Posts

Showing posts with the label ustaz Dr. Muhammad Lukman Ibrahim

Rahsia Ramadan (1) – Tanyalah Ustaz Ramadan 1434H 10.07.2013

Image
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ Ustaz Dr. Muhammad Lukman Ibrahim Bacaan ayat 183-184 surah Al-Baqarah: Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah – hadis ini sangat panjang, tapi ustaz cuba pendekkan – Rasulullah SAW berkhutbah pada petang penghujung Syaaban yang bermaksud, “Telah datang kepada kamu satu bulan yang amat barakah yang di dalamnya ada satu hari yang lebib baik daripada seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar”. Seribu bulan ini bersamaan dengan 83 tahun 4 bulan. Inilah kelebihannya – beribadat satu malam sahaja, dengan syarat Allah menerimanya, maka cukuplah amalan satu malam itu untuk memberi kelebihan dalam kehidupan seseorang. Dalam surah Al-Ankabut contohnya, Allah menceritakan tentang Nabi Nuh yang diberi usia yang sangat panjang iaitu 950 tahun. Umur kita hari ini dalam purata 60 tahun sahaja. Sebahagian ulama mengatakan 950 tahun itu usia beliau berdakwah sahaja, oleh itu umur sebenarnya lebih panjang lagi. Oleh itu, Na...

Kenapa Solat Sunat (2) – Tanyalah Ustaz 19.01.2013

Image
Ustaz Dr. Muhammad Luqman Ibrahim Bacaan surah Ali-Imraan, ayat 133-136: Semalam telah disebutkan bahawa Nabi SAW solat sehingga bengkak kakinya. Sungguhlah sukar untuk kita mengikuti sifat solat Nabi SAW ini. Petikan daripada surah Muzammil, ayat 20 yang dibacakan semalam , Allah berfirman: . ..Dan bacalah yang mana-mana kamu dapat mudah membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang).. Ada 2 pendapat ulama' dalam mentafsirkan ayat ini iaitu: Pertama - oleh kerana ayat ini berkaitan solat, maka ayat ini menyeru kepada solat. Kedua – Bacalah apa-apa yang mudah daripada Al-Quran dalam solat. Kedua-duanya ada hubung-kait yang kuat iaitu – dalam Quran ada bacaan Al-Quran. Allah SWT menyebut kepada Rasulullah SAW, “Sembahnyanglah seberapa banyak yang kamu mampu...”. Hari ini kita akan cuba lihat bagaimanakah sifat solat Nabi SAW. Nabi SAW pernah bersabda, “Allah Ta'ala menjadikan mataku ini sejuk kerana solat”. Jika kita juga dapat merasa tenang dan ...

Kenapa Solat Sunat (1) – Tanyalah Ustaz 18.01.2013

Image
Ustaz Dr. Muhammad Lukman Ibrahim Bacaan ayat 20, surah Al-Muzammil: Ayat ini menceritakan kesungguhan Nabi SAW solat tahajjud iaitu selama 2/3 atau 1/3 malam. Oleh itu, jumlah solat sunat Nabi SAW adalah antara 3-6 jam. Sebab itu ada disebut dalam hadis bahawa kaki Nabi SAW bengkak/berdarah kerana terlalu lama berdiri di dalam solat. Solat sunat juga dinamakan nafilah, mustahabah, tatawwuk dan banyak juga nama yang lain. Perkataan an-nafl bermaksud tambahan -> oleh itu nafilah bermaksud solat yang ditambah. Perkataan tatawwuk pula bermaksud dilakukan secara sukarela dan amatlah dicintai Allah SWT. Dalam hadis sohih, “Nabi SAW bersabda dalam hadis Qudsi, Allah berfirman, “Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka aku isytiharkan perang kepadanya. Dan tiadalah satu perkara yang seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku, yang amat Aku sukai lebih daripada perkara yang fardhu, itulah perkara yang sunat. Sentiasalah hamba-Ku ini berterusan melakukan perkara-perka...

Indahnya Melodi Ciptaan Ilahi (3) – Tanyalah Ustaz 08.07.2012

Image
Ustaz Dr. Muhammad Lukman Ibrahim Bacaan surah Al-Kaf, ayat 6: Ada tiga golongan di hari akhirat yang melakukan pekerjaan besar, tetapi dicampakkan ke dalam neraka. Salah satunya ialah para Qari yang membaca Al-Quran bukan kerana Allah SWT. Oleh itu, semoga kita semua bersama membetulkan niat dan cuba memahami dan beramal dengan Al-Quran. Waqaf-waqaf dalam surah Al-Fatihah: Semasa solat terawih, imam-imam suka menyambung bacaan ayat-ayat dalam surah Al-Fatihah. Nabi SAW membaca ayat demi ayat. Namun begitu, ada juga cara waqaf lain iaitu yang dinamakan waqaf tiga dan waqaf empat. Cara waqaf tiga: Sambung bacaan daripada ayat 1-4. Kemudian baca dan berhenti pada ayat 5. Kemudian sambung baca sehingga ayat 7. Kenapa ayat 5 tak disambung dengan ayat 6? Ustaz telah merujuk pada banyak kitab, dan didapati pada ayat itu sudah terdapat waqaf sempurna, jadi tak perlu di sambung lagi. Cara waqaf empat: Baca dan berhenti pada ayat 1. Kemudian sambung seperti w...