Posts

Showing posts with the label Kesan berinteraksi dengan Al-Quran

Berinteraksi Dengan Al-Quran (3) - Tanyalah Ustaz 10.06.2012

Image
Ustaz Prof. Madya Dr. Muhd Najib Abdul Kadir Bacaan surah Taha, ayat 1-8: Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur setelah dimatikan sebentar malam tadi. Setelah bangun, Nabi SAW menganjurkan kita membaca doa bangun tidur. Sayyidina Umar memeluk Islam setelah mendengar adiknya, Fatimah, membacakan ayat-ayat surah Taha ini. Antara intipati utama ayat surah ini adalah Al-Quran diturunkan bukanlah untuk menyusahkan Nabi SAW, sebaliknya sebagai tazkirah(peringatan) kepada mereka yang takut kepada Allah. Mudah-mudahan kita juga termasuk dalam golongan ini kerana kita takut dengan siksaan, azab dan kemurkaan Allah dan kita ingin menjadi Muslim, mukmin yang taat dengan perintah Allah SWT. Berinteraksi dengan Al-Quran mempunyai kaitan dengan membudayakan Al-Quran. Jadikan ianya sebagai rutin harian agar membaca Al-Quran, sepertimana Sayyidina Uthman yang akan berasa tidak senang jika dalam sehari tidak membaca Al-Quran. Sayyidina Uthman membaca Quran begitu kerap sehing...