Mukjizat Al-Quran (1) – Tanyalah Ustaz 22.11.2012
Ustaz Dr. Mohd Sukki Othman
Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 23-25:
Allah mencabar manusia yang meragui
kesahihan Al-Quran agar membawa ayat yang serupa dengannya. Orang
Arab zaman dahulu sangat berbakat dalam mengarang syair, namun bakat
mereka itu takkan mampu, jika mereka saling bekerjasama sekalipun,
untuk membuat sesuatu yang serupa dengan Al-Quran. Memang ada orang
yang cuba membuat surah Al-Quran, contohnya seorang Nabi palsu yang
mengarang satu surah yang dinamakan surah Gajah. Namun
sahabat-sahabat Nabi SAW cuma ketawa kerana isi surah itu tiada
apa-apa makna atau mukjizat. Surah itu bermaksud: “Gajah. Tahukah
kamu apakah itu gajah? Gajah itu ada belalai yang panjang dan ekornya
pendek”. Ceritanya itu tak munasabah langsung untuk dijadikan
sesuatu yang diletakkan di dalam kitab penting seperti Al-Quran. Orang yang ingkar akan mendapat azab
siksaan dineraka. Orang yang beriman dan beramal-soleh pula akan
mendapat balasan syurga yang di dalamnya ada sungai-sungai yang
mengalir.
Dalam menghadapi tekanan dalam
kehidupan, kembalilah kepada Al-Quran kerana Allah berjanji dengan
mengingati Allah (berzikir), hati akan tenang. Al-Quran diturunkan oleh Allah dan
Allah berjanji untuk memeliharanya. Al-Quran yang sama inilah yang
dibaca oleh Nabi SAW, para sahabat, para tabiin, dan salafussoleh
sebelum ini.
Senarai soalan dan jawapan:
S: Apakah kepentingan mengetahui
mukjizat Al-Quran?
J: Pengetahuan akan membantu menambah keimanan kepada Allah Ta'ala. Al-Quran ini walaupun ramai orang tidak memahaminya, tetapi orang tidak rasa jemu untuk membacanya. Cuba ambil satu suratkhabar, dan cuba dibaca berulang-kali, pasti kita takkan mampu melakukannya dek kerana perasaan jemu.
J: Pengetahuan akan membantu menambah keimanan kepada Allah Ta'ala. Al-Quran ini walaupun ramai orang tidak memahaminya, tetapi orang tidak rasa jemu untuk membacanya. Cuba ambil satu suratkhabar, dan cuba dibaca berulang-kali, pasti kita takkan mampu melakukannya dek kerana perasaan jemu.
S: Apa maksud Al-Quran?
J: Al-Quran itu kalam Allah (perkataan
Allah), bermula daripada surah Al-Fatihah dan berakhir dengan surah
An-Nas. Al-Quran bukan datang daripada manusia ataupun Nabi/Rasul.
Ayat Al-Quran mempunyai mukjizat yakni ianya takkan dapat ditandingi
dengan ciptaan manusia. Al-Quran disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW
dengan perantaraan Jibril a.s. Al-Quran sampai kepada kita dalam
bentuk mutawattir (penyampaian oleh orang yang ramai). Oleh kerana
ramai yang menyampaikannya, maka kita boleh mempercayainya dan tak
perlu meraguinya. Membaca Al-Quran dikira sebagai ibadat.
S: Jika tak faham bahasa Arab,
bagaimana nak faham mukjizat Al-Quran?
J: Sebenarnya, walaupun baca Al-Quran
tanpa memahaminya, kita sudah boleh rasa tenang. Ketenangan itulah
salah satu daripada mukjizat Al-Quran. Jika dapat memahaminya adalah
lebih baik lagi. Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : Nabi Saw
bersabda: “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran
maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh
pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf,
tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”. Oleh
itu, kita perlu berusaha mempelajari bahasa Arab, belajar tafsir agar
kita akan lebih 'feel' ketika membaca Al-Quran.
S: Selain Al-Quran, mukjizat apa lagi
yang diberi kepada Nabi SAW?
J: Para anbiya memang diberikan
mukjizat oleh Allah. Ada banyak mukjizat Nabi SAW, tetapi para ulama
berpendapat mukjizat terbesar ialah Al-Quran, kemudian peristiwa
Israk Mikraj. Selain itu, mukjizat Nabi SAW yang lain adalah baginda
pernah belah bulan, pokok pernah tunduk kepadanya, air keluar
daripada celah-celah jarinya, membanyakkan makanan yang sedikit.
S: Dalam Al-Quran, ada tak dibincangkan
soal sains?
J: Pertama sekali ialah Al-Quran adalah
kitab yang memberi petunjuk dan bukan kitab sains. Tetapi kandungan
Al-Quran adalah menyeluruh. Ada seorang penyelidik dari Scotland
membuat kajian tentang kulit yang terbakar. Dapatan kajiannya
menunjukkan bahawa jika kulit sudah terbakar sekali, jika dibakar
sekali lagi kulit itu takkan terasa sakit lagi. Apabila dinyatakan
kehebatan Al-Quran kepadanya, dia pun bertanyakan jika dalam Al-Quran
ada menceritakan tentang kajian yang dilakukannya. Apabil disemak,
dijumpai ayat 56, surah An-Nisa' yang berbunyi:
Ayat ini secara terang menyebut Allah
akan menggantikan kulit yang baru agar manusia akan terasa azab api
neraka. Penyelidik itu akhirnya mengucap kalimah syahadah. Ada banyak
lagi contoh maklumat sains yang terdapat dalam Al-Quran.
S: Bagaimana Quran dapat beri kesan
kepada jiwa?
J: Contoh yang jelas ialah apabila kita
kenangkan kisah bagaimana Umar memeluk Islam. Hatinya diberi hidayah
dengan mendengar bacaan Al-Quran oleh adiknya. Niat awalnya untuk
membunuh Nabi bertukar menjadi kepadanya memeluk Islam.
S: Mengapakah pengkaji Barat tidak
menerima Islam sedangkan mereka mengkaji Al-Quran?
J: Sebenarnya ada ramai yang mengkaji
Al-Quran dan kemudiannya memeluk Islam. Ada juga orang yang mengkaji
Al-Quran untuk mencari kesalahan Al-Quran tetapi akhiranya terpegun
dengan ketepatan Al-Quran dan memeluk Islam. Bagi yang tidak terbuka
hatinya, itu sebenarnya adalah urusan Allah kerana hidayah milik
Allah. Hidayah Allah akan sampai kepada mereka yang ikhlas niatnya.
S: Apakah mukjizat Al-Quran daripada
sudut syariat?
J: Dalam surah Al-Maidah, ayat 3, Allah
menyebut bahawa, “..Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan
Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku redhakan Islam
menjadi agamu kamu...”. Ulama berpendapat, ayat ini merupakan
ayat terakhir dalam bab syariat. Selepas turunnya ayat ini tiada lagi
ayat bab syariat yang diturunkan. Jika kita mengikut syariat yang
Allah tetapkan, kita pasti akan selamat dan mendapat kebaikan dalam
kehidupan.