Pintu Taubat (2) – Tanyalah Ustaz 04.10.2012
Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim Bacaan surah Ali-Imran, ayat 135-137: Kaum Lut diterbalikkan oleh Allah kerana maksiat yang mereka lakukan. Ada banyak lagi contoh kisah kaum yang tidak mahu bertaubat kepada Allah dan akhirnya ditimpa bala. Allah suruh kita berjalan untuk melihat kesan-kesan perbuatan mereka itu. Allah suruh kita cepat-cepat bertaubat, jangan dilengah-lengahkan kerana kita semua tidak tahu bilakah kita akan dijemput pulang menghadap Allah SWT. Alhamdulillah, Allah masih beri kita nyawa dan kekuatan. Oleh itu manfaatkanlah untuk beribadat, menambah ilmu dan bertaubat kepada Allah. Senarai soalan dan jawapan: S: Bagaimana kesan orang yang tidak bertaubat di akhirat nanti? J: Imam Al-Qurtubi ada membincangkan perihal ini dan menyatakan bahawa orang sebegini akan disiksa di alam kubur lagi, dan kemudian di akhirat pula. Kubur bukanlah tempat untuk istirehat bagi orang yang berbuat maksiat. Kita semua perlu jaga adab ketika menghantar keluarga yan...