Labbaika (1) - Tanyalah Ustaz 24.10.2012
Ustaz Dato' Abu Hassan Din Bacaan surah Al-Hajj, ayat 27-29: Ucapan “Labbaika” merupakan simbol yang seseorang itu menyahut panggilan Allah untuk mengerjakan ibadat haji atau umrah. Haji merupakan ibadah yang difardhukan ke atas semua umat Islam yang mampu dan merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Mampu ertinya mampu dari segi kewangan, sihat tubuh badan dan selamat perjalanan pergi dan balik. Namun begitu, tidak wajib tidaklah bermakna tidak boleh dikerjakan. Contoh seperti solat Jumaat, walaupun tak wajib ke atas wanita, tetapi tidak menjadi kesalahan jika ingin dikerjakan. Senarai soalan dan jawapan: S: Mengapa orang musyrik dan orang Jahiliyyah juga mengerjakan haji? J: Sebenarnya orang Yahudi dan Nasrani menganggap Nabi Ibrahim sebagai nabi mereka dan oleh sebab mereka ingatkan haji untuk mereka juga. Namun, Allah jawab persoalan ini dalam ayat 67, surah Ali Imran yang menyatakan bahawa Nabi Ibrahim adalah untuk orang Islam. Perkara ini ...