Posts

Showing posts with the label hukum edar tabung derma ketika khutbah jumaat

Budaya Iqra’ (1) - Tanyalah Ustaz 1 Ramadhan 1433H (21.07.2012)

Image
Ustaz Syed Norhiysam Tuan Padang Assalamu'alaikum wbt. Alhamdulillah kita dipertemukan dalam bulan Ramadhan dan bulan Al-Quran. Bacaan surah Iqra’ ayat 1-5: Ayat-ayat ini merupakan wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Dalam banyak-banyak ayat Al-Quran, perkara pertama yang Allah turunkan ialah ayat ini. Syed Quttub berkata bahawa peristiwa turunnya ayat Iqra ini merupakan titik perubahan dalam sejarah manusia, seolah-olah manusia dilahirkan semula. Allah mengutuskan Nabi Muhammad SAW untuk menyelamatkan kita semua dan baginda diberi panduan melalui wahyu Allah. Oleh sebab itu, budaya membaca, mencari ilmu, menghadiri majlis ilmu dan menganjurkan majlis ilmu perlu kita hidupkan bersama-sama. Kita semua maklum bagaimana kisah ini berlaku. Jibril mendatangi Nabi Muhammad SAW di Gua Hira’. Nabi disuruh membaca, tetapi Nabi mengatakan yang dia tak tahu. Jibril menyuruh lagi dan kemudian Nabi Muhammad SAW memberi jawapan yang serupa. Kemudian Jibr...