Posts

Showing posts with the label ibu bapa

Kesilapan Ibu Bapa Terhadap Anak (1) - Tanyalah Ustaz 28.11.2012

Image
Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek Bacaan surah Al-‘Asr: Allah bersumpah dengan mahkluk yang dinamakan masa. Allah mampu memberhentikan, mempercepatkan atau melambatkan masa. Kita semua dalam kerugian kecuali jiak kita saling menegur ke arah keabaikan. Tetapi, dalam menegur pasti ada risikonya. Oleh sebab itulah, ayat seterusnya dikatakan agar manusia berpesan dengan kesabaran. Jadi ibu bapa perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Ibu bapa boleh derhaka kerana mereka kurang berilmu. Oleh itu, setiap ibu bapa perlu mencari ilmu keibubapaan. Ibu bapa perlu menjadi ibu bapa yang membantu setiap anaknya menjadi manusia yang baik. Ibu bapa kita dahulu banyak berpesan kepada anak-anaknya agar jangan menjadi anak yang derhaka, agar rajin belajar dan mencapai kejayaan yang cemerlang. Nasihat-nasihat sebegini meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diri anak-anak. Senarai soalan dan jawapan: S: Ada ibu bapa yang membezakan kasih sayang antara anak-an...

Dahulukan Ibu Bapa (3) – Tanyalah Ustaz 21.10.2012

Image
Ustaz Abdul Hadi Bakri Abdullah Bacaan surah Al-Isra', ayat 14-15: Ketika kecil, bila seorang anak bertanya banyak kali, ibu bapa menjawab dengan sabar, walaupun terpaksa mengulang berkali-kali. Namun, ketika ibu bapa sudah tua dan merosot pendengarannya, anak mula hilang sabar apabila ditanya berkali-kali oleh ibu bapa. Mulianya manusia itu kerana ketika menyusu, dia memandang wajah ibunya, tidak seperti binatang yang menyusu dicelah kelangkang ibunya. Oleh itu, seorang anak perlu juga meletakkan ibu bapanya di tempat yang mulia juga. Ibu bapa pula perlu mendahulukan memberi penekanan kepada pendidikan adab kepada anak-anak. Dalam satu hadis, Nabi SAW bersabda agar: “Ajarlah anak mu dengan 3 perkara yang utama. Yang pertama ialah ajar supaya anak-anak kamu mencintai aku (Nabi saw), yang keduanya ialah ajar anak kamu supaya kasihkan ahli keluarga aku, dan yang ketiga ajarlah anak kamu baca Quran”. Ibu bapa perlu mendidik anak adab yang baik...

Dahulukan Ibubapa (2) – Tanyalah Ustaz 20.10.2012

Image
Ustaz Abdul Hadi Bakri Abdullah Bacaan surah Luqman, ayat 14 dan 15: Sambungan perbincangan semalam: Setelah Allah huraikan kepayahan yang dialami ibu ketika mengandung, melahir dan membesarkan, kita disuruh bersyukur kepada Allah dan kepada kedua ibubapa. Ketaatan kepada ibubapa adalah selagi mereka tidak menyuruh kepada perkara yang mensyirikkan Allah. Jika mereka menyuruh yang demikian, anak tidak boleh taat tetapi anak tetap perlu berbuat baik kepada mereka. Moga-moga, hati mereka akan lembut untuk masuk kepada Islam. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: " Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa." Buat baik kepada ibubapa merupakan 'ranking' kedua selepas solat. Oleh itu, jangan sibuk buat amalan baik lain sebelum berbuat baik kepada ibubapa. Senarai soalan dan jawapan: S: Adakah berdosa seorang anak yang tidak mendoakan ibubapa selepas solat? J: Setiap kali selepas sol...

Dahulukan Ibubapa (1) – Tanyalah Ustaz 19.10.2012

Image
Ustaz Abdul Hadi Bakri Abdullah Bacaan surah Luqman, ayat 13-15: Manusia bersifat pelupa, oleh sebab itu kita perlu diingatkan selalu. Dalam pesanan Luqman Nul Hakim tadi, beliau berpesan: Jangan mensyirikkan Allah dan berbuat baik kepada ibubapa. Allah utamakan ibubapa dan menceritakan semula kesusahan yang ditanggung ibu terutamanya ketika mengandung, melahirkan dan menyusukan sehingga anak berumur 2 tahun. Walaupun sukar, Allah beri rahmat kepada ibu dan ‘lupakan’ dia dengan keperitan yang disakiti sehingga ibu sanggup melahirkan anak berkali-kali. Cukupkah dengan memberi wang ribuan ringgit atau berkhidmat seumur hidup kepada ibubapa untuk membalas jasa mereka? Pastilah tidak cukup. Bila anak sakit, ibubapa minta untuk diberikan kesakitan itu untuk mereka tanggung. Namun, apabila ibubapa sakit, anak-anak minta agar ibubapa segera meninggal dan tidak menyusahkan mereka lagi. Perkara pertama yang perlu kita buat selepas solat ialah berbakti kepada i...

Celik Mata, Reset Minda Ibu Bapa Muda

Image
Islam Itu Indah - 14.03.2012 Tajuk: Celik Mata, Reset Minda Ibu Bapa Muda Mukadimmah: Kenapa tajuk ini? Celik mata bermaksud bukan mata fizikal tapi mata hati, lihat dengan roh, tajuk kedua -> reset minda - minda ada dua - minda sedar dan bawah sedar , minda bwh sedar dipengaruhi apa yang kita lihat sejak kecil. Tujuan utama untuk ubah cara kita berfikir, bila cara berfikir berubah, emosi kita berubah, ini akan merubah tindakan kita, seterusnya tindak balas juga akan berubah dan seterusnya akan merubah kehidupan kita. Kenapa pilih ibu bapa muda? Fitrah kehidupan kita, setelah cukup umur akan berumahtangga. Kita ada wedding planner tapi tiada marriage planner, padahal perkahwinan itu lebih utama daripada majlis perkahwinan. Sebab itu kita lihat hari ini ramai anak tidak dapat didikan yang betul, anak diculik dsb. Tugas utama lelaki, pilih calon ibu yang baik untuk anak-anaknya. Sebelum kelahiran, kita fokus pada keperluan luaran anak2, jarang fokus pada didikan an...