Posts

Showing posts with the label Korban

Korban (2) – Tanyalah Ustaz 27.10.2012

Image
Ustaz Ahmad Husni Dato’ Abdul Rahman Surah As-Soffat, ayat 100-107: Ayat 100 surah As-soffat ini merupakan doa Nabi Ibrahim kepada zuriatnya, oleh itu amat elok untuk kita amalkan. Sambungan kisah Nabi Ibrahim dan Ismail: Nabi Ibrahim meletak pisau di leher anaknya dan cuba menyembelihnya, namun tidak berjaya. Nabi Ibrahim pun meminta bapanya menguatkan hirisannya namun masih gagal menyembelihnya. Kemudian Allah menyatakan bahawa Nabi Ibrahim sudahpun mengerjakan seperti apa yang dimimpikannya dan sembelihan Nabi Ismail digantikan dengan seekor kibas (ayat 105-107). Sambungan cerita seorang pemuda dari Yaman yang suka memberi sarapan kepada orang ramai setiap hari. Suatu hari dia terjatuh ke dalam perigi dan tidak dijumpai orang. Setelah 6 tahun, orang mengisytiharkan dia telah meninggal dan mengagih-agihkan hartanya. Suatu hari, ada seorang lain berjalan dan masuk ke dalam sebuah gua. Lelaki itu terkejut kerana menjumpai lelaki yang dikatakan hilang...

Korban (1) – Tanyalah Ustaz 26.10.2012

Image
Ustaz Ahmad Husni Dato' Abdul Rahman Surah Al-Maidah, ayat 27-30: Ibadah korban merupakan antara ibadah yang tertua sekali kerana bermula ketika Habil dan Qabil diminta mengeluarkan korban kepada Allah. Kisah Habi dan Qabil – mereka dilahirkan dengan kembar perempuan dan ketika itu disyariatkan untuk silang nikah → Habil berkahwin dengan kembar Qabil yang bernama Iqlima dan Qabil berkahwin dengan kembar Habil iaitu Labuda. Qabil tidak setuju kerana Iqlima lebih cantik rupa-parasnya berbanding Labuda. Oleh itu, Allah menetapkan agar mereka berdua mengeluarkan korban. Ini juga menunjukkan bahawa untuk mendapatkan sesuatu perkara itu, ianya memerlukan pengorbanan. Allah meminta dipersembahkan korban dan barangsiapa yang diterima korbannya, maka dia akan dikahwinkan dengan gadis pilihannya. Habil memilih haiwan ternakannya yang terbaik, manakala Qabil pula memilih tanaman yang sudah rosak. Setelah dipersembahkan, Allah menerima korban daripada Habil. Kisah bersa...