Taman Syurga #3 (19.03.2015) - Kelebihan Taqwa (2)


 بسم الله الرحمن الرحيم 
اللهم صل على سيدينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid*
Kitab: Nasihat Agama dan Wasiat Iman


Sambungan pada m/s 9

Buah (kelebihan) taqwa yang telah dibincangkan sebelum ini:
  • kebersamaan dengan Allah سبحانه و تعالى
  • Ilmu ladunni
  • Mampu membezakan yg haq dan yg batil (furqan), penghapus dosa
Firman Allah dalam surah AlAnfal, ayat 29:

Daripada ayat ini ada 3 kurniaan kepada orang-orang yang bertaqwa:
  1. Furqan
  2. Diampunkan dosa
  3. Disucikan oleh Allah سبحانه و تعالى 
Furqan ialah ilham/taufiq untuk bijak mengambil tindakan yang benar lebih-lebih lagi bila berhadapan kemusykilan. Ianya tidak diberikan kepada semua orang dan hanya orang bertaqwa yang akan diberi taufiq untuk membezakan yang haq dan yang batil. Semakin seseorang memiliki nilai taqwa, semakin hatinya tersinari cahaya ilmu dari Allah سبحانه و تعالى sehingga dia tahu perkara yang dia tidak tahu sebelumnya. Ini juga dikenali sebagai firasat. Firasah ialah pandangan kepada ar-ruh yang tidak seperti pandangan mata yang terhad, tp tak pandangan ruh.

Sayyidina Umar r.a. merupakan seorang yang sentiasa mendapat ilham kerana nilai ketaqwaannya. Beberapa ayat turun kerana pandangan beliau, seperti permasalahan solat di maqam Ibrahim, hijab, cara menangani tawanan Perang Badar, dll - semuanya adalah daripada Sayyidina Umar, dan menunjukkan nilai kedudukan beliau. Pada malam itu, Sayyidina Ali telah bermimpi diberi sebiji kurma oleh Rasulullah ﷺ.

Keesokan harinya, Sayyidina Umar Al-Khattab yang ketika menjadi Amirul mukminin, solat Subuh dan menjadi imam. Lalu ada kurma untuk diberikan kepada sahabat-sahabat yang datang dan Sayyidina Umar membahagikannya. Sayyidina Ali diberikan sebiji, tetapi beliau meminta ditambahkan lagi. Ini bukan wahyu tetapi firasat.”

Dalam hadis Rasulullah ﷺ  ada menyebut agar berhati-hati dengan firasat orang beriman kerana sesungguhnya mereka melihat dengan cahaya Allah سبحانه و تعالى. Semakin seseorang itu bertaqwa, maka dia akan diberikan furqan untuk membezakan yang haq dan yang batil.

         4. Keselamatan dari api neraka - puncak tertinggi kejayaan. 

Firman Allah : “Dan tiada seorang pun drpemlaluinya melaikan kami selamatkan mereka yg bertaqwa

Soalan:  Apakah yang dimaksudkan dalam ayat 102, surah Ali Imran?
Jawapan: Soalan yang sama pernah tanya oleh sahabat Rasulullah ﷺ, tetapi dalam bentuk berbeza semasa ayat ini diturunkan  -“Bertaqwalah kamu dengan sebenar-benar taqwa..”. 

Sahabat bertanya, “Apa maksud bertaqwa yang sebenar? Ikut persepsi siapa? Hanya Allah سبحانه و تعالى yang tahu hakikat sebenar taqwa kepada Allah سبحانه و تعالى. Dalam beberapa riwayat diceritakan bahawa malaikat yang seumur hidupnya sujud pun nanti akan kata dirinya belum cukup beribadah. Maka turun ayat lain, “ Bertaqwalah kamu semampu kamu.” Yakni bertaqwa mengikut kapasiti diri sendiri. Allah سبحانه و تعالى sentiada memberi kelapangan dan kemudahan kepada perkara yang menyulitkan. Ayat ini ditaqsis (dikhususkan) agar tidak mengukur ‘level’ taqwa kita dengan orang lain. Nabi ﷺ  memberitahu yang taqwa terletak pada hati, dan bukan pada luaran/fizikal semata-mata. Terkadang ada orang kusut masai tapi doanya makbul.

Buah taqwa yang lain adalah:
Terlepas dari tekanan hidup, rezeki datang melimpah-ruah tanpa disangka (Walaupun cukup  untuk satu hari saja), sentiasa hidup berlapang dada, tiada hasad atau dengki kepada orang lain.

Kisah: seorang yang tiada rumah, berlindung di bawah pokok rendang, makan roti kering yang dicelup dalam air sungai, dan angkat tangan berkata, “Alhamdulillah atas sebesar-besar nikmat.”

Raja yang melihat dari jauh memanggil orang itu masuk ke istana kerana rasa pelik apabila roti kering, air sungai dan pokok dikatakan sebagai nikmat yang besar yang diberikan oleh Allah سبحانه و تعالى. Jawabnya, “Wahai Raja, kalau kamu makan, dan tercekik, tetapi tiada air, dan air hanya boleh dibeli dengan separuh kerajaan kamu - adakah kamu akan beli? Raja menjawab ‘ya’. Orang itu menyambung lagi, “Kalau air yang kamu minum tidak boleh keluar, melainkan dengan separuh kerajaan kamu - adakah kamu akan jual? Raja menjawab ‘ya’. Sambung orang itu, “Jadi, kerajaan kamu ini tidak lebih bernilai daripada nikmat minum dan buang air. Sedangkan aku dapat minum percuma, dapat makan, dan berteduh, bukankah ini nikmat yang besar daripada Allah سبحانه و تعالى?”. Walaupun nampak kecil, sedikit di mata orang, tetapi itu adalah nikmat yang besar bagi orang-orang yang beriman.

Maksud firman Allah:  
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (yakni mentaat suruhan dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah:
  1. mendorongkan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, 
  2. akan memberinya rezeki dari sumber tak disangka-sangka.”
  3. akan dipermudahkan urusannya, yakni tiada tekanan.
  4. dihapuskan kesalahan dan diberi ganjaran yang besar.
Jika dalam kesusahan,yang akan beri jalan keluar ialah Allah. Ada sahabat yang perlu dipotong kakinya dan lepas dipotong, dia bersyukur kepada Allah سبحانه و تعالى  dengan kaki yang pernah diberi, dan bersyukur dengan kaki masih tersisa padanya. Sahabat itu sakit, tapi kerana taqwanya, dia tetap bersyukur kepada Allah سبحانه و تعالى.  Ini hanya boleh keluar daripada orang yang bertaqwa. Tanpa taqwa, akan ada macam-macam perasaan putus asa dsb. Orang yang bertaqwa ialah orang yang paling bahagia, ketika mendapat nikmat atau ketika diuji musibah oleh Allah سبحانه و تعالى.

*: Mohon ambil perhatian yang teks ini bukan disediakan oleh pendakwah seperti yang namanya tertera di atas. Ini cuma ringkasan dan sedikit petikan kata-kata mereka. Jadi, saya mohon pembaca menonton video di sumber asal untuk pemahaman yang lebih baik dan saya mohon maaf dan teguran atas segala kekurangan. Semoga, di sebalik segala kekurangan, masih ada yang dapat kita manfaatkan. Wallahu'alam.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab