Tuntutan Fardhu Ain & Fardhu Kifayah (2) - Tanyalah Ustaz 6 Ramadhan 1433H (26.07.2012)

Ustaz Firdaus Subhi


Alhamdulillah bertemu lagi untuk perbincangan bahagian kedua. Bacaan surah At-Taubah ayat 18-20:


Huraian ayat 18:
Ayat ini menunjukkan perkara yang Allah minta kita lakukan untuk menjadi orang yang beriman ialah dengan memakmurkan rumah Allah iaitu masjid. Dalam satu hadis Nabi SAW bersabda yang ringkasannya bermaksud, “Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran, kecuali mereka akan memperoleh ketenteraman, diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan nama mereka disebut Allah dalam kalangan malaikat.” (Hadis riwayat Muslim, at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Abu Daud).

Senarai soalan dan jawapan:
S: Apakah hukum menangguh mengerjakan amal kebajikan kerana ingin mendapatkan pahala besar? Mohon pendapat ustaz?
J: Dalam bulan puasa, amalan sunat yang dilakukan mendapat ganjaran seperti amalan wajib, manakala amalan wajib pula digandakan sebanyak 70 kali. Oleh itu, contohnya mungkin ada orang yang bercadang untuk lambat bayar hutang demi menunggu kelebihan bulan Ramadhan. Namun, kita perlu tengok diri kita sebelum bertangguh. Adakah kita yakin kita akan panjang umur? Adakah kita yakin kita tidak akan mati lagi sehingga waktu yang kita harapkan untuk beribadat? Oleh itu dalam soal ibadat, Allah suruh kita bersegera, terutamanya dalam bertaubat. Banyak juga hadis Nabi SAW yang menyebut agar kita bersegera untuk membuat amal soleh.

S: Apa pentingnya fardhu ain dalam kehidupan dan bilakah ianya bermula?
J: Fardu ain adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kita. Fardhu ain bermakna tuntutan ke atas setiap manusia dan berdosa jika tidak ditunaikan. Contohnya adalah berdosa tidak bayar zakat, tidak solat, dan sebagainya. Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut, ayat 45:
Oleh itu, tujuan solat adalah untuk menjaga manusia daripada perbuatan fahsyak dan mungkar. Ketika solat juga manusia berada sangat dekat dengan Allah iaitu ketika sujud. Ketika itu disunatkan untuk memperbanyakkan doa. Orang yang solat akan dekat dengan Allah akan jauh daripada kemungkaran.

Dalam surah Al-Baqarah, ayat 183 pula, Allah berfirman:

Oleh itu, tujuan puasa pula adalah untuk melahirkan manusia yang bertaqwa.

Dalam surah At-Taubah, ayat 103 pula dinyatakan kepentingan zakat:
Zakat disyariatkan untuk membersihkan harta seseorang daripada dosa,  mensucikan dirinya dan mengangkat darjatnya di sisi Allah. Bila bermula tuntutan ini: Setelah baligh. Namun begitu , pendidikan beribadat perlu dimulakan sebelum itu lagi, jangan tunggu sehingga anak baligh dahulu.

S: Apakah akibat mengabaikan fadhu ain?
J: Dalam surah Taha, ayat 124-126, Allah menerangkan kesan orang yang berpaling daripada petunjuk Allah:

S: Apakah yang dimaksudkan dengan fardhu kifayah? Apakah kebaikan yang boleh didapati jika fardhu kifayah dilakukan di seluruh Malaysia?
J: Fardhu kifayah merupakan tuntutan ke atas satu kelompok manusia. Jika seorang melaksanakan, semua terlepas daripada dosa. Jika tidak dilakukan, semua orang berdosa. Contohnya mewujudkan doktor-doktor, jurutera, peniaga Islam. Jika ini berjaya dilakukan, kita akan menjadi umat yang terbaik seperti firman Allah dalam ayat yang disebut semalam (surah Al-Baqarah ayat 110).

S: Ada pekerja yang terpaksa meninggalkan solat Jumaat kerana mempunyai majikan bukan Islam. Apa komen ustaz?
J: Dalam satu hadis, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Pencipta" . Tapi persoalannya jika dengan kita meninggalkan pekerjaan itu akan mendatangkan masalah yang besar – contohnya seorang pakar bedah yang perlu membedah untuk kes kecemasan. Dalam hal ini, menyelamatkan pesakit itu merupakan fardhu ain kepada doktor itu. Oleh itu ulama mengatakan boleh ditinggalkan solat Jumaat. Begitu juga dengan pekerjaan yang melibatkan mesin yang perlu ditunggu untuk beroperasi dengan sempurna. Ulama mengatakan boleh ditinggalkan solat Jumaat, TETAPI dengan syarat dia berusaha mencari kerja lain yang membolehkan dia menunaikan solat Jumaat. Jika ada peluang kerja lain, perlu segera bertukar kerana kita takut dengan hadis Nabi SAW yang mengatakan: “Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali (berturut-turut) makan Allah SWT mengecap hatinya (sebagai munafik atau orang yang melengah-lengahkannya)” (Riwayat Ahmad).

S: Ada adat dalam masyarakat Melayu yang bercanggah dengan agama, contohnya adat merenjis, lenggang perut dan sebagainya. Mohon komen ustaz.
J: Adat yang tidak melanggar syariat boleh diterima tetapi adat yang bercanggah perlu ditinggalkan. Apa yang ditakuti adalah sekiranya sesuatu adat itu berasal daripada perbuatan agama lain. Dalam satu hadis Nabi SAW ada bersabda, “"Umumkan [kepada khalayak] pernikahan ini dan jadikan [urusan akad] nya dalam masjid serta pukullah kompang". Ini menunjukkan Islam tidak melarang hiburan asalkan kita mengikut syariat yang ditunjukkan.

S: Bagaimana membezakan adat dan ibadat?
J: Mudah sahaja – hadirkan diri majlis-majlis ilmu. Melalui cara itu barulah kita akan tahu yang mana betul, yang mana salah. Mudah-mudahan Allah beri kita kekuatan. Amin.

S: Ustaz ada sebut bahawa solat akan mencegah kemungkaran. Namun, kita dapati ada orang yang solat, puasa dan bayar zakat namun masih juga melakukan perbuatan mungkar. Mohon ulasan ustaz?
J: Solat itu tiang agama, oleh itu orang yang meninggalkan solat telah merosakkan agama Allah. Namun, kita perlu ingat bahawa setiap insan tidak akan lekang daripada berbuat dosa kepada Allah. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman-Nya. Seandainya kamu tidak berdosa nescaya Allah akan mematikan kamu. Kemudian Allah akan mendatangkan satu kaum yang melakukan dosa dan mereka memohon keampunan kepada Allah lantas Allah mengampuni mereka.” (Hadis riwayat Imam Muslim). Tetapi kadang-kadang ada orang  yang solat tanpa ilmu, oleh itu solatnya tidak memberi kesan seperti yang sepatutnya. Kita perlu mencari ilmu agar dapat melakukan solat yang terbaik. Ketika solat kita sedang bercakap dengan Allah, oleh itu setiap bacaan dan rukun-rukunnya difahami dengan betul. 

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab