Kesilapan Anak Pada Ibubapa (2) – Tanyalah Ustaz 11.10.2012
Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani Bacaan surah Al-Isra', ayat 23-24: Allah letak ibu bapa pada kedudukan yang tinggi kerana Allah meminta anak menjaga ibubapa sebagaimana menjaga Allah. Sambungan perbincangan semalam - Kesilapan anak pada ibubapa setelah berkahwin sehingga anak meninggal atau ibubapa meninggal dan setelah ibu bapa meninggal dan dibangkitkan semula di akhirat. Kesilapan anak pada ibubapa setelah berkahwin sehingga anak meninggal atau ibubapa meninggal: Membiarkan ibubapa hidup bersendirian sedangkan anak bergembira dengan pasangan. Kisah yang sama pernah berlaku ketika zaman Rasulullah SAW. Ada seorang wanita yang begitu cantik, namanya Atiqah. Dia akhirnya dikahwinkan dengan Abdullah bin Abu Bakar. Namun, oleh kerana isterinya terlalu cantik, Abdullah menjadi leka sehingga meninggalkan solat berjemaah. Abu Bakar memerhatikan dan setelah 40 hari Abdullah meninggalkan solat berjemaah, Abu Bakar mengarahkan Abdullah menceraikan Atiqah. Setelah bercera...