Posts

Showing posts with the label #tvalhijrah #tamansyurga

Taman Syurga #5 - Bercita-cita Mati Dalam Islam & Meminta Husnul Khotimah

Image
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صل على سيدنا محمد وعل اله وصحبه وسلم Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid* Taman Syurga #5 (26.03.2015) Kitab Nasihat Agama Dan Wasiat Iman, m/s 17-23 (Edisi 2014). Muqaddimah: Allah سبحانه و تعالى beri kita taufiq dan hidayah untuk berada dalam majlis ilmu untuk memanfaatkan umur yang diberikan oleh Allah, dan semoga hidup kita terbimbing dan terpandu dengan ilmu. Sebelum ini telah dibincangkan ciri-ciri orang yang bertaqwa, dan orang yang mulia di sisi Allah سبحانه و تعالى ialah orang-orang yang bertaqwa. Orang yang bertaqwa tidak boleh mengaku dirinya bertaqwa, bahkan tidak berhak untuk seseorang mengatakan, “Saya lebih bertaqwa daripada si fulan.” Hanya Allah yang mengetahui sama ada seseorang itu benar-benar bertaqwa atau tidak. Apa yang kita lakukan hanyalah asbab, tetapi pengakuan dan pengiktirafan hanya Allah yang berhak memberikan.  Imam Abdullah Al Haddad meneruskan dengan tajuk yang penting, yang mempuny...

Taman Syurga #4 (20.03.2015) - Kelebihan Taqwa (2)

Image
  بسم الله الرحمن الرحيم  اللهم صل على سيدينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid* Kitab Nasihat Agama Dan Wasiat Iman, m/s 13. Muqaddimah: Kita perlu kepada ilmu untuk beribadah kepada Allah سبحانه و تعالى.  Di antara buah (faedah) taqwa yang telah dibincangkan sebelum ini: kebersamaan dengan Allah سبحانه و تعالى diajarkan ilmu ladunni oleh Allah سبحانه و تعالى  Mampu membezakan yg haq dan yg batil (furqan), penghapus dosa Keselamatan dari api neraka - puncak tertinggi kejayaan. dihapuskan dosa diberikan rezeki dilapangkan dada diberi kemudahan dalam kehidupan Buah taqwa seterusnya ialah: mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat. Firman Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 13: Orang yang bertaqwa dijanjikan kemuliaan di sisi Allah سبحانه و تعالى. Berapa ramai orang mencari kemuliaan di sisi manusia, dan kalau mendapatkannnya pun, selama mana ianya mampu bertahan?  Dalam Al-Quran, A...

Taman Syurga #3 (19.03.2015) - Kelebihan Taqwa (2)

Image
  بسم الله الرحمن الرحيم  اللهم صل على سيدينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid* Kitab: Nasihat Agama dan Wasiat Iman Sambungan pada m/s 9 Buah (kelebihan) taqwa yang telah dibincangkan sebelum ini: kebersamaan dengan Allah سبحانه و تعالى Ilmu ladunni Mampu membezakan yg haq dan yg batil (furqan), penghapus dosa Firman Allah dalam surah AlAnfal, ayat 29: Daripada ayat ini ada 3 kurniaan kepada orang-orang yang bertaqwa: Furqan Diampunkan dosa Disucikan oleh Allah سبحانه و تعالى  Furqan ialah ilham/taufiq untuk bijak mengambil tindakan yang benar lebih-lebih lagi bila berhadapan kemusykilan. Ianya tidak diberikan kepada semua orang dan hanya orang bertaqwa yang akan diberi taufiq untuk membezakan yang haq dan yang batil. Semakin seseorang memiliki nilai taqwa, semakin hatinya tersinari cahaya ilmu dari Allah سبحانه و تعالى sehingga dia tahu perkara yang dia tidak tahu sebelumnya. Ini juga dikena...

Taman Syurga #2: Wasiat Taqwa & Faedahnya

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  اللهم صل على سيدينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid* Taman Syurga #2 (06.03.2015) Tajuk penting sebagai permulaan dalam kitab ini ialah perintah untuk kita membawa balik bekal taqwa untuk bertemu Allah SWT. Oleh kerana kepentingannya, wasiat sama diperintahkan kepada semua Nabi terdahulu dan pengikut mereka, dan kepada Nabi Muhammad ﷺ dan kita sebagai umatnya. Allah perintahkan untuk kita bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa. Kunci kebaikan di dunia dan akhirat terkandung dalam taqwa. Nabi ﷺ yang bertaqwa pun masih disuruh bertaqwa dalam satu mesej khas untuk baginda Nabi ﷺ. Pengajarannya - tak kira semulia mana kamu, sebanyak mana amal kamu, kamu masih perlu bertaqwa kerana makhluk yang termulia pun disuruh bertaqwa. Ertinya - taqwa itu perlu pada setiap saat - yakni perlu istiqamah dengan taqwa. Kedudukan taqwa adalah tinggi kerana Allah SWT berwasiat langsung tentangnya, dan kita perlu lihat sejauh m...