Posts

Showing posts with the label #jumaat

Al-Quran - Wasilah untuk Ingat dan Diingati oleh Allah سبحانه و تعالى - Maulid MTDM Sept. 2015

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم  Majlis Ta'lim Darul Murtadza Maulid Bulanan Sept. 2015 Tausiyah 1: Syeikh Abdul Rahman Al-Fattani* (dari Pattani, Thailand) Tidak ingin beri nasihat tapi hadir untuk ambil barakah bersama keluarga, dan biasa mengikuti melalui YouTube. Semoga kita sama-sama hadir untuk dengar ilmu dan beramal dengannya. Mohon doakan kami dapat berdakwah di Pattani. Tausiyah 2: Habib Abu Bakar bin Salim bin Aqi*l (dari Makkah) Terjemahan oleh Ustaz Ahmad bin Shahdan Rakaman Majlis Ta'lim Darul Murtadza: https://youtu.be/nTiVvF3ciqs //Pembukaan dengan pujian-pujian kepada Allah, selawat dan salam dan Rasulullah ﷺ, alu-aluan sohibul majlis Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dan Habib Ali As-Saqqaf, para asatizah dan hadirin. Tidak syak dan ragu-ragu ketika kita berada dalam majlis ini, kita bersama Rasulullah ﷺ dengan penuh ketenangan dan kasih-sayang. Rasulull...

Maulid Pembukaan MTDM 07082015 - Dakwah Dengan Kasih-Sayang & Keselamatan

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم  Majlis Ta'lim Darul Murtadza - Maulid Pembukaan 07082015 Tausiyah 1: Syeikh Ismail  Terjemahan oleh Ustaz Iqbal Al-Jauhari //Maaf, untuk tausiyah ini, kebanyakannya ringkasan sahaja kerana rakaman asal hilang dan juga tiada di Youtube MTDM untuk rujukan.  //Ucapan pembukaan Nama saya Ismail dari China, dan inilah sebuah peluang yang baik untuk kita semua الحمد لله رب العلمي, ini adalah sebuah peluang menghadiri majlis yang penuh mahabbah untuk berkenalan. Dulu di Tarim saya berkesempatan menghadiri majlis sebegini di Tarim bersama Habib Umar bin Hafiz. Saya juga الحمد لله رب العلمين, sempat belajari di bumi Damascus dan sempat belajar dengan ayahanda Syeikh Muhammad Soleh bin Abdul Latif Al-Hassani - dan sempat duduk dalam majlis seperti ini. Tahniah buat rakyat Malaysia yang dapat duduk dalam majlis sebegini, yang keadaan kami sangat berbeza di ...

Majlis Ta'lim Darul Murtadza 27.03.2015

Image
بسم لله الرحمن الرحيم اللهم صل على سيدنا محمد و على اله وصحبه وسلم Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid* Majlis Ta'lim Darul Murtadza 27.03.2015 Bahagian 1: Tafsir Al-Quran   Surah An-Nisa, ayat 44-46 Ayat 44:   Ayat ini menceritakan tentang sifat khianat segolongan manusia yang diberikan amanah daripada ayat-ayat Allah سبحانه و تعالى, daripada wahyu, kitab yang diturunkan kepada mereka sebagai hidayah dan petunjuk, sebagai penyelamat kepada mereka, akan tetapi kerana serakah nafsu mereka, mereka rela untuk memutarbelitkan ayat-ayat Allah, memalsukan ayat-ayat Allah, menyembunyikan kebenaran daripada firman Allah سبحانه و تعالى,, dan inilah sebesar-besar khianat yang dilakukan oleh seseorang. Golongan ini adalah daripada ahli kitab, daripada kaum Yahudi dan Kristian, yang menerima wahyu daripada Allah سبحانه و تعالى,, berupa Taurat kepada kaum Yahudi, dan Injil kepada kaum Kristian, yang didalamnya menceritakan tentang kebenar...