Posts

Showing posts with the label #keranakasihnabi

Konsep Sebenar Jihad - MTDM 28 Ogos 2015 (Bah. 1 - Tafsir)

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم  Majlis Ta'lim Darul Murtadza 28.08.2015 Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid*  Bahagian 1: Tafsir Surah An-Nisa, ayat 77-78 Ayat 77:   Ayat ini menjelaskan bahawa konsep jihad bukan semangat untuk menuntut hak seseorang yang dizalimi. Ayat ini mengingatkan sahabat Nabi ﷺ yang tertindas, tertekan, dipenjara, disakiti bahkan ada sehingga yang terbunuh semata-mata kerana mereka beriman,  mereka datang minta izin daripada Rasulullah ﷺ untuk mengangkat senjata untuk berperang. Kata mereka, “Kita disakiti, dizalimi..”. Tapi Allah سبحانه و تعالى turunkan ayat ini : “..Tahanlah tangan kamu..” Yakni jangan angkat senjata selagi ada semangat selain daripada untuk menegakkan kalimah tauhid kepada Allah سبحانه و تعالى, iaitu jangan berjihad kerana sifat asobiyyah (semangat berpuak), memihak kepada bangsa, kabilah atau keturunan atau kerana ingin menuntu...

Maulid Pembukaan MTDM 07082015 - Dakwah Dengan Kasih-Sayang & Keselamatan

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم  Majlis Ta'lim Darul Murtadza - Maulid Pembukaan 07082015 Tausiyah 1: Syeikh Ismail  Terjemahan oleh Ustaz Iqbal Al-Jauhari //Maaf, untuk tausiyah ini, kebanyakannya ringkasan sahaja kerana rakaman asal hilang dan juga tiada di Youtube MTDM untuk rujukan.  //Ucapan pembukaan Nama saya Ismail dari China, dan inilah sebuah peluang yang baik untuk kita semua الحمد لله رب العلمي, ini adalah sebuah peluang menghadiri majlis yang penuh mahabbah untuk berkenalan. Dulu di Tarim saya berkesempatan menghadiri majlis sebegini di Tarim bersama Habib Umar bin Hafiz. Saya juga الحمد لله رب العلمين, sempat belajari di bumi Damascus dan sempat belajar dengan ayahanda Syeikh Muhammad Soleh bin Abdul Latif Al-Hassani - dan sempat duduk dalam majlis seperti ini. Tahniah buat rakyat Malaysia yang dapat duduk dalam majlis sebegini, yang keadaan kami sangat berbeza di ...

Tafakkur - ambil masa dan lakukannya - MTDM 10.10.2014

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ِاَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهَ وَصَحْبِهِ وَسَّلِم   Majlis Ta’lim Darul Murtadza 10.10.2014 Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid* Sumber rakaman mp3 BAHAGIAN 1 - Tafsir Surah Ali Imran, ayat 189-193 Ayat 189: Ayat ini menunjukkan bahawa Allah sebagai Raja yang sebenar. Manusia paling kaya yang diizinkan Allah di dunia ini ialah Nabi Sulaiman a.s. Beliau diizinkan memerintah manusia, haiwan, jin, syaitan, dan juga angin. Kerajaan Firaun dan Namrud pun tidak sekaya kerajaan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman memimpin manusia, haiwan, syaitan, jin, angin? Adakah orang yang boleh memimpin angin hari ini? Ada negara mendakwa mereka maju tetapi bila datang angin putting peliung mereka pun lari ketakutan. Nabi Sulaiman pernah berdoa agar Allah tidak memberikan kerajaan kepada orang melebihi daripada kerajaannya. Oleh sebab itu, Nabi ﷺ pernah menangkap dan mengika...