Tergelincir akidah 2 - Tanyalah Ustaz 31.03.2012
Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
Bacaan Surah Al-Anfal ayat 37-38
Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam.
[37]
Kerana Allah hendak membezakan yang jahat (golongan yang ingkar) dari yang baik (golongan yang beriman), dan menjadikan (golongan) yang jahat itu setengahnya bersatu dengan setengahnya yang lain, lalu ditimbunkannya kesemuanya, serta dimasukkannya ke dalam neraka Jahanam. Mereka itulah orang-orang yang rugi.
[38]
Fokus : gejala murtad
Intipati ayat - orang kafir belanja harat dan bersatu untuk menarik orang Islam. Allah beritahu yang mereka akan menyesal kerana Islam pasti menang, pasti menyinari, Islam tidak akan menunggu kita, kita yg kena ikut Islam.
Pesan Allah kepada orang Islam yang kemudian kafir - jika jauhi, jika berhenti daripad murtad, kesalahan murtad itu akan diampunkan, jika kekal murtad, binasalah kamu.
Fokus bukan pada usaha orang kafir memurtadkan Islam tapi fokus dari dalam - kelemahan akidah akan memudahkan kita tergelincir jadi amat penting untuk menjaga akidah kita.
Ada orang yang murtad secara jelas - lebih mudah diubati kerana dia sedar tapi yang bahaya jika seseorang tidak sedar dalam keadaan murtad, syirik, lebih bahaya kerana dia tidak ada rasa untuk bertaubat.
Elemen2 patung, sihir boleh menyumbang kepada berhala simbolik dan menyebabkan seseorang syirik. Begitu juga penggunaan tangkal dalam kehidupan - tangkal baby, letak gunting/pisau bawah bantal baby. Ayat Quran boleh buat tangkal tak? Jumhur ulama tak benarkan kerana ada unsur syirik. Kalimah Quran juga boleh disalah gunakan.
Perubatan Islam ada 3 bentuk - madu, bekam dan bakaran api.
Minum madu - simbolik masuk ubat melalui mulut, bekam simbolik kepada bedah, bakaran api simpolik pada guna peralatan. Jadi inilah cara2 berubat, bukan menggunakan tangkal, jampi dsb.
Menanggap sesuatu benda ada sial juga silap. Boleh menjadikan tergelincir aqidah tanda sedar. Nabi kata jika kita percaya sesuatu perkara membawa mudarat - itu syirik, syirik, syirik. Nabi ulang sampai 3x - jadi kita kena jauhi.
Contoh kepercayaan lain - lilit bayi dengan benang, letak gunting, pisau bawah bantal baby, tanam uri dengan pensil, baling baju atas bumbung agar tak hujan hari kenduri, menyanyi di dapur kahwin orang tua, makan banyak tempat kahwin ramai, mandi air dr 7 kolah utk dapat jodoh dsb. Jika pinggan pecah ketika nak keluar bukan tanda buruk, tanda baik supaya bila keluar beli pinggan baru :) Kepercayaan sebegini boleh lemahkan aqidah kita dan mudah bawa pada syirik dan murtad.
Golongan as-sobiyah - Nabi SAW pernah kata - tidak dari golongan kami mereka yang memperjuangkan as-sobiyah - sahabat tanya apa as-sobiyah? Bantu kaum kamu buat kezaliman dan taksub pada seorang pemimpin. Pemimpin yang asalnya bagus boleh juga tergelincir bila lihat dirinya terlalu dipuja. Sebelum ikut seseorang, kita perlu ada ilmu asas agar jika orang tu buat silap kita tahu dan boleh tegur.
Gelincir aqidah boleh juga berlaku dengan kata2. Contoh: kita kata Allah ada mata macam mata kita, itu salah. Tapi boleh jika kata Allah ada tangan, tapi tangannya tidak sama seperti tangan kita kerana sifat Allah tak sama dengan sifat kita.
Senarai soalan & jawapan:
S: Kefahaman dalam masyarakat tentang terkenan - contoh suami tak berani memancing, memburu ketika isteri mengandung.
J: Sebenarnya setiap masa tak boleh menzalimi binatang, pokok. Memancing ikan bukan punca anak sumbing - itu kepercayaan yang silap. Inilah kegoyahan aqidah yang boleh memudahkan tergelicir kepada murtad.
S: Bagaimana elak murtad?
J: Kena pastikan berpegang pada Quran dan sunnah setiap masa - kena kembangkan budaya memahami Al-Quran, bukan sekadar membaca dan bertarannum. Inilah cabaran para pendakwah - ulama perlu fikir cara untuk menarik umat berminat mempelajari Islam.
S: Bagaimana menangani budaya yang suka mempersoalkan hukum Allah?
J: Sangka yang baik dulu - anggap mereka tak tahu, jadi ambil peluang untuk ajar. Kita jangan putus asa dari rahmat Allah - teruskan berdakwah, yang beri hidayah Allah. Allah pesan jagalah tembok agama Allah supaya takde musuh masuk. Jaga keluarga kita dulu. Semua orang mainkan peranan.
S: mengapa remaja mudah murtad walaupun diberi didikan agama dari kecil dan mudah terpedaya dengan pujukan teman istimewa untuk murtad.
J: Tangok cara Nabi dididik - dididik di kampung, diajar berniaga dari kecil. Lihat juga bagaimana Nabi mendidik sahabat. Macam itulah cara yang betul untuk didik anak. Kebanyakan ibubapa hari ini sibuk bekerja dan kurang beri kasih sayang. Jadi anak remaja mudah mengadu masalah pada orang luar, teman istimewa. Ini yang memudahkan mereka digoda keluar agama. Ibubapa perlu muhasabah dan rapat dengan anak.
S: Pernah pergi kubur dan minta doa dengan keberkatan orang itu dipermudahkan hajat saya. Apa beza bila kita mohon doa dimakam Rasulullah.
J: Perkara ini memang berlaku, majoriti ulama berkata tidak boleh kerana sahabat tidak buat. Orang yang meninggal tiada lagi keupayaan membantu kita, jadi bagaimana pula kita mengharapkan keberkatan orang yang telah mati. Kecuali Nabi kerana Nabi perkata berkata jika kita selawat sekali, Nabi selawat pada kita 10x. Allah kata doalah pada aku, aku dekat dan aku akan makbulkan doa. Jadi kenapa kita nak guna perantaraan? Nabi kata Allah ada nama agung, gunakan nama itu sebagai perantaraan, atau guna amal kebaikan sebagai perantaraan atau minta orang soleh yang masih hidup untuk doakan.
Doa di makam Rasulullah doa pada Allah, bukan melalui Rasul.
Untuk maklumat lanjut, layari www.zaharuddin.net