Kesucian Dituntut Islam (2) – Tanyalah Ustaz 8 Ramadhan 1433H (28.07.12)
Ustaz Mohd Erfino Johari Bacaan ayat 61-66, surah Al-Furqan: Huraian ayat: Allah mengajar agar kita sentiasa berfikiran positif dan bahawa semua orang mempunyai peluang yang sama untuk beribadat kepada Allah, tanpa mengira perbezaan latar belakang, keturunan atau pangkat. Hadis Nabi SAW, daripada Abu Dzar ia berkata,” Ya Rasulullah, bagaimana pendapat engkau tentang seseorang yang mengerjakan satu amal kebaikan, lalu orang memujinya? Beliau menjawab,’ itu merupakan khabar gembira bagi orang mukmin yang diberikan lebih dahulu di dunia.”(H.R. Muslim 2642, Ibnu Majah dan Ahmad). Ada pendapat yang menasihatkan agar kita tidak kerap sangat untuk solat sunat di hadapan umum agar tidak timbul perasaan riak. Namun, dalam hadis ini, dinyatakan bahawa tidak salah memberi pujian kepada kebaikan yang dilakukan seseorang. Selain itu, pujian orang boleh dianggap sebagai tanda bahawa Allah menerima amalan kita. Sambungan topik perbincangan: Tabiat lelaki apabila berkumpul ...