Untung Rugi Memberi (1) – Tanyalah Ustaz 16.05.2014
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Untung Rugi Memberi (1) – Tanyalah Ustaz 16.05.2014 Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 254: Ringkasan huraian: Semua rezeki yang ada pada kita adalah daripada Allah SWT dan bukan semata-mata kerana kebijakan/kebolehan kita. Kiamat yang dimaksudkan boleh jadi kiamat kecil dengan kematian kita, atau kiamat yang sebenar. Namun, ulama mengatakan kiamat yang dimaksudkan dalam ayat ialah kiamat yang sebenar. Pada hari kiamat nanti – keluarga, zuriat, kawan tidak lagi dapat memberi syafaat (pertolongan) kecuali apa yang Allah izinkan. Orang-orang kafir adalah orang yang zalim kerana mereka sukar memberi dan kita dilarang mengikuti sifat mereka. Apa maksud memberi? Member nafkah yang wajib, minimum ada 2: Nafkah kepada isteri dan anak-anak (keluarga) mengikut kadar kemampuannya. Zakat bagi yang cukup nisabnya. Tambahan nafkah yang wajib pada sebahagian orang: Kafarah untuk mensucika...