Indahnya Melodi Ciptaan Ilahi (3) – Tanyalah Ustaz 08.07.2012

Ustaz Dr. Muhammad Lukman Ibrahim


Bacaan surah Al-Kaf, ayat 6:

Ada tiga golongan di hari akhirat yang melakukan pekerjaan besar, tetapi dicampakkan ke dalam neraka. Salah satunya ialah para Qari yang membaca Al-Quran bukan kerana Allah SWT. Oleh itu, semoga kita semua bersama membetulkan niat dan cuba memahami dan beramal dengan Al-Quran.

Waqaf-waqaf dalam surah Al-Fatihah:

Semasa solat terawih, imam-imam suka menyambung bacaan ayat-ayat dalam surah Al-Fatihah. Nabi SAW membaca ayat demi ayat. Namun begitu, ada juga cara waqaf lain iaitu yang dinamakan waqaf tiga dan waqaf empat.

Cara waqaf tiga:
Sambung bacaan daripada ayat 1-4. Kemudian baca dan berhenti pada ayat 5. Kemudian sambung baca sehingga ayat 7. Kenapa ayat 5 tak disambung dengan ayat 6? Ustaz telah merujuk pada banyak kitab, dan didapati pada ayat itu sudah terdapat waqaf sempurna, jadi tak perlu di sambung lagi.

Cara waqaf empat:
Baca dan berhenti pada ayat 1. Kemudian sambung seperti waqaf tiga.

Pada ayat terakhir surah Al-Fatihah, ada dua pendapat - waqaf hasan yang bermaksud boleh berhenti pada '..'alaihim', tetapi lebih baik disambung kerana maknanya belum sempurna. Kedua waqaf jaiz - harus berhenti. Kedua-dua pendapat boleh diguna pakai. Jika mengikut imam Shafie, digalakkan menyambung dengan satu nafas sahaja.

Berbanggalah dengan Al-Quran yang diturunkan kepada kita. Telah banyak kandungannya yang dapat dibuktikan oleh ahli sains. Cubalah cari guru untuk mengajar Al-Quran. Habis satu guru, cari pula guru yang lain. Setiap guru pasti ada kelebihan yang tersendiri.

Senarai soalan dan jawapan:
S: Saya ingin bertanya ayat 69, surah Yaasin. Apakah yang dimaksud dengan perkataan syair dalam ayat ini dan apakah hukum bertilawah bagi perempuan?
J: Syair dalam konteks ayat ini pada umumnya membezakan bahawa Al-Quran yang diberikan kepada Nabi SAW itu bukanlah syair. Untuk kupasan lebih lanjut, sila rujuk pada kitab-kitab tafsir. Untuk soalan kedua boleh rujuk kepada keputusan pebincangan ulama dan mufti Malaysia.

S: Bagaimana untuk bertarannum jika nafas pendek?
J: Merujuk kepada surah Al-Fatihah, orang yang nafas pendek tidak dapat membaca ayat terakhir dengan satu nafas. Punca utama adalah kerana kita tidak bersedia, sepatutnya kita perlu betul-betul berhenti dan menarik nafas panjang sedikit sebelum meneruskan bacaan. Semasa membaca cuba kawal untuk mengeluarkan nafas itu sedikit demi sedikit. Buat latihan untuk mengawal pernafasan.

S: Bagaimana jika mencuri nafas dalam bacaan Al-Quran?
J: Perbuatan ini haram. Jika terpaksa, berhentilah. Kemudian undur sekurang-kurang dua perkataan agar makna tidak terjejas.

S: Bagaimana jika bacaan Fatihah dalam solat putus-putus?
J: Dia perlu berusaha belajar memperbaiki bacaan tersebut. Jika perubahan tidak begitu banyak, jadi dia solat untuk dirinya atau boleh menjadi imam kepada orang yang bacaan yang sama atau kurang baik daripadanya. Para imam, jika ditegur, terimalah dengan hati terbuka kerana manusia pasti ada kekurangan.


Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab