Terjebak Dalam Khurafat (1) - Tanyalah Ustaz 23.11.2012

Ustaz Sharhan Safie


Bacaan surah Luqman, ayat 13:

Alhamdulillah kita dapat memulakan hari Jumaat yang mulia ini dengan majlis ilmu. Diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab sahihnya dari Abi Hurairah radhhiyallahu a'nhu bahawa Nabi Muhammad shalallahu'alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat satu saat, tidaklah seorang muslim mendapatkannya dan dia dalam keadaan berdiri solat dia meminta kepada Allah suatu kebaikan kecuali Allah memberikannya, dan dia menunjukkan dengan tangannya bahawa saat tersebut sangat sedikit.” (HR. Muslim no: 852 dan Al-Bukhari no: 5294). Hadis ini memberitahu bahawa ada satu detik mustajab doa pada hari Jumaat, oleh itu elok kita memperbanyakan amalan baik dan doa pada hari ini.

Sepertimana barah yang menjadi penyakit utama yang membunuh manusia, khurafat merupakan 'barah' utama dalam agama. Dalam satu hadis, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya, jampi-jampi karut, azimat dan wafak boleh mengundang kemurkaan Allah SWT”.

Dalam surah An-Nisa', ayat 48, Allah berfirman:

Ada banyak bentuk kurafat – perbuatan, perkataan dan sebagainya. Antara contoh yang masih banyak dilakukan adalah penggunaan tali/benang sebagai tangkal menghalang bayi daripada serangan sawan, menangis malam dan seumpamanya. Perbuatan ini salah dan perlu ditinggalkan segera. Bagi yang sedang diuji dengan kesakitan, janganlah gundah-gulana kerana kita ada Allah dan Allah Maha Berkuasa atas segalanya.

Senarai soalan dan jawapan:
S: Jika uri orang yang telah bersalin ditanam dan diletak lampu pada malam hari, adakah itu satu bentuk khurafat?
J: Perkara terbaik yang perlu dilakukan dengan uri ialah menanamnya. Jika perbuatan memasang lampu itu diniatkan akan memberi kesan kepada anak, maka ianya boleh menjadi syririk. Jika tidak, tiada masalah.

S: Apakah bahaya perbuatan syirik?
J: Ada banyak bahana khurafat dan yang paling utama adalah kemurkaan Allah, kemurkaan Rasul SAW dan tidak mendapat pengampunan Allah. Di samping itu perbuatan syirik akan membuatkan hati tidak tenang dan hilang keberkatan dalam kehidupan.

S: Masih ada orang yang masuk hutan dan meminta izin daripada penunggunya untuk mengelak gangguan. Betulkah perbuatan ini?
J: Perbuatan itu salah. Jika ingin keselamatan, minta pada Allah dan apa yang boleh diamalkan ialah memberi salam kepada Nabi Nuh, Nabi Sulaiman. Ada banyak makhluk yang diselamatkan bersama Nabi Nuh sebelum berlaku banjir besar. Nabi Sulaiman pula sangat digeruni oleh jin dan iblis.

S: Ada kepercayaan dalam masyarakat yang mengatakan jika buat perkahwinan anak dalam bulan Muharram akan memberi kesan tidak baik. Apa pendapat ustaz?
J: Kepercayaan ini adalah salah. Kepercayaan kepada tarikh tertentu adalah racun dalam masyarakat. Tiada hadis atau ayat Quran yang menyebut larangan sebegini. Kita perlu hidup berpedomankan Al-Quran.

S: Adakah perbuatan kenduri arwah pada hari ke-7, ke-14 dan ke-40 dan sebagainya merupakan perbuatan khurafat?
J: Untuk membuat kenduri, tidaklah menjadi masalah SEKIRANYA kita tidak percaya pada hari-hari tersebut mempunyai maksud tertentu seperti mayat sudah selesai disoal di dalam kubur dan sebagainya. Tiada siapa yang boleh membenarkan kenyataan ini kepada kita. Kita hanya boleh yakin dengan apa yang ada di dalam Al-Quran dan hadis.

S: Saya pernah pakai susuk dan ingin membuangnya. Orang yang memasang telah meninggal dan anaknya mendakwa susuk boleh dikeluarkan melalui jarak jauh. Betulkah ianya boleh dibuang begitu?
J: Paling utama, anda bertaubat dahulu kerana anda masih bernyawa. Allah sangat kasih kepada orang yang bertaubat. Susuk perlu dikeluarkan daripada badan. Jika dikatakan ingin dibuang daripada jauh, itu ada kemungkinan akan menggunakan khidmat jin. Oleh itu, pergi berjumpa dengan perawat Islam agar susuknya dapat dikeluarkan secara berhadapan.

S: Orang Melayu suka mengamalkan petua, namun ada yang bercanggah dengan syarat. Mohon penjelasan ustaz?
J: Betul, ada petua yang elok dan ada yang menyalahi syarak. Antara petua yang salah ialah – menanam uri bersama paku dengan kepercayaan akan menjadikan bayi sihat dan tidak diganggu makhluk halus. Jika petua yang elok, tiada masalah untuk diamalkan.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab