Korban (2) – Tanyalah Ustaz 27.10.2012
Ustaz Ahmad Husni Dato’ Abdul Rahman
Surah As-Soffat, ayat 100-107:
Ayat 100 surah As-soffat ini merupakan doa Nabi Ibrahim
kepada zuriatnya, oleh itu amat elok untuk kita amalkan. Sambungan kisah Nabi Ibrahim dan Ismail:
Nabi Ibrahim meletak pisau di leher anaknya dan cuba
menyembelihnya, namun tidak berjaya. Nabi Ibrahim pun meminta bapanya
menguatkan hirisannya namun masih gagal menyembelihnya. Kemudian Allah menyatakan
bahawa Nabi Ibrahim sudahpun mengerjakan seperti apa yang dimimpikannya dan
sembelihan Nabi Ismail digantikan dengan seekor kibas (ayat 105-107).
Sambungan cerita seorang pemuda dari Yaman yang suka
memberi sarapan kepada orang ramai setiap hari. Suatu hari dia terjatuh ke
dalam perigi dan tidak dijumpai orang. Setelah 6 tahun, orang mengisytiharkan
dia telah meninggal dan mengagih-agihkan hartanya. Suatu hari, ada seorang lain
berjalan dan masuk ke dalam sebuah gua. Lelaki itu terkejut kerana menjumpai
lelaki yang dikatakan hilang di dalam perigi. Rupa-rupanya, jauh di dasar
perigi itu, ada jalan ke gua itu dan lelaki itu berlindung di dalamnya. Apabila
ditanya apa yang dimakannya selama 6 tahun itu, beliau menjawab bahawa setiap
pagi setelah bangun tidur, akan terdapat sepinggan makanan yang kemudiannya dia
bahagi kepada 2 bahagian – 1 untuk siang, dan 1 untuk malam. Oleh itu, berilah kerana Allah dan yakinlah
dengan janji Allah, dan anda pasti akan bahagia.
Maksud korban ialah menyembelih haiwan-haiwan yang
dibenarkan pada waktu-waktu tertentu kerana Allah dan untuk mendekatkan diri
kepada Allah. Contoh haiwan ialah
kambing, lembu dan kerbau (haiwan tempatan). Waktunya bermula selepas solat
sunat Aidil Adha sehingga sebelum terbenam matahari pada 13 Dzulhijjah.
Nabi SAW menyembelih sendiri haiwan yang ingin dikorbannya
dan inilah yang terbaik untuk dilakukan. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari
Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu
akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya.
Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh
ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadat korban
yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Senarai soalan dan jawapan:
S: Saya dengar orang kata jika kita niat buat korban, kita
tidak boleh potong kuku dan rambut. Betulkah?
J: Ini bersumberkan satu hadis Nabi SAW, riwayat Muslim yang bermaksud:
J: Ini bersumberkan satu hadis Nabi SAW, riwayat Muslim yang bermaksud:
“Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkorban ), dan
telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut
atau kukunya SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan". ( Muslim, 3/39
)
Oleh itu, jelas
bahawa ini merupakan sunnah Nabi SAW. Jika dilakukan juga, hukumnya makruh yang
mendekati hukum haram.
S: Jika saya perlu bertugas, bolehkah saya mewakilkan ibadah
korban kepada pihak ketiga?
J: Boleh, dan sememangnya majoriti masyarakat hari ini mewakilkan
kepada orang ketiga. Dr. Zulkifli Al-Bakri ada menuliskan sebuah buku berkaitan
fatwa tentang korban. Boleh dapatkan untuk membuat rujukan.
S: Bolehkah melakukan ibadah korban bagi orang yang telah
meninggal?
J: Ulama ada membincangkan hal ini dan dinyatakan bahawa
hukumnya harus. Orang yang buat korban untuk orang lain juga akan mendapat
pahala juga.
S: Bolehkah saya melakukan aqiqah untuk anak saudara apabila
ibu bapanya kurang berkemampuan. Saya tidak mahu mengecilkan hati adik dan adik
ipar saya.
J: Pertama, perlu diminta izin daripada ayah anak itu (adik
ipar) terlebih dahulu. Tanpa izin, tidak sah aqiqah itu.
S: Bolehkah niatkan satu korban itu untuk ramai-ramai?
J: Pada asasnya, seekor kambing hanya boleh diwakilkan untuk
seorang sahaja. Seekor lembu pula boleh dikongsi seramai 7 orang. Tetapi jika
seorang ahli keluarga telah berbuat korban, maka sudah terangkat syiar korban
ke atas seluruh ahli keluarganya.
S: Boleh tak dicampur niat aqiqah dan korban sekaligus?
J: Ada 2 pandangan iaitu:
J: Ada 2 pandangan iaitu:
Tidak boleh campur kerana ibadah itu berbeza
Harus dicampurkan ke atas seekor haiwan. Terbaik ialah
keseluruhan binatang itu diniatkan korban. Tetapi jika ingin dicampur - bagi
seekor lembu – 3 atau 2 bahagian boleh dibuat aqiqah, selebihnya buat bahagian
korban.
S: Apakah hak orang yang membantu (melapah) dan orang yang
berkorban? Bolehkah jurulapah ‘menempah’ bahagian tertentu haiwan sembelihan?
J: Jika korban wajib (kerana nazar), maka seseorang itu
tidak boleh ambil langsung. Jika korban sunat boleh dibahagi kepada 3 – diri
sendiri, fakir miskin dan sahabat handai. 1/3 itu banyak dan tidak semestinya
di ambil semua. Namun daging korban tidak boleh dijual oleh orang yang membuat
korban. Setelah diberi kepada fakir miskin, terpulang kepada mereka apa yang
ingin dilakukan. Bahagian daging korban tidak boleh dijadikan upah kepada
tukang sembelih atau jurulapah berdasarkan hadis Nabi SAW berikut:
“Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih
unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku
mensedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu
(seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak
memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.”
(Riwayat al-Bukhari Muslim).
S: Siapa yang berhak terima daging korban?
J: Semua orang termasuk orang berkorban kecuali orang yang
berkorban wajib (kerana bernazar). Orang kafir juga boleh terima korban sunat terutamanya
jika pemberian itu boleh menarik hatinya kepada Islam.