untuk melawannya dan kita kena maklum bahawa ianya adalah gangguan syaitan.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab