Kesilapan Ibu Bapa Terhadap Anak (1) - Tanyalah Ustaz 28.11.2012
Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek
Bacaan surah Al-‘Asr:
Allah bersumpah dengan mahkluk yang dinamakan masa. Allah mampu memberhentikan, mempercepatkan atau
melambatkan masa. Kita semua dalam kerugian kecuali jiak kita saling menegur
ke arah keabaikan. Tetapi, dalam menegur pasti ada risikonya. Oleh sebab
itulah, ayat seterusnya dikatakan agar manusia berpesan dengan kesabaran. Jadi ibu bapa perlu
mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.
Ibu bapa boleh derhaka kerana mereka kurang berilmu. Oleh
itu, setiap ibu bapa perlu mencari ilmu keibubapaan. Ibu bapa perlu menjadi ibu
bapa yang membantu setiap anaknya menjadi manusia yang baik.
Ibu bapa kita dahulu banyak berpesan kepada anak-anaknya
agar jangan menjadi anak yang derhaka, agar rajin belajar dan mencapai kejayaan
yang cemerlang. Nasihat-nasihat sebegini meninggalkan kesan yang mendalam
terhadap diri anak-anak.
Senarai soalan dan
jawapan:
S: Ada ibu bapa yang membezakan kasih sayang antara
anak-anak mereka. Bagaimana pandangan ustaz?
J: Betul, ada banyak berlaku begitu. Pilih kasih hukumnya
berdosa. Ibu bapa harus beri perhatian dan kasih sayang yang sama rata kepada
semua anak. Betul, kita mungkin sayang lebih kepada salah seorang antara
mereka, tetapi kita tidak boleh menzahirkannya di hadapan anak yang lain kerana
mereka boleh terasa dan berkecil hati. Biarlah kita doakan anak yang disayangi
itu lebih daripada yang lain. Katakan kita ada anak yang pandai dan kurang
pandai. Anak yang pandai kita puji-puji dan yang kurang pandai pula kita keji.
Anak yang pandai itu pun belajar tinggi sehingga ke luar negara dan mendapat
pekerjaan yang baik sehinggakan sibuk untuk pulang ke kampung untuk melawat
kita. Dek kerana kelulusan anak tidak pandai yang rendah, dia kerja di kampung
dan ketika kita sakit, anak itulah yang akan menjaga kita nanti. Anak yang
pernah buat silap memerlukan lebih perhatian daripada ibu bapa untuk
memperbetulkan mereka semula. Ibu bapa jangan cepat menghukum anaknya derhaka,
kerana ibu bapa juga boleh derhaka kepada anaknya terlebih dahulu. Inilah kisah
yang berlaku ketika zaman Umar apabila seorang ayah mengadu perihal anaknya
yang derhaka. Apabila anaknya dipanggil, didapati ayahnya yang lebih dahulu
derhaka kepadanya kerana memberikan nama yang tidak baik kepadanya, mengahwini
ibu yang tidak baik (rendah akhlaknya) dan tidak memberi pendidikan agama
kepadanya.
S: Bagaimana dengan sikap ibu bapa yang suka memaki-hamun anak-anaknya?
J: Anak-anak lebih mudah mengikut apa yang ditunjukkan ibu
bapa, bukannya apa yang diucapkan mereka. Jangan bertengkar di hadapan
anak-anak atau di hadapan mertua. Lebih elok, elakkan bertengkar kerana
kebiasaanya puncanya adalah kerana salah-faham. Bawalah berbincang. Pilih masa
yang sesuai untuk berbincang. Dalam setiap perbuatan, ibu bapa perlu ingat
bahawa anak akan meniru apa yang ditunjukkan mereka.
S: Adakah makanan yang kita masak atau beli menyebabkan anak
jadi degil?
J: Karbohidrat (nasi, roti dsn) boleh menyebabkan anak
menjadi terlalu aktif atau mengantuk. Ajar anak makan sedikit. Elakkan juga
mengajar anak minum air berkarbonat yang mengandungi ‘radical sugar’. ‘Radical
sugar’ boleh membuatkan seseorang itu agresif dan ‘violent’ atau pendiam tapi
pendendam. Jangan ajar anak makan ‘jajan’. Ibu bapa perlu pastikan juga yang
sumber rezekinya adalah yang halal sahaja. Ajar anak makan makanan sunnah seperti kurma, kismis dan madu.
S: Adakah penting makan malam bersama anak-anak?
J: Ya, Nabi SAW sendiri makan dahulu bersama isterinya
sebelum waktu Maghrib. Oleh itu, kita perlu amalkan makan bersama dan galakkan
bersembang ketika itu agar boleh mengeratkan silaturrahim.
S: Ibu bapa memang sayangkan anak, tetapi mereka susah untuk
mengungkapkannya? Mohon pandangan ustaz?
J: Memang begitu keadaan masyarakat. Jangan jadi ibu bapa
yang kedekut mengucapkan kasih sayang kepada anak-anak. Sepatutnya
diperbanyakkan ucapan sayang kepada anak-anak. Jika simpan dalam hati siapalah
yang tahu. Manusia dahagakan ucapan kasih sayang lebih daripada dahagakan seteguk air.
S: Bagaimana untuk menjaga agar anak kita yang terdidik baik
daripada mengikuti cara anak-anak yang tidak dididik baik oleh ibu bapa mereka?
J: Itulah keperluan untuk ‘menyuntik’ anak-anak kita dengan
pengetahuan dosa dan pahala semenjak mereka kecil. Banyakkan kisah-kisah para
Nabi, para sahabat yang membawa mesej yang baik kepada mereka. Ajar anak
meminta kebenaran sebelum keluar daripada rumah. Beri alasan yang baik jika ibu
bapa perlu menolak permintaan anak agar mereka faham.
S: Bagaimana untuk menegur anak orang lain yang kurang
terdidik? Jika ditegur, ibu bapanya melenting. Jika dibiarkan, takut pula
mempengaruhi anak kita.
J: Jika begitu, tak perlu tegur, tetapi doakan ibu bapa dan
anak itu selalu. ‘Do more connection, less correction’. Cubakan berbaik-baik
dahulu dengan ibu bapanya, dan kemudian sedikit demi sedikit pujuk ibu bapanya
secara tidak langsung untuk mendidik anaknya dengan lebih baik. Jika hati sudah
sayang, seseorang akan lebih mudah menerima nasihat dan pandangan orang yang
disayanginya.
S: Pada musim cuti sekolah, didapati ramai anak-anak yang
merayau-rayau dan menghabiskan masa begitu sahaja. Adakah ini kesilapan ibu
bapa?
J: Betul, ibu bapa kurang mengurus aktiviti anak-anak ketika
bercuti. Ketika ini, masjid dan surau boleh mengambil peranan dan mengadakan
pertandingan seperti sukan, hafalan, azan dan sebagainya. Ini akan membolehkan
mereke menyibukkan diri berlatih dan masa pun akan terisi dengan baik.
Anak-anak boleh juga dihantar ke kem-kem motivasi agar dapat lebih mendekatkan
diri kepada Allah. Jangan biarkan anak-anak asyik tengok TV atau berinternet
sahaja. Alternatif yang lebih murah, hantar anak balik kampung dan merasai
kehidupan di kampung. Biarkan mereka membantu atuk dan neneknya bercucuk-tanam,
mandi sungai, pergi surau dan sebagainya. Jika ada kemampuan kewangan, bawa
anak-anak berjalan. Ibu bapa perlu mengenalkan kepada anak-anak dunia luar juga
seperti wayang, taman-tema hiburan yang nyatakan yang perkara itu tidak elok.
Jika tidak, mereka akan dikenalkan kepada perkara itu oleh rakan-rakan mereka.
Oleh itu, amat penting ibu bapa yang terlebih dahulu mengenalkan dan
memberitahu kebaikan dan keburukan sesuatu benda.