Berfikiran Positif (2) - Tanyalah Ustaz 22.05.2012
Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim Bacaan surah Al-Hujarat, ayat 12 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. Hari ini kita akan fokus kepada berfikiran positif kepada makhluk. Daripada ayat yang dibacakan tadi, Allah pesan agar kita tidak bersangka buruk pada makhluk Allah dan juga sesama manusia. Apabila ada sangkaan buruk, kita akan saling membenci, berdendam, mencari aib dan berbuat kejah...