Khurafat Dalam Rawatan Penyakit (1) – Tanyalah Ustaz 13.07.2012
Ustaz Sharhan Safie
Bacaan surah At-'Araf ayat 54-56:
Alhamdulillah bertemu pada pagi Jumaat
yang penuh keberkatan. Sedikit huraian ayat:
Allah SWT Maha Berkuasa menciptakan bumi,
langit bulan dan bintang. Allah menyediakan keperluan yang cukup
untuk manusia tingal di dunia. Namun, masih ada manusia yang
menyekutukan Allah. Allah berpesan agar jangan sekali-kali kita
melakukan kerosakan di mukan bumi ini. Kerosakan ini boleh
ditafsirkan sebagai menyekutukan Allah dan memilih selain Allah
sebagai pelindung dan penyembuh. Khurafat bererti mengambil sesuatu
makhluk, mempercayai dan meyakini makhluk itu mempunyai kuasa ajaib.
Dalam konteks perbincangan hari ini, makhluk ini dipercayai boleh
memberi penyembuhan kepada penyakit yang dihadapi. Khurafat banyak
berlaku dalam masyarakat hari ini kerana kurangnya ilmu dan iman.
Pada zaman dahulu, jika anak kecil menangis, dicari tali kasut dan
digantung pada bayi dan diyakini dengan tali itu, anak kecil akan
berhenti menangis. Perkara ini nampak kecil dan remeh-temeh, namun
ianya boleh menggadaikan akidah seseorang terhadap Allah SWT. Begitu
juga apabila benang hitam diambil dan dibuat gelang dan dipercayai
untuk mengubati cacing. Sekarang pun masih ada berlaku lagi.
Alhamdulillah, melalui rancangan ini kita akan cuba membuka minda dan
merungkaikan kebuntuan dalam fikiran masyarakat.
Perubatan dalam Islam cuma ada empat
rujukan iaitu: Al-Quran, hadis, ijmak dan qias. Mari periksa dalam
kalangan diri, keluarga dan kenalan kita, ada tak berlaku
perkara-perkara khurafat? Kedua-dua jenis rawatan moden dan
tradisional boleh disalah tanggap sehingga menjadikan seseorang itu
syirik apabila meyakini bahawa ubat atau perawat itu yang memberi
kesembuhan, walhal segalanya berlaku dengan izin Allah jua.
Jika kita diuji dengan kesakitan,
janganlah merungut. Yakinilah bahawa Allah sedang menguji kita.
Amalkan membaca ayat-ayat Al-Quran, jika belum diizinkan sembuh,
InsyaAllah boleh dapat pahala. Al-Quran ini merupakan hidangan kepada
rohani kita. Manusia takkan sunyi daripada penyakit,
kerana itu merupakan satu bentuk ujian. Kita perlu berikhtiar
mengikut jalan yang dibenarkan.
Senarai soalan dan jawapan:
S: Ibu saya telah tua, sakit dan tidak
mampu berbuat apa-apa. Bawa kepada doktor tetapi doktor mengatakan
tiada harapan dan diminta di bawa pulang. Apabila berjumpa perawat
tradisional, dikatakan ibu mempunyai saka, dan telah dirawat dengan
mandi bunga bersama limau namun masih tiada perubahan. Adah rawatan
dikira sebagai khuratfat?
J: Saka memang tidak dapat dikesan
melalui peralatan moden. Mempercayai bahawa bunga dan limau itu
mempunyai kuasa menyembuh adalah syirik. Tetapi kita perlu yakin
bahawa segala yang berlaku adalah semata-mata dengan izin Allah juga.
S: Duit kawan saya selalu hilang dan
dikatakan dicuri toyol. Dia pergi berjumpa bomoh dan bomoh suruh bela
ikan puyu dalam rumah. Adakah ini dikira sebagai khurafat?
J: Dalam Al-Quran tiada disebut tentang
toyol, pocong atau sebagainya. Kisah yang sama berlaku ketika zaman
Nabi SAW iaitu apabila iblis mencuri harta zakat yang diamanahkan
dijaga oleh Abu Hurairah. Dalam kes kawan saudara, jika diyakini
kuasa ikan itu dapat menghalang toyol, itu jelas syirik. Tetapi jika
dibela sebagai perhiasan, dibolehkan.
S: Saya kerap batuk berpanjangan
sehigga menjejaskan kerja seharian. Saya telah banyak kali berjumpa
doktor namun tiada perubahan. Setelah berjumpa perawat alternatif,
dikatakan saya disihir dan mengalami batuk angin. Mohon pendapat
ustaz.
J: Betul, jika diizinkan Allah, ada jin
yang boleh duduk dalam badan manusia dan menyebabkan manusia itu
batuk, terutamanya batuk kering. Antara tanda batuk yang melibatkan
jin ialah batuk berterusan sehingga sesak nafas, batuk dengan kahak
berdarah, batuk dengan keluar angin yang berbau busuk. Ada satu ayat
– ayat ini sesuai untuk lelah dan penat juga – surah Al-Syuara
ayat 80. Ambil tangan kanan dan letak dileher, kemudian baca ayat
ini:
Selain merawat diri, InsyaAllah dapat
juga pahala membaca Al-Quran.
S: Tukang cukur memakaikan benang hitam
pada pinggang dan tangan bayi. Bila ditanya, katanya sekadar
perhiasan. Apa komen ustaz?
J: Ini sama seperti kisah tali kasut
yang saya ceritakan. Pada saya, alasan itu nampak cantik atau
perhiasan itu tidak benar, kerana Allah jadikan emas atau perak
sebagai perhiasan. Kewujudan benang itu ditakuti akan dipercayai
sebagai pelindung agar anak itu tidak menangis dan sebagainya. Ini
merupakan satu bentuk khurafat dan syirik.
S: Ada sesetengah masjid membaca surah
Yasin berjemaah dan meletak air di hadapan. Apakah hukumnya?
J: Menurut Ibnu Qayyim, Imam Sayuthi
dan ijmak ulama mengharuskan kita menjampi air untuk mengubat peyakit
atau sebagai ikhtiar penerang hati. Dasar perubatan kita adalah
Al-Quran. Dalam kisah penyakit yang dialami oleh Nabi Ayub, Allah
mengarahkan Nabi Ayub menghentak kaki ke bumi lalu keluarlah air
untuk merawat penyakitnya. Air itu digunakan untuk mandi dan juga
minum. Ayat inilah yang menjadi dasar mengharuskan penggunaan air
dalam rawatan. Oleh itu, tahniah pada masjid-masjid yang berbuat
begini. Ada satu fahaman yang baru disebarkan bahawa menjampi air
adalah haram kerana dikatakan buat apa jampi air, Allah kan ada. Kita
tanya balik pada orang itu, “Buat apa makan nasi, Allah kan ada”.
S: Bolehkan berubat dengan seorang yang
dikatakan berubat menggunakan orang bunian dan mengunakan nama Syeikh
dan ulama terkenal?
J: Ini merupakan satu bentuk khurafat
dan boleh membawa kepada syirik. Siapakah yang dapat kenal pasti
bahawa jin yang digunakan itu merupakan jin Islam atau tidak?
S: Jika sakit anggota lain, apakah ayat
yang boleh diamalkan?
J: Allah ada sebut secara spesifik
penyakit yang ada dalam dada – iaitu darah tinggi, gout, kencing
manis. Ayat ini ada dalam surah Yunus, ayat 57:
Caranya ialah dengan meletak tangan
pada dada dan baca bahagian ayat seperti di bawah, sekali selepas solat.
S: Apa hukum memakai tali kasut dari
kecil sehingga besar kerana diikatakan dapat menghindari penyakit.
J: Kuasa yang menghindari penyakit
datang daripada Allah, bukan bomoh atau tangkal tersebut. Jadi,
tinggalkanlah dan jangan tertipu kerana akidah kita boleh tergadai.
S: Seorang anak gadis dipinang, tetapi
ditolak dengan alasan masih ingin belajar. Lelaki yang kecewa itu
menyihirnya sehingga jodohnya tidak belum sampai lagi sehingga telah
berumur 29 tahu n. Adakah sihir yang menghalang jodoh?
J: Betul, ada sihir yang melambatkan
jodoh. Untuk meleraikan sihir ini, baca surah Al-Baqarah, ayat 102.
Pada dua bahagian ayat yang ditunjukkan di bawah perlu diulang bacaan
sebanyak tiga kali.
S: Anak saya terjumpa satu tangkal
diletak di rumah saya. Apabila saya buka, didapati ada wafak dalam
tangkal itu. Ketika belum membuang tangkal itu, saya sering sakit
kepala, setelah dibuang Alhamdulillah tidak lagi sakit kepala.
J: Dalam wafak itu ditulis nama-nama
tokoh khurafat seperti Firaun, Abu Jahal dan sebagainya. Sebelum
buka, mulakan dengan A'uzubillah dan Bismillah. Tangkal perlu dibuang
di tempat air mengalir. Jangan lupa membaca ayat pembatal sihir iaitu
daripada surah Yunus, ayat 81-83: