Kenapa Solat Sunat (2) – Tanyalah Ustaz 19.01.2013

Ustaz Dr. Muhammad Luqman Ibrahim


Bacaan surah Ali-Imraan, ayat 133-136:

Semalam telah disebutkan bahawa Nabi SAW solat sehingga bengkak kakinya. Sungguhlah sukar untuk kita mengikuti sifat solat Nabi SAW ini.

Petikan daripada surah Muzammil, ayat 20 yang dibacakan semalam, Allah berfirman:
...Dan bacalah yang mana-mana kamu dapat mudah membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang)..

Ada 2 pendapat ulama' dalam mentafsirkan ayat ini iaitu:
Pertama - oleh kerana ayat ini berkaitan solat, maka ayat ini menyeru kepada solat.
Kedua – Bacalah apa-apa yang mudah daripada Al-Quran dalam solat.

Kedua-duanya ada hubung-kait yang kuat iaitu – dalam Quran ada bacaan Al-Quran. Allah SWT menyebut kepada Rasulullah SAW, “Sembahnyanglah seberapa banyak yang kamu mampu...”. Hari ini kita akan cuba lihat bagaimanakah sifat solat Nabi SAW.

Nabi SAW pernah bersabda, “Allah Ta'ala menjadikan mataku ini sejuk kerana solat”. Jika kita juga dapat merasa tenang dan jinak dengan solat, In sha Allah itu adalah tanda-tanda orang yang mukmin. Tetapi, jika kita rasa berat, terseksa, susah, sama-samalah kita semak diri. Mudah-mudah dengan semakan itu, kita akan dapat lebih mendekatkan diri dengan Allah Ta'ala.

Jika kita terlepas solat sunat 2 rakaat sebelum Subuh, kita boleh menunaikannya setelah selesai solat Subuh. Ini telah dibahaskan ulama' dengan panjang lebar dalam kitab Furoq Al-Masai. Dalam riwayat juga ada disebutkan Nabi SAW ada mengqada' solat sunat berwaktu. Cuma ustaz cadangkan buat dirumah agar tak berlaku fitnah.

Orang yang solat Subuh berjemaah, kemudian disambung dengan membaca Al-Quran, berzikir sehinggalah matahari naik. Lebih kurang 13 minit selepas itu, bolehlah ditunaikan solat sunat Isra'. Nabi SAW pernah bersabda dalam hadis yang bermaksud, “Sesiapa yang solat Subuh berjemaah, dan kemudian duduk zikir kepada Allah sehingga naik matahari, kemudian mengerjakan solat sunat Isra', maka adalah baginya pahala haji dan umrah yang sempurna, sempurna, sempurna”. Hadis ini hasan, riwayat Imam At-Tarmidzi. Sebahagian yang lain mengatakan hadis ini sahih.

Ulama berbeza pendapat antara solat sunat Isra' dan solah sunat Dhuha. Jadi terpulanglah jika ingin menganggap solat sunat Isra' ini solat sunat Dhuha. Cuma syaratnya, selepas solat berjemaah, teruskan dengan zikrullah, baca Al-Quran. Selepas 13 minit matahari naik, baru tunaikan solat sunat Isra'. Selepas solat sunat Isra', tunaikan pula solat sunat Dhuha. Paling kurang, usahakan untuk melakukannya pada hari Sabtu dan Ahad.

Solat sunat Dhuha boleh dilakukan 2 sehingga 12 rakaat. Nabi SAW biasa melakukannya dalam 8 rakaat. Sy. Othman boleh 'tenggelan' dalam nikmat solat sehingga lupa kepada semua benda lain. Bandingkan dengan orang yang 'kaki bola'. Oleh kerana keseronokan yang dirasai, seseorang itu tahan menunggu perlawanan selama 2 jam dan meninggalkan semua perkara yang lain. Begitulah Nabi SAW dan sahabat dalam menunaikan solat.

Dalam hadis Qudsi, Nabi SAW bersabda, “Allah berfirman, Wahai anak Adam, sembahyanglah 4 rakaat (sembahyang Dhuha), Aku akan sempurnakan yang lain-lain (hajat, rezeki dan lain-lain)”.

Solat ini tidak lama – cuma 5-10 minit, tetapi Allah akan selesaikan segala urusan kita. Bukankah ini akan memudahkan urusan kita? Kaedah mencari rezeki ada 2 iaitu:
  • zahir melalui pekerjaan yang dilakukan dan
  • batin dengan solat dan berdoa

Majoriti daripada kita cuma mencari rezeki secara zahir sahaja, tetapi kita memerlukan kedua-duanya sekali. Dalam Al-Quran, surah Nuh, ayat 10-12:

Dalam ayat ini Allah menyatakan kepentingan untuk beristighfar kepada-Nya. Jika ada dalam kalangan kita yang susah mendapat rezeki, atau anak, usahakanlah untuk membanyakkan beristighfar. Istighfar ini bukan hanya untuk kelebihan di akhirat, bahkan juga untuk menyelesaikan permasalah di dunia juga.


Senarai soalan dan jawapan:

S: Kadang-kadang bila baca dalam buku, ada terjumpa solat sunat seperti solat sunat untuk memudahkan sakaratul maut, dan solat selepas buang air. Adakah solat begitu?
J: Mungkin ulama sebelum ini ada rujukan yang tertentu, tetapi Ustaz minta agar kita mengambil solat sunat yang ada nas-nas dan hadis Nabi SAW yang jelas. Ada banyak sebenarnya dan tak teramal untuk kita mengikuti semuanya pun.

S: Bagaimana niat solat qadha?
J: Solat qadha boleh ditunaikan pada bila-bila masa saja, termasuk waktu yan diharamkan solat. Niatnya tak perlu sebut 'Usolli', asalkan hadir niat untuk qadha' solat kerana Allah Ta'ala.

S: Apakah bacaan waktu rukuk untuk solat sunat Dhuha?
J: Bacaannya sama saja seperti solat fardhu yang biasa. Mungkin ada bacaan yang agak berbeza, jadi boleh rujuk di dalam buku.

S: Saya mengalami insomnia dan risau untuk melakukan solat sunat kerana takut akan terlepas solat Subuh keesokan harinya. Mohon pandangan ustaz?
J: Kisah serupa pernah berlaku pada zaman khalifah Umar ra. Ada seorang anak muda, bernama Sulaiman yang suka solat. Pada malam hari, dia solat sepanjang malam, dan pada hujung malam dia tidur sehingga terlepas solat Subuh. Ketika di masjid, Sy. Umar nampak dia tidak berada bersama untuk berjemaah lalu memanggilnya untuk bertemunya. Apabila ditanya, di beritahu Sulaiman bahawa dia telah solat sunat sepanjang malam, kemudian letih dan terlewat bangun untuk Subuh. Sy. Umar pun berkata, “Solat Subuh berjemaah itu lebih besar ganjaranyya daripada solat sunat sepanjang malam”. Oleh itu, jika susah tidur, hanya solat sedikit dan tidur lebih awal agar tak terlepas Subuh.

S: Apakah hukum mencuri waktu kerja untuk melakukan solat sunat Isra'?
J: Waktu Isra' sebelum waktu kerja bermula, mungkin waktu Dhuha yang mengganggu. Cubalah gunakan waktu 'tea-break' sekejap untuk solat Dhuha demi mengikut sunnah Nabi SAW. Jangan pula sampai ibadah yang dilakukan menjadi fitnah kepada agama. Solat itu sekejap sahaja sebenarnya, jadi janganlah dipanjang-panjangkan waktu rehat itu untuk ke tempat lain. Kita perlu bijaksana dalam menangani hal ini.

S: Jika menguap di tengah-tengah Fatihah, perlukah mengulang daripada mula surah?
J: Kejadian ini juga ada berlaku kepada ustaz, terutamanya apabila membaca ayat:

Ayat ini memerlukan kesungguhan dalam membacanya kerana huruf-huruf yang terkandung didalamnya. Maka tak perlu diulang dari awal surah, memadai diulangi ayat tersebut sahaja.

p/s: Siri pertama ada di sini

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab