Posts

Showing posts with the label Ustaz Raihan Abdul Aziz

Amalan Termakbul atau Tertolak (1) – Tanyalah Ustaz 2013

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Ustaz Nor Raihan Abdul Aziz* Bacaan surah Ad-Dhuha: Dalam surah ini, Allah bersumpah demi waktu Dhuha – waktu sekarang ini, dan diakhir ayat ini agar kita tidak mendustakan nikmat yang diberi-Nya. Semua orang nak masuk syurga tapi adakah kita layak dengan amalan yang kita lakukan? Inilah yang akan dibincangkan. Berfikir sesaat itu lebih baik daripada ibadah setahun – berfikir adakah amalan yang kita lakukan ini boleh membawa kita ke syurga? Syurga yang amat mahal, milik Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda, “Tiada seorang pun boleh mengharapkan amalannya akan bawa dia ke syurga”. Sahabat pun bertanya, “Walaupun tuan?” Jawab baginada, “melainkan dengan amalan saya Allah ampunkan dan rahmati saya.” Jadi, memang dengan amalan kita, kita tak boleh berharap untuk ke syurga, tetapi kenapa kita beramal? Untuk mendapatkan ampun dan rahmat Allah Ta'ala. Inilah sebabnya kita beramal. Orang yang melangkah ke surau/masj...

Adab Berziarah (1) – Tanyalah Ustaz 06.05.2013

Image
Ustaz Raihan Abdul Aziz Bacaan ayat 27, surah An-Nur: Islam ini agama yang mengajar cara hidup. Contohnya, kita diajar masuk ke tandas dengan kaki kiri, ke disko jangan masuk! :) Sesungguhnya Nabi SAW itu diturunkan untuk memberi teladan akhlak yang sempurna. Kita perlu tahu syariat, barulah apa yang kita lakukan menjadi ibadat. Contohnya, sebutan salam juga mestilah tepat dan bukan bacaan yang dipendek-pendekkan. Antara perkara yang dapat memberatkan timbangan di Mizan ialah akhlak yang mulia. Senarai soalan dan jawapan: S: Apakah kelebihan berziarah dalam Islam? J: Kita ingin menjadikan amalan ini bukan sekadar adat, tetapi sebagai ibadat agar mendapat pahala di sisi Allah. Dalam sepotong hadis, Nabi SAW bersabda, “Ziarahlah orang yang raib, agar bertambah-tambah kasih-sayang”. Keduanya, dalam sepotong hadis lain, Sy. Anas bin Malik berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya sedekah dan menghubungkan kerabat boleh menambahkan umur dan mengelak kem...

Adab Menziarahi Orang Yang Ditimpa Musibah (2) – Tanyalah Ustaz 28.02.2013

Image
Ustaz Raihan Abdul Aziz Bacaan ayat 1, surah Al-Mulk: Orang yang sakit mesti menaruh sangkaan baik kepada Allah. Ini kerana Allah berfirman bahawa Allah itu seperti sangkaan hamba-Nya. Jadi, jangan sesekali bersangka buruk pada Allah. Senarai soalan dan jawapan: S: Apakah yang perlu dilakukan ketika melawati orang yang sedang nazak? J: Dalam menghadapi orang yang sedang nazak, perlu: Ajarkan mengucapkan ‘La ila ha illallah’ secara berulang-ulang. Ajarkan dengan cara lemah-lembut, bukannya dipaksa. Di sunatkan mengiringkan badan di atas lambungan kanan, dan muka menghadap kiblat. Jika sukar, arahkan kaki ke arah kiblat dan tinggikan kepalanya agar mukanya menghadap kiblat. Baca Yaasin – ada hadis sahih menyebut baca Yasin kepada orang yang nazak dan orang yang telah meninggal dunia. Yasin itu sebahagian Al-Quran yang membawa rahmat, semoga dengan rahmat itu, dapat dipermudahkan urusan roh keluar dari jasad.  S: Apakah ucapan takziah...

Adab Menziarahi Orang Yang Ditimpa Musibah (1) – Tanyalah Ustaz 27.02.2013

Image
Ustaz Raihan Abdul Aziz Bacaan ayat 155, surah Al-Baqarah: Nabi SAW bersabda, “Antara perkara yang dapat memberatkan timbangan di Mizan ialah akhlak-aklak yang baik”. Itulah sebabnya Nabi SAW diutuskan untuk menunjukkan akhlak yang terpuji kepada kita. Senarai soalan dan jawapan S: Apakah kelebihan menziarahi orang ditimpa musibah? J: Kelebihan ada disebut dalam beberapa hadis: Hadis 1 : Sabda Nabi SAW, “Sesungguhnya seorang Muslim itu apabila menziarahi saudaranya yang Muslim, sentiasalah berada dalam taman syurga” (HR Muslim). Hadis 2 : Sayyidina Ali pula meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, “Tiadalah muslim yang menziarahi saudaranya muslimnya yang lain di pagi hari melainkan mendoakan atasnya oleh 70 ribu malaikat sehingga ke petang hari. Jika menziarahinya di petang hari maka mendoakan atasnya oleh 70 ribu malaikat sehingga ke pagi hari”. (HR Tidmizi) Hadis 3 : Sepotong hadis daripada Abu Hurairah ra, Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang menzi...

Zikir (1) – Tanyalah Ustaz 07.01.2013

Image
Ustaz Raihan Abdul Aziz Bacaan ayat 103 surah An-Nisa’: Ayat ini menganjurkan kita mengingati Allah SWT, dan sesuai dengan tajuk kita -berzikir. Sebelum itu, kita perlu memahami kepentingan zikir. Allah berfirman, “Maka, jika kamu ingat aku, maka aku akan kepada kamu” dan “Bersyukurlah pada Allah Ta’ala, jangan kamu kufur”. Berzikir pada Allah tidak perlu secara ‘formal’. Apabila kita melihat keindahan alam sekeliling – melihat awan, matahari, ucapkanlah ‘Subhanallah’. Ingatlah Allah banyak-banyak. Senarai soalan dan jawapan: S: Adakah berzikir itu kita menyebut nama Allah SWT sahaja? J: Dalam Al-Quran, kalimat zikir digunakan dengan berbagai-bagai perkataan. Menurut Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqolani, dalam membincangkan beberapa hadis, Nabi SAW bersabda, “Kalau kamu melintasi taman-taman syurga, hendaklah kamu mengambil keseronokan-keseronokan”. Sahabat pun bertanya apakah itu taman syurga. Nabi SAW pun menjawab, “Itulah majlis yang mengingati All...

Keperluan Zakat & Sedekah (2) – Tanyalah Ustaz 18.10.2012

Image
Ustaz Raihan Abdul Aziz Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 267: Hari ini kita akan membincangkan tentang sedekah. Berbeza dengan zakat, sedekah hukumnya sunat, dan tiada had tertentu. Zakat ada asnafnya, tapi sedekah boleh diberi kepada semua orang. Sedekah ada berbagai bentuk dan tidak semestinya dalam bentuk wang sahaja. Perbuatan baik hatta senyuman sekalipun boleh dikira sebagai sedekah. Orang yang bersedekah akan didoakan malaikat. Orang yang kedekut pula akan didoakan keburukan oleh malaikat seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi saw. bersabda, “Ketika seorang hamba berada pada waktu pagi, dua malaikat akan turun kepadanya, lalu salah satu berkata, ‘Ya Allah, berilah pahala kepada orang yang menginfakkan hartanya.’ Kemudian malaikat yang satu berkata, ‘Ya Allah, binasakanlah orang-orang yang bakhil.” Untuk setiap sedekah yang dikeluarkan, Allah janji akan ganti balik. Oleh itu, kita tidak perlu ragu-ragu kerana janji Allah pasti besa...

Keperluan Zakat & Sedekah (1) - Tanyalah Ustaz 17.10.2012

Image
Ustaz Raihan Abdul Aziz Surah Al-Mukminun ayat 4-6: Kenapa perlu zakat? Tujuannya adalah untuk membersihkan harta dan juga hati kita daripada sifat kedekut dan bakhil. Soalan dan jawapan: S: Mohon ustaz jelaskan makna dan cara mengira zakat pendapatan? J: Ada orang kata zakat pendapatan ini benda baru. Sebenarnya zakat perdapatan termasuklah gaji, royalti, hasil sewa rumah, elaun, bonus dan sebagainya. Seperti mana pokok, jika dicantas ianya akan semakin bercambah, begitu jugalah dengan harta dan zakat. Zakat itu akan menyuburkan harta. Syarat untuk dikenakan zakat pendapatan ialah Islam, bukan hamba, menjadi pemilik sempurna harta, cukup nisab (dengan kadar 85g emas atau RM13000 di Selangor pada tahun 2012), cukup haul setahun dan datang daripada sumber yang halal. Kumpulkan semua hasil pendapatan dan jika melebihi 13,000, perlu dikeluarkan 2.5% sebagai bayaran zakat. Ada 2 cara bayaran – diambil terus daripada jumlah yang melebihi nisab atau ditolak dahulu d...

Muhasabah Diri (2) - Tanyalah Ustaz 05.07.2012

Image
Ustaz Raihan Abdul Aziz Bacaan surah Yaasin ayat 77-81: Ayat ini menurut Al-Hakim membenarkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas yang bermaksud, “Telah datang seorang lelaki bernama Al-'As bin Wail kepada Nabi SAW sambil membawa tulang orang mati yang telah reput, lalu dipatah-patahkan dan dibuang merata-rata. Dia berkata kepada Nabi SAW, “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang reput ini?” Lalu Allah SWT menurunkan ayat 79 ini supaya Nabi SAW dapat menjawab, “Dialah Allah Taala yang akan membangkitkan semula tulang-tulang yang telah hancur ini sebagaimana Allah Taala telah menjadikan manusia daripada tiada dan Allah Taala Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk ciptaan-Nya”. Beginilah manusia yang mudah lupa kejadiannya yang berasal daripada air mani yang tidak bernilai. Diberi ayam, ayam tak patuk, itik pun tak sudu. Setelah diberi nikmat, sebilangan mereka sombong dan melawan Allah Taala. Oleh sebab itu, kita pe...