Sifat Tawadhuk & Beriman Kepada Rasul - MTDM 20.03.2015 (Bhgn. 2&3)

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله و صحبه وسلم

Majlis Ta'lim Darul Murtadza 20.03.2015
Habib Naqjmudin Othman Al-Khered



Bahagian 2: Kitab Riyadhus Solihin
Bab 71: Tawadhuk dan Merendah Diri Sesama Mukmin



Hadis 3: 
Tawadhuk itu adalah apabila kamu mulia, tapi kamu tak merasa dirimu mulia di hadapan orang lain, dan tidak pula menuntut untuk dimuliakan. Kalau begitu, tiada contoh insan yang lebih tawadhuk dari Nabi ﷺ. Bahkan kedudukan Nabi ﷺ  itu jelas kemuliannya, tetapi baginda tak mahu dimuliakan, dan baginda tidak merasa hina dengan melakukan perkara yang biasa yang juga dilakukan oleh orang biasa.

Sayyidina Anas bin Malik berkhidmat dengan Rasulullah ﷺ tetapi baginda tak pernah cakap 'uff' padanya. Nabi ﷺ  tak cakap begitu walau kepada khadamnya. Kalimat ‘uff’ ialah kalimat paling halus untuk menyinggung. Baginda tak persoalkan jika Anas buat silap. Bahkan Anas sendiri rasa tak pasti siapa yang berkhidmat untuk siapa. 

Sayyidina Anas akan salam kanak-kanak sebab dia tengok Rasulullah ﷺ buat begitu. Kalau hari ini diistilahkan seperti mencemar duli. Tetapi Nabi ﷺ  biasa datang ke rumah para sahabat. Nabi ﷺ  biasa main dengan anak-anak, peluk dan sentuh mereka. Sayyidina Anas pun buat kebaikan pada anak-anak kerana mengikut cara Rasulullah. Pernah Sayyidina Anas terlupa suruhan Rasulullah ﷺ  kerana dia terleka ikut kanak-kanak lain bermain, tetapi Rasulullah ﷺ  tidak memarahinya.

Bila kita beri salam kepada kanak-kanan, maka secara tidak langsung kita mengajar mereka akhlak, dan dengan itu, mereka pun akan membesar dengan akhlak yang baik juga. Tetapi jika kita sombong dengan mereka, mereka juga akan meniru akhlak tidak baik tersebut.

//Kisah Habib Abdullah Al-Thohir** (maaf, kurang jelas butirannya)

Hadis 4: 

Anak perempuan (hamba sahaya) itu pastinya masih kecil, belum baligh, kerana dalam hadis disebut Rasulullah ﷺ  tidak pernah menyentuh wanita yang sudah baligh. Nabi ﷺ  ikut ke mana saja dibawa sedangkan beliau ialah insan yang paling sibuk, yang sangat diperlukan oleh semua orang. Alangkan tawadhuknya baginda.

Ada orang takut kepada baginda sehingga terketar-ketar dan Rasulullah ﷺ kata jangan takut aku ini anak seorang lelaki, dan dilahirkan oleh seorang perempuan, dan makan seperti apa yang  kamu makan.

Hadis 5:

Apabila ditanya keadaan Nabi ﷺ kepada Sayyidatina Aisyah, dan sahabat menyangkakan yang isteri baginda juga takut kepada baginda sepertimana mereka. Jawab Sayyidatina  Aisyah bahawa baginda berkhidmat di rumah, dan dalam riwayat lain dikatakan, beliau berkata, “Sama macam suami-suami lain juga”, yakni Sayyidatina Aisyah bersangka baik dengan suami orang lain. Rasulullah ﷺ  sentiasa berkhidmat kepada keluarganya, tak masuk rumah kecuali dengan senyuman dan salam, tetapi apabila tiba waktu solat, baginda akan meninggalkan keluarganya dan seolah-olah tak kenal mereka lagi.

Hadis-hadis ini menuntut kita untuk mencontohi sifat tawadhuk baginda.Tawadhuk lawannya takabbur. Orang yang bermaksiat kerana menurut hawa nafsunya, akan Allah maafkan. Tapi yang ditakuti ialah jika seseorang bermaksiat kerana takabbur, takut-takut tergolong seperti iblis dan dilaknat oleh Allah.

Tawadhuk ialah satu kemuliaan kerana tiada satu kurniaan nikmat yang jika ada pada seseorang, semua orang akan sayang padanya. Kalau orang dpt nikmat lain, orang biasanya akan dengki, tapi orang yang tawadhuk, semua orang sayang.

Bahagian 3: Kitab Syarah Hadis Jibril 
Bab: Beriman kepada para Rasul (m/s 32)

Bilangan Rasul yang wajib diketahui ada 25.

Ketika mengenalkan diri, Nabi ﷺ  sebut keturunannya sehingga 'bin Adnan'.
Sabda Rasulullah ﷺ, "Aku penghulu seluruh anak Adam, tapi aku tak sombong." Tahu kemuliaan diri tidaklah salah, yang salah ialah apabila seseorang itu sombong. Syariat Nabi saw kekal hingga akhir zaman sedangkan syariat Nabi/Rasul lain tidak kekal.

Nabi ﷺ ada syafaat al-‘uzma (yang agung), telaga/sungai al-kauthar, al-wasilah (kedudukan paling tinggi dalam syurga) dsb. Dalam hadis disebutkan bahawa Rasulullah ﷺ mempunyai 6 kelebihan berbanding Nabi-nabi yang lain:
  1. perkataan yang sedikit tapi maknanya mendalam dan mencakupi semua aspek
  2. akan diberi bantuan dalam peperangan dengan ketakutan pada pihak musuh
  3. Dihalalkan bagiku harta perang
  4. Bumi dijadikan suci dan boleh menjadi tempat sujud
  5. Diutuskan bagi semua makhluk,
  6. Penyudah bagi Nabi terdahulu (riwayat Muslim)
*: Mohon ambil perhatian yang teks ini bukan disediakan oleh pendakwah seperti yang namanya tertera di atas. Ini cuma ringkasan dan sedikit petikan kata-kata mereka. Jadi, saya mohon pembaca menonton video di sumber asal untuk pemahaman yang lebih baik dan saya mohon maaf dan teguran atas segala kekurangan. Semoga, di sebalik segala kekurangan, masih ada yang dapat kita manfaatkan. Wallahu'alam. 

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab