Celik Mata, Reset Minda Ibu Bapa Muda
Islam Itu Indah - 14.03.2012
Mukadimmah:
Kenapa tajuk ini? Celik mata bermaksud bukan mata fizikal tapi mata hati, lihat dengan roh, tajuk kedua -> reset minda - minda ada dua - minda sedar dan bawah sedar , minda bwh sedar dipengaruhi apa yang kita lihat sejak kecil. Tujuan utama untuk ubah cara kita berfikir, bila cara berfikir berubah, emosi kita berubah, ini akan merubah tindakan kita, seterusnya tindak balas juga akan berubah dan seterusnya akan merubah kehidupan kita. Kenapa pilih ibu bapa muda? Fitrah kehidupan kita, setelah cukup umur akan berumahtangga. Kita ada wedding planner tapi tiada marriage planner, padahal perkahwinan itu lebih utama daripada majlis perkahwinan.
Sebab itu kita lihat hari ini ramai anak tidak dapat didikan yang betul, anak diculik dsb. Tugas utama lelaki, pilih calon ibu yang baik untuk anak-anaknya. Sebelum kelahiran, kita fokus pada keperluan luaran anak2, jarang fokus pada didikan anak.
Cara didikan anak - 0-6: anak2 belum ada akal, kena didik dengan kasih sayang, 7-14: perlu jadi kawan anak2. Kita perlu jaga urusan akhirat kita supaya urusan dunia kita dibantu Allah. Jika berlaku musibah pada orang, jangan cepat menghukum, jadikan iktibar, begitu juga jika berlaku musibah pada kita, jadikan pengajaran untuk memperbaiki diri.
Soalan & Jawapan:
S: Pandangan - Islam meletakkan wanita perlu ada mahram untuk keluar, dan anak kecil belum layak dalam urusan jual-beli, jadi tidak sepatutnya dibiarkan keluar cth ke pasar malam berseorang dan membuka peluang anak2 diculik dsb.
J: Setuju.
S: Berkahwin lambat tapi bersedia untuk mendidik anak dan mula mengajar anak sedari kecil mengenali Al-Quran. Alhamdulillah, anak2 berjaya dididik. Perlu bergantung sepenuhnya pada Allah. Amalkan doa mohon pasangan dan zuriat yang menyejukkan hati.
J: Setuju.
S: Bagaimana ibu ingin menjadi ibu, ayah, kawan, jiran kepada anak.
J: Islam suruh beri kasih-sayang pada umur 0-6 thn, umur 7-14 beri banyak pujian sebagaimana kita puji kawan2 kita. Perlu ingat anak bukan hak ibu bapa, mereka ada kehidupan sendiri, kita cuma bimbing agar apa yang dilakukan mencapai keredhaan Ilahi.
S: Bagaimana mendidik anak yang banyak menghabiskan masa di pusat jagaan, tadika dsb.
J: Tak dapat dinafikan keadaan hari ini begitu. Kita sebenarnya perlu memanfaatkan setiap masa yang diluang bersama anak, audit diri kita setiap masa - apakah input atau teladan yang ditunjukkan pada anak2. Anak2 ada cara pembelajaran yang dipanggil unconcious learning - belajar tanpa sedar. Kita perlu fokus setiap masa untuk didik anak - cth dalam perjalanan ke taska cuba visualisasikan pada anak yang masa diluangkan di taska akan menyeronokkan anak2, cth dapat bermain bersama kawan, dapat belajar. Jadikan tujuan anak2 dihantar ke taska adalah untuk kebaikan mereka, bukan sebagai cara ibu bapa ‘membuang’ anak2. Bila anak balik, tanya anak apa yang mereka buat, beri perhatian apa mereka cakap. Kita terlalu banyak hidup by default, bukan by design, jadi banyak benda kita buat semata-mata ikut orang, perlu ubah ini dan hargai setiap masa yang kita ada bersama anak.
S: Saya seorang bapa yang berusaha memperbaiki diri, tetapi kadang2 tersilap juga cth terlalu tegas. Tetapi setiap kali lepas solat, kumpulkan semua ahli keluarga dan minta maaf pada anak. Mengaku kesilapan dan mohon anak tidak ikut contoh tidak baik dan tidak jadi benci pada ayah. Apa pendapat ustaz.
J: Saya sangat suka ibu bapa yang minta maaf pada anak. Jika anak bermasalah, jangan cerita pada orang sebab itu sebenarnya salah kita. Kita yang mengandungkan dan mendidik anak. Teruskan usaha cuma nak tambah satu bila kita marah, kena ingat itu sebenarnya syaitan. Jika nak marah anak, tengok umur, jika kurang 7 tahun, dia belum berakal, jadi mengapa perlu dipukul? Jika lebih 7 tahun, dia baru mula belajar, cuba ajar dia secara matang dan terang kenapa kita marah. Cth: Jika anak suka tengok tv, suruh dia bayangakan jika dia banyak tengok nanti bila nak ambil keputusan periksa, adakah dia anak tersenyum atau sebaliknya? Ajar anak berfikir akibat tindak-tanduknya. Ibu bapa jangan suka memerintah, jangan asyik suruh anak dengar cakap kita sedangkan kita tak pernah dengar apa anak cakapkan. Apply 3 formula bersama anak: 1. mercy - penuh belas kasihan, 2. jimat-cermat dengan perkataan - kurang bercakap, lebih mendengar, 3. dengan rendah diri - jangan rasa kita besar, pandang anak tinggi, mereka lebih dekat dengan syurga, sebab mereka kurang dosa berbanding kita. Bila anak/orang tegur kita, kita kena terima - cth jika anak tegur ibu banyak membebel, kita terima dan tanya cara terbaik untutk bercakap dengan mereka, kemudian mereka pasti bertanya semula cara terbaik mereka untuk bercakap dengan kita - konsep lead by example.
S: Adakah sifat kanak2 semasa kecil dibentuk 100% oleh ibu bapa atau itu sifat semula jadi?
J: Kita selalu cakap anak ikut mak atau ayah. Memang da kebenarannya dari segi kajian sains juga begitu cuma peratusannya tidak dapat dipastikan antara nature & nurture. Cara mudah kita anggap semua anak ada potensi untuk jadi hebat, mereka bagai kain putih yang boleh dibentuk menjadi apa saja.
S: Anak berumur 5 tahun, dan banyak baca buku parenting dan amalkan pada anak. Cth. tak tengking anak, tak paksa anak, tapi risau sebab anak macam ‘besar kepala’. Cth anak tak mahu pakai baju seragam pergi sekolah, dia nak jadi lain daripada orang lain.
J: Bagus kerana ada inisiatif baca buku parenting. Sebenarnya, susah sikit sy nak komen tp sekolah kita ada kemungkinan untuk bunuh kreativiti anak2. Alhamdulillah kerajaan sudah mula mengambil pendekatan memasukkan unsur kreativiti dalam pendidikan hari ini. Bila suruh anak2 pakai uniform, kita anggap semua orang sama, tiada keunikan tersendiri. Sebab itu jika lihat di luar negara, mereka tak amalkan uniform. Jadi untuk memujuk anak2 pakai uniform, cuba dengan pujian. Saya ada buat ujian kesan pujian dan kejian pada anak2. Anak yang dipuji akan jadi kuat, anak2 yang dikeji akan jadi lemah, mudah sakit. Aura negatif ibu bapa akan beri kesan kesihatan pada anak2. 75% kesihatan kita dikawal oleh minda kita sebenarnya.
S: Saya nk puji anak tapi anak sangant nakal dan tak nampak kebaikan anak. Bagaimana?
J: Dari pemerhatian, anak2 jadi nakal kerana inginkan perhatian. Oprah pernah tunjuk bagaimana anak2 nakal diletakkan dalam rumah tanpa apa2 gajet, dan luangkan masa sepenuhnya dengan ibu bapa, anak jadi tenang dan tak nakal kerana mereka dapat perhatian ibu bapa sepenuhnya. Anak2 perlukan kasih sayang dan pelukan. Untuk sihat perlu 4 pelukan, untuk maintenance perlu 8 pelukan, untuk growth perlu 16 pelukan. Masa kecil anak dipeluk tapi bila dah besar ada tak kita peluk anak kita? Sebab itu anak remaja mudah mencari ‘kasih sayang’ di luar, silap ibu bapa sebenarnya.
S: Bagaimana cara terbaik bawa balik anak yang dijaga ibu bapa mertua semenjak lahir.
J: Kes sebegini ada berlaku di zaman sekarang - nenek memang sayang sangat pada cucu. Saya tak boleh beri pandangan sebab tak tahu latar belakang. Apa kata kita berubah daripada berebut kepada memberi, kita berebut benda yang tak cukup biasanya. Perhatikan sifat Allah yang suka memberi. Jika kita ada anak lain, dan anak kita itu membahagiakan ibu bapa, apa salah kita beri anak itu pada ibu bapa kerana orang yang bahagia suka membahagiakan orang lain.
S: Bercadang masukkan anak ke sekolah agama tapi akan ambil masa sampai pukul 3 petang, risau anak anak bosan. Anak suka mengata jika nampak orang yang comot, bagaimana mengatasi?
J: Anak mengikut apa yang ibu buat, jadi ibu tidak boleh mengata jika nampak yang comot supayan anak tak ikut. Wanita jika berkahwin, perlu bersyukur, dapat zuriat, perlu bersyukur, jika ada rumah, kenderaan, dah dapat syurga dunia, jadi jangan kejar syurga di luar rumah. Teruskan niat hantar anak ke sekolah agama, ubah persepsi anak akan boring sebab agama itu penting. Agama penyelamat ummah. Perhatikan kepincangan hari ini yang disebabkan kejahilan agama. Wanita perlu jaga solat dan tanggungjawab agama agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.
S: Sekarang sy saja yang ingin berubah, suami tak memahami dan tak mahu berubah.
J: Perhatikan gaya bahasa - melabel suami itu dan ini - menunjukkan bagaimana hati kita. Jangan cepat salahkan suami sebab suami baik untuk isteri baik dan sebaliknya. Jangan sibuk ubah orang lain, ubah diri kita dulu. Tanya diri kenapa suami tak nak dengar cakap kita, mungkin kita dulu tak dengar cakap suami. Prof. akan anjurkan seminar “Bahagia dan Membahagiakan” pada 8 April untuk suami-isteri. Bagi para suami, perlu ingat yang anda pemimpin isteri dan keluarga.
S: Sy memilih utk berhenti kerja untuk jadi suri rumah tangga. Bagaimana menghadapi cemuhan orang sekeliling?
J: Syabas kerana semua wanita yang ambil keputusan fokus pada keluarga dan mendidik anak2 menjadi khalifah. Jangan risau tentang rezeki kerana Allah telah berjanji akan membantu mereka yang membantu agama Allah. Pedulikan apa orang sekeliling kata - orang yang kecil mindanya, masalahnya jadi besar, orang yang kecil mindanya sangat materialistik.
S: Bagaimana menghadapi orang suka merajuk?
J: Orang merajuk ini inginkan perhatian - jika orang itu selalu dipuji, dia takkan kisah dimarah sekali-sekala, tp jika selalu dimarah tanpa pernah dipuji, akan mudah merajuk.
S: Anak berumur 2 tahun, mula ajar ABC, tp bila ditegur secara baik dia melenting dan memukul2 saya. Saya belajar full-time dan bila saya balik anak2 akan tunjuk perangai dan bila ditanya mereka nak saya duduk rumah. Perlukah saya bertukar drpd full-time kepada part-time study?
J: Ilmu parenting sangat penting, anak2 bawah 7 tahun belum ada akal, jadi tak boleh dengar cakap anak2. Jika anak buat silap, jangan kata salah, guna cara lain untuk betulkannya, beri kata positif. Terima kemarahan anak yang meragam kerana ibu tiada di rumah. Gunakan teknologi spt video/handphone utk nyatakan rasa sayang pada anak agar anak terasa seperti kita bersamanya. Belajar ilmu untuk Allah, bukan untuk kejar keduniaan saja.
Kesimpulan:
Semoga kita semua hidup dengan penuh kesedaran dan amalkan 3 perkara ini bila bertemu seseorang:
- Lihat seseorang dengan penuh kasih sayang
- Banyakkan mendengar daripada bercakap
- Rendah diri dan jangan rasa lebih daripada orang lain.
Juga amalkan ‘Jihad IT’ - guna FB, Twitter untuk kongsi perkara kebaikan.